Dua lelaki ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Sep 2026 02:14:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua lelaki ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lelaki ditahan, syabu 62.14 gram dirampas di Penampang https://sabahmedia.com/2026/09/19/dua-lelaki-ditahan-syabu-62-14-gram-dirampas-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/09/19/dua-lelaki-ditahan-syabu-62-14-gram-dirampas-di-penampang/#respond Sat, 19 Sep 2026 02:14:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103707
Read Time:1 Minute, 11 Second

PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 62.14 gram dalam dua operasi berasingan di daerah ini pada 18 dan 19 September 2026.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newtown, berkata operasi berkenaan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Beliau berkata, dalam operasi pertama kira-kira jam 2.50 petang pada 18 September, seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun ditahan di hadapan sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan menemukan 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 56.91 gram, dengan anggaran nilai RM8,500.

“Saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam operasi kedua kira-kira jam 12.10 tengah malam pada 19 September, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan empat paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 5.23 gram, dengan anggaran nilai RM900,” katanya.

Sammy berkata, keseluruhan rampasan daripada kedua-dua operasi itu dianggarkan bernilai RM9,400.

Katanya, kes tangkapan pertama disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes tangkapan kedua disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan atau pengedaran dadah serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/19/dua-lelaki-ditahan-syabu-62-14-gram-dirampas-di-penampang/feed/ 0 103707
Dua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Penampang https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/#respond Sun, 16 Jul 2023 13:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38401
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Sebanyak 30 kenderaan telah diperiksa dan dua lelaki telah ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi bersepadu Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, malam tadi.

Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan, sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.

Menurut Sammy, semasa Op Mabuk yang dijalankan, pihak polis turut mengeluarkan sebelas saman di atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan insurans kenderaan tamat tempoh.

“Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan polis yang diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan dibantu oleh sebelas anggota polis berjalan dengan lancar dan telah berakhir jam 3 pagi tadi.

“Seramai 35 individu telah diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sammy, operasi ini juga antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/dua-lelaki-ditahan-dalam-op-mabuk-di-penampang/feed/ 0 38401
Dua lelaki ditahan bersama lebih 2kg syabu di Semporna https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/#respond Wed, 05 Jul 2023 12:52:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37779
Read Time:1 Minute, 46 Second

SEMPORNA: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki bersama lebih 2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM72,000 dalam satu serbuan di kawasan Dataran Lepa dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pada Isnin (3 Julai) jam lebih kurang 7.30 malam, sepasukan anggota dari Balai Polis Semporna telah buat pemantauan di kawasan Dataran Lepa Semporna.

Katanya, setelah melakukan pemantauan di kawasan tersebut telah kelihatan sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih yang di naiki dua lelaki yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan, anggota serbuan telah berjaya menahan dua suspek lelaki iaitu seorang suspek warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 53 tahun.

“Setelah pemeriksaan dilakukan terhadap dua suspek tersebut telah
menjumpai satu beg berwarna biru dan di dalamnya menjumpai satu kotak berwarna coklat yang mengandungi dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina telah menjumpai paket lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, anggaran berat kasar dadah disyaki dadah syabu yang dirampas adalah lebih kurang 2027.31 gram yang bernilai RM 72,000.

Barang rampasan termasuk sebuah kenderaan. – Foto ihsan PDRM Semporna

“Turut di rampas adalah sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih berserta satu unit kunci kenderaan proton saga blm dan dua unit telefon pintar bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Farhan berkata, Kedua-dua suspek di tahan reman selama tujuh hari mulai 4 Julai hingga 10 Julai 2023.

“Kes disiasat mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya.

Mohd Farhan bagi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah Semporna.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merupakan musuh utama serta merugikan negara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-lebih-2kg-syabu-di-semporna/feed/ 0 37779