Dua suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 14:14:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah https://sabahmedia.com/2025/06/23/dua-warga-asing-cuba-lari-dari-polis-ditahan-positif-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/dua-warga-asing-cuba-lari-dari-polis-ditahan-positif-dadah/#respond Mon, 23 Jun 2025 14:14:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76060
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Dua lelaki warga asing ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dalam satu operasi di kawasan ladang sawit Kampung Ubi Batu 4, Jalan Dam, di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata kedua-dua suspek berusia 46 dan 60 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis yang akhirnya berjaya menahan mereka.

“Hasil pemeriksaan ke atas salah seorang suspek menemukan sebuah beg silang yang mengandungi 13 paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 50.63 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Anggaran nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM5,569.30, manakala wang tunai sebanyak RM500 turut disita bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/dua-warga-asing-cuba-lari-dari-polis-ditahan-positif-dadah/feed/ 0 76060
Polis buru dua suspek conteng dinding Starbucks di Tawau https://sabahmedia.com/2024/04/19/polis-buru-dua-suspek-conteng-dinding-starbucks-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/04/19/polis-buru-dua-suspek-conteng-dinding-starbucks-di-tawau/#respond Fri, 19 Apr 2024 10:05:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52773
Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki menconteng dinding premis Cafe Starbucks di Jalan T2 Apas di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian dan laporan polis telahpun diterima daripada pihak pengurusan Starbucks.

“Semalam ada laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan Starbucks di Jalan T2 Apas Tawau menyatakan pada 18 April 2024 jam lebih kurang 8.30 pagi penyelia Tapak Bangunan T2 melihat di bahagian dinding bangunan Cafe Starbucks telah diconteng dengan cat ” Free Boikot dan Free Palestin”.

“Hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kelibat dua individu disyaki melakukan perbuatan tersebut dengan menggunakan spray namun imejnya kurang jelas.

“Walaubagimana pun pihak pengurusan T2 Bangunan dan pihak Starbucks bertindak segera memadam contengan tersebut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada orang ramai atau individu yang gemar membuat contengan di dinding premis supaya menghentikan perbuatan ini agar tidak mengeruhkan keadaan aman dan tenang di daerah Tawau.

“Jika didapati individu berkenaan dikenal pasti, pihak polis akan mengambil tindakan undang undang yang sedia di negara ini,” tegasnya.

Menurut Champin, kini usaha mengesan kedua-dua suspek yang bertanggungjawab menconteng dinding bangunan itu masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 427 kanun kesiksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/19/polis-buru-dua-suspek-conteng-dinding-starbucks-di-tawau/feed/ 0 52773
Dua suspek ditahan miliki lebih 1 kilogram syabu https://sabahmedia.com/2023/05/19/dua-suspek-ditahan-bersama-lebih-1-kilogram-syabu/ https://sabahmedia.com/2023/05/19/dua-suspek-ditahan-bersama-lebih-1-kilogram-syabu/#respond Fri, 19 May 2023 12:44:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34743
Read Time:1 Minute, 23 Second

SEMPORNA: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 1745.37 gram anggaran jumlah bernilai RM 130,000.00 dalam satu serbuan di sebuah hotel kawasan pekan Semporna pada Sabtu lalu.

Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pada Sabtu (14 Mei) jam 11.40 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna berjaya menahan dua suspek lelaki iaitu seorang warganegara dan seorang lagi warganegara asing.

“Kedua-dua suspek berumur
lingkungan 29 hingga 31 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar kawasan Semporna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, setelah pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua suspek tersebut, seorang suspek telah memandu arah dan menunjukkan sebuah beg galas berwarna hitam di atas katil.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam sebuah beg galas berwarna hitam telah menjumpai beberapa
paket lutsinar berbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat kasar sebanyak 1745.37 gram bernilai RM 130,000.00,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek di tahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah Semporna.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta
untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Adzilee Suili di talian 014-8665087.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merupakan musuh utama serta merugikan negara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/19/dua-suspek-ditahan-bersama-lebih-1-kilogram-syabu/feed/ 0 34743
Dua suspek ditahan guna kad ATM milik orang lain https://sabahmedia.com/2023/04/27/dua-suspek-ditahan-guna-kad-atm-milik-orang-lain/ https://sabahmedia.com/2023/04/27/dua-suspek-ditahan-guna-kad-atm-milik-orang-lain/#respond Thu, 27 Apr 2023 11:37:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33427
Read Time:1 Minute, 6 Second

TAWAU: Polis menahan dua suspek lelaki dan perempuan dipercayai telah menyalahgunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik orang untuk membuat pembelian menggunakan transaksi ‘PayWave’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata,
pengadu yang juga mangsa menyedari kad ATM Maybank miliknya telah tercicir pada 25 April 2023 jam 8.10 malam semasa berada di sebuah stesen minyak di Bandar Sri Indah.

“Pengadu telah buat semakan online terhadap akaun Maybank miliknya dan mendapati wang berjumlah RM1,160.90 telah digunakan tanpa pengetahuannya.

“Perbuatan salah laku suspek seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang perempuan 19 tahun itu disedari oleh mangsa apabila mangsa menerima pesanan ringkas (sms) menyatakan telah berlakunya transaksi pembelