Dua lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Mar 2024 07:08:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lagi tapak Bazar Ramadan baharu dibuka di Bandaraya Kota Kinabalu – Junainah https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/ https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/#respond Wed, 13 Mar 2024 07:08:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50994
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Bagi merancakkan aktiviti ekonomi tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah membuka dua lagi tapak bazar ramadan di pusat bandar raya yang boleh dijadikan pilihan orang awam untuk mendapatkan juadah berbuka puasa sekeluarga.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, tapak bazar yang dimaksudkan beroperasi di Padang Merdeka dan City Park (hadapan bangunan Mahkamah Lama).

Katanya, kedua-dua bazar ramadan berbeza sekali dengan bazar-bazar kendalian DBKK yang lain.

“Bagi bazar ramadan di Padang Merdeka, DBKK membenarkan para pengunjung duduk
santai di kawasan padang tersebut untuk berbuka puasa setelah membeli juadah berbuka mereka.

“Manakala bazar ramadan di City Park juga menyediakan ruang untuk para pengunjung duduk menjamu selera dengan kelengkapan kerusi meja yang dibuka khas untuk orang awam berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Junainah turut menyeru semua warga bandaraya untuk tidak melepaskan peluang merasakan pengalaman baharu berbuka puasa di kawasan terbuka bazar ramadan dan menikmati suasana berbuka puasa bersama-sama dengan para pengunjung yang lain serta berkongsi kepada keluarga dan rakan taulan pengalaman mereka.

Selain dua lokasi bazar ramadan baharu yang tersebut di atas, lokasi bazar ramadan tahun-
tahun sebelum ini di bawah kendalian DBKK kekal beroperasi pada tahun ini seperti di
Lintasan Deasoka, Sembulan, Indah Permai, Pekan Tanjung Aru, Damai, Pasar Malam
Inanam, Kingfisher dan Manggatal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/13/dua-lagi-tapak-bazar-ramadan-baharu-dibuka-di-bandaraya-kota-kinabalu-junainah/feed/ 0 50994
Dua lagi ahli “Geng Upik” didakwa hari ini https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/#respond Fri, 01 Mar 2024 04:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50335
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang banduan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Tertuduh Zulkahar Dusing, 29, dan Norsyafilah Pawawoi, 28, didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Nat Radzi dan Lina Hanini Ismail di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh Zulkahar yang sedang menjalani tahanan reman di Tawau dari 2022 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya manakala Norsyafilah sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Kota Kinabalu di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya.

Terdahulu pada 22 Januari lalu, seramai 11 individu telah didakwa di mahkamah sama menjadikan 13 ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” termasuk dua yang didakwa hari ini.

Antara 11 ahli yang telah didakwa iaitu Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Sementara itu tertuduh Jaysalfian Jaineh@Zaini diwakili peguam Mohd Amirul Amin; Mohd Fauzie Rablin dan Mazlan Mahmud diwakili peguam Sylyester Kuan, Shahlan Shah Abdul Samad, Mohd Faridzul Asmahadi dan Mahathir Jibarail diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Lokman Zabidi, Datuk Maslan Sani diwakili Chin Tek Ming dan Nelson Abraham diwakili Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Dalam pada itu hanya dua tertuduh iaitu Rahman Burijin dan Alkan Abraham masing-masing tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Mac 2024 tarikh sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/01/dua-lagi-ahli-geng-upik-didakwa-hari-ini/feed/ 0 50335