dua mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 12:52:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dua mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua mangsa cedera di kepala, tercampak keluar dari permainan ‘sotong ride’ https://sabahmedia.com/2024/03/07/dua-mangsa-cedera-di-kepala-tercampak-dari-permainan-sotong-ride/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/dua-mangsa-cedera-di-kepala-tercampak-dari-permainan-sotong-ride/#respond Wed, 06 Mar 2024 16:20:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50665
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa lelaki dan wanita cedera di kepala selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan dikenali sebagaiĀ ‘sotong ride’ di funfair (pesta ria) Jalan Stadium Likas dekat sini kira-kira jam 8 malam tadi (6 Mac).

Permainan ‘sotong ride’.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.58 malam mengenai kejadian itu.

“Sepasukan Bomba dari Balai Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan di kepala selepas tercampak keluar dari permainan di funfair tersebut.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital Queen Elizabeth menggunakan Jentera EMRS Bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, dalam kejadian sama, seorang lagi mangsa lelaki telah dibawa oleh pihak Ambulans ke Hospital Queen Elizabeth II sebelum pihak Bomba sampai di lokasi kejadian.

“Dan hasil daripada maklumat yang Bomba perolehi mangsa lelaki tersebut juga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.40 malam tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/dua-mangsa-cedera-di-kepala-tercampak-dari-permainan-sotong-ride/feed/ 0 50665
Dua mangsa termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/#respond Wed, 05 Jul 2023 02:50:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37722
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dua orang mangsa lelaki termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Sembulan Tengah di sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.38 tengahari pada Selasa (4 Julai) mengenai kejadian kebakaran itu.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Penampang dan BBP Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berserta sebuah bengkel membaiki kenderaan yang berada di tingkat bawah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua orang mangsa, seorang mangsa adalah PB Mohd Ralie Abdul Manap yang bertugas di BBP Kota Kinabalu dan seorang mangsa lagi lelaki dewasa dilaporkan telah terkena renjatan elektrik.

“Kedua-dua mangsa mendapat rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Turut dilaporkan terdapat lima buah kenderaan terlibat dalam kebakaran itu yang terkena bahangan api.

“Operasi terkawal pada jam 1.22 petang seterusnya kerja-kerja overhaul dijalankan dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitar kawasan tersebut, operasi ditamatkan pada jam 3.48 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 37722
Pasukan SAR giat kesan dua mangsa hilang semasa memburu https://sabahmedia.com/2023/07/02/pasukan-sar-giat-kesan-dua-mangsa-hilang-semasa-memburu/ https://sabahmedia.com/2023/07/02/pasukan-sar-giat-kesan-dua-mangsa-hilang-semasa-memburu/#respond Sun, 02 Jul 2023 08:29:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37533
Read Time:1 Minute, 13 Second

TAWAU: Dua orang mangsa lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun lalu di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 29 Jun, jam 8.58 pagi , operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa hilang tersebut dilancarkan.

Pasukan SAR terdiri daripada pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, polis, Team Komunikasi (SAPURA) dan orang awam.

Menurut PGO JBPM Sabah, kawalan BBP Tawau menerima laporan daripada pihak polis terdapat dua orang mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun 2023 di Kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, Tawau .

Katanya, mangsa keluar memburu secara berkumpulan terdiri daripada lapan orang kesemuanya dan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-dua mangsa hilang masih belum dijumpai.

“Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat SAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyatan itu, hari ini masuk hari ke-4 operasi SAR dijalankan, pasukan Bomba bergerak ke Ladang Usahawan Borneo Burmas,Tawau (lokasi SAR Mangsa dikhuairi hilang) pada jam 6:17 pagi.

Bagaimanapun mangsa dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Al Fajri Anto masih belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/02/pasukan-sar-giat-kesan-dua-mangsa-hilang-semasa-memburu/feed/ 0 37533