Dua maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Apr 2026 10:22:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua maut kemalangan dua kereta di Jalan Kimanis–Keningau https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/#respond Thu, 23 Apr 2026 10:18:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95419
Read Time:1 Minute, 16 Second

PAPAR: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 35, Jalan Kimanis–Keningau, di sini, pagi Khamis (23 April).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Saga dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung secara hadapan dengan sebuah Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Axia berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu Proton Saga berusia 34 tahun turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Papar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal turut mendapati terdapat elemen ketidakpatuhan terhadap undang-undang jalan raya, termasuk pemandu yang tidak memiliki lesen memandu sah serta penggunaan kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh.

“Mayat kedua-dua mangsa akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya.

Beliau berkata, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ketika memandu antara faktor utama kemalangan maut, terutama di laluan mencabar seperti Jalan Kimanis–Keningau yang memerlukan kemahiran serta disiplin tinggi.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mematuhi had laju, berwaspada di laluan berisiko seperti selekoh tajam dan kawasan berbukit serta memastikan memiliki lesen memandu sah selain cukai jalan dan insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Polis Daerah Papar atau pegawai penyiasat trafik bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/feed/ 0 95419
Dua lelaki maut, pacuan empat roda dinaiki hanyut dibawa arus deras https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/#respond Sat, 01 Nov 2025 11:46:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84718
Read Time:1 Minute, 12 Second

RANAU: Dua lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi sungai Moroli Kg Narawang dekat sini, pada Sabtu.

Pacuan empat roda yang dinaiki mangsa hanyut dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.22 pagi tadi (1 Nov).

“Sebaik menerima penggilan pasukan bomba Ranau bergegas ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dari balai itu, kita mendapati terdapat dua orang mangsa yang dipercayai lemas di Sungai Moroli, Kampung Narawang disebabkan kenderaan yang dinaiki telah hanyut dibawa arus deras,” katanya.

Jelas Rantey, pengadu memaklumkan kedua-dua mangsa menaiki sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan cuba menyeberangi Sungai Moroli, namun arus sungai yang deras menyebabkan kenderaan tersebut gagal menyeberangi sungai tersebut.

“Kenderaan itu kemudian ditemui oleh orang awam kira-kira 200 meter dari tempat kenderaan hanyut, namun kenderaan tersebut kosong tanpa mangsa di dalamnya.

“Pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut seterusnya menjalankan operasi (SAR), dan mendapati kedua-dua mangsa telah dijumpai oleh orang awam,” katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa pertama dijumpai pada jam 11.18 pagi di lokasi 10 kilometer dari lokasi kenderaan, manakala mangsa kedua dijumpai pada jam 11.48 di lokasi 1 kilometer dari lokasi mangsa pertama dijumpai.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.23 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/dua-lelaki-maut-pacuan-empat-roda-dinaiki-hanyut-dibawa-arus-deras/feed/ 0 84718
Dua maut, pacuan empat roda terjunam 60 meter ke dalam gaung https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/#respond Thu, 29 May 2025 03:40:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74736
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter di Kilometer 43 Jalan Tambunan-Penampang (Gunung Emas), malam tadi (28 Mei).

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa yang memandu kenderaan berusia 54 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Seorang lagi penumpang lelaki tempatan berusia 29 tahun pula mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Tambunan ke Penampang sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

“Kedua-dua mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/feed/ 0 74736
Dua maut dalam kemalangan di Indah Permai, Sepanggar https://sabahmedia.com/2025/04/23/dua-maut-dalam-kemalangan-di-indah-permai-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/dua-maut-dalam-kemalangan-di-indah-permai-sepanggar/#respond Wed, 23 Apr 2025 12:02:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72541
Read Time:55 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEPANGGAR: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori enam tan dan sebuah motosikal jenis Honda Vario di lampu isyarat Indah Permai, petang tadi (23 April).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, melaporkan bahawa dua mangsa yang maut iaitu pemandu dan penumpang lori tersepit dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas Rescue Tool (RTA).

