dua suspek wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Jan 2023 12:45:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dua suspek wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM tahan dua suspek wanita meminta dan menerima rasuah https://sabahmedia.com/2023/01/04/sprm-tahan-dua-suspek-wanita-meminta-dan-menerima-rasuah/ https://sabahmedia.com/2023/01/04/sprm-tahan-dua-suspek-wanita-meminta-dan-menerima-rasuah/#respond Wed, 04 Jan 2023 12:45:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27390
Read Time:33 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua suspek yang bertugas di Mahkamah Syariah Tawau kerana dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek wanita terbabit termasuk seorang penjawat awam yang berusia 50 dan 38 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau ketika hadir memberi keterangan pada jam 5.30 petang, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/04/sprm-tahan-dua-suspek-wanita-meminta-dan-menerima-rasuah/feed/ 0 27390