“Kedua-dua mangsa masing-masing berumur 34 dan 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal telah dihantar ke hospital oleh pihak KKM untuk rawatan lanjut. Identiti penunggang motosikal masih belum diperolehi setakat laporan ini dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ordine berkata Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4:07 petang sebelum lapan anggota dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi sejauh 17 kilometer. Pasukan tiba pada jam 4:23 petang.

Tambahnya lagi , agensi lain yang terlibat dalam operasi adalah Polis Diraja Malaysia. Setelah memastikan tiada lagi ancaman bahaya di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5:50 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/dua-maut-dalam-kemalangan-di-indah-permai-sepanggar/feed/ 0 72541
Dua disahkan maut dalam kebakaran rumah di Kg Limbanak https://sabahmedia.com/2025/03/01/dua-disahkan-maut-dalam-kebakaran-rumah-di-kg-limbanak/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/dua-disahkan-maut-dalam-kebakaran-rumah-di-kg-limbanak/#respond Sat, 01 Mar 2025 04:44:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69619
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

((KEMASKINI)) PENAMPANG : Dua mangsa ditemukan maut dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Limbanak di sini awal pagi Sabtu.(1 Mac)

Kebakaran rumah di Kg Limbanak awal pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tingalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.26 pagi.

Seramai 13 anggota bersama jentera dikerahkan dan tiba di lokasi dalam tempoh 10 minit, dibantu enam anggota dari BBP Putatan.

Zeno berkata setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati rumah berkeluasan 50×40 kaki itu terbakar sepenuhnya.

“Maklumat awal daripada orang awam mendapati terdapat tiga penghuni di dalam rumah ketika kejadian.

“Dua mangsa ditemukan meninggal dunia disahkan oleh Petugas KKM iaitu seorang mangsa wanita lingkungan 50 tahun dipercayai akibat renjatan elektrik manakala seorang lagi lelaki rentung di dalam rumah. Seorang lagi mangsa ketiga masih belum ditemukan dan operasi pencarian masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan sumber air terbuka dari anak sungai berhampiran.

Pasukan Unit Pengesan K9 turut dikerahkan bagi membantu pencarian mangsa yang masih hilang.

Selain JBPM, operasi ini turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 15 anggota, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dua anggota, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua anggota serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dua anggota.

Operasi pemadaman terkawal pada jam 4.31 pagi dan ditamatkan pada jam 8.15 pagi namun siasatan masih dijalankan untuk mencari mangsa ketiga oleh PDRM dan Bomba.

Maklumat terkini sehingga jam 2 petang tadi, pihak Bomba mengesahkan setelah unit K9 membuat pencarian tiada tanda mangsa ketiga berada dilokasi kebakaran.

Dua mangsa yang maut difahamkan pasangan suami isteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/dua-disahkan-maut-dalam-kebakaran-rumah-di-kg-limbanak/feed/ 0 69619
Dua maut, 4 cedera terlibat dalam nahas jalan raya di Batu 32, Bukit Garam https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-maut-4-cedera-terlibat-dalam-nahas-jalan-raya-di-batu-32-bukit-garam/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-maut-4-cedera-terlibat-dalam-nahas-jalan-raya-di-batu-32-bukit-garam/#respond Wed, 30 Oct 2024 14:53:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63093
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Dua maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan seorang remaja perempuan manakala empat mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 32, Bukit Garam dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.20 petang tadi (30 Okt).

“Sebaik sahaja pasukan bomba dari Balai Bomba Kinabatangan tiba di lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz terbabas sendiri dan terbalik di jalan raya.

“Terdapat enam orang mangsa terlibat dalam kemalangan iaitu empat dilaporkan cedera manakala dua orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Nurul Azlan, difahamkan kesemua mangsa ada hubungan kekeluargaan.

“Pemandu dikenali sebagai Rosli Oongas, 53, membawa lima orang penumpang yang juga merupakan dua anak perempuannya dan tiga orang cucunya.

“Dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti seorang anak remaja perempuan pemandu dan seorang cucu kanak-kanak lelaki pemandu berusia 10 tahun.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 7.13 malam setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/dua-maut-4-cedera-terlibat-dalam-nahas-jalan-raya-di-batu-32-bukit-garam/feed/ 0 63093
Dua maut dalam nahas jalan raya di Jalan Lama Kg Purak, Papar https://sabahmedia.com/2024/10/27/dua-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-lama-kg-purak-papar/ https://sabahmedia.com/2024/10/27/dua-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-lama-kg-purak-papar/#respond Sun, 27 Oct 2024 07:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62878
Read Time:47 Second

PAPAR: Dua maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan seorang pemandu kenderaan Perodua Kembara dan penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam kejadian yang berlaku di Jalan Lama Kampung Purak dekat sini pada pagi Ahad (27 Okt).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.20 pagi tadi.

Katanya, kemalangan yang berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Kembara dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki .

“Terdapat dua orang mangsa terlibat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenalpasti seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun iaitu pemandu Perodua Kembara manakala penunggang motosikal seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Kedua-dua mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.32 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/27/dua-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-lama-kg-purak-papar/feed/ 0 62878
Dua maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort -Menumbok https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/ https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/#respond Mon, 29 Jul 2024 10:00:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58260
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Dua maut termasuk seorang warga emas wanita selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabit empat buah kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort – Menumbok di kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika dihubungi media hari ini mengesahkan kejadian dan pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.45 petang Ahad (28 Julai).

Menurut Ismail, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam lebih kurang 3.27 petang itu semasa sebuah lori dan sebuah motokar bersama tiga orang penumpang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Menumbok manakala dua buah motosikal dan seorang pembonceng dari arah Menumbok menuju ke arah Beaufort.

“Semasa tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian , sebuah lori tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Sebuah motokar yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori lalu terbalik dan melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Ismail berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tujuh orang mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

“Namun mangsa seorang lelaki penunggang motosikal berumur 23 tahun dan seorang wanita penumpang motokar berumur 73 tahun telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Penyu.

“Kes disiasat dibawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang di jalan raya serta pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/29/dua-maut-terlibat-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-jalan-beaufort-menumbok/feed/ 0 58260
Dua maut termasuk seorang remaja, motosikal langgar Toyota Hilux https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/#respond Thu, 14 Mar 2024 20:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51062
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Dua maut termasuk seorang pembonceng remaja lelaki selepas motosikal yang ditunggang melanggar kenderaan pacuan empat roda di Semporna pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, ketika kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50’an membuat pusingan u-turn di Jalan Tampi-Tampi Simpang Lauhari Semporna dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, akibat dari perlanggaran itu penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun dan pembonceng 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Semporna manakala pemandu kenderaan Toyota Hilux telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan ditalian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika menunggang motosikal dan memastikan memakai topi keledar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/feed/ 0 51062
Kereta terjunam ke dalam laut, dua maut https://sabahmedia.com/2024/03/03/kereta-terjunam-ke-dalam-laut-dua-maut/ https://sabahmedia.com/2024/03/03/kereta-terjunam-ke-dalam-laut-dua-maut/#respond Sun, 03 Mar 2024 02:06:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50437
Read Time:1 Minute, 14 Second

LAHAD DATU: Dua maut termasuk seorang warga emas selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam laut di Batu 7, Kampung Payang di sini pada malam Sabtu.

Mangsa dua lelaki dikenali sebagai Edwin, 25, bersama bapa mertuanya Chan Wai Hou dalam lingkungan umur 66 tahun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, pasukan bomba Lahad Datu menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam (Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd) sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 malam Sabtu (2 Mac) itu.

“Di lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Produa Myvi terbabas sendiri dan terjunam ke dalam laut. Menurut pemanggil terdapat dua orang mangsa terlibat dan belum dijumpai.

“Pada jam 12.06 tengah malam tadi, selaman pertama pasukan bomba telah berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik ke darat.

“Tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta tersebut untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek untuk mencari mangsa yang kedua.

“Selaman kedua dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan set penyelam milik Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd dan mangsa kedua berjaya dijumpai pada jam 1.30 awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/03/kereta-terjunam-ke-dalam-laut-dua-maut/feed/ 0 50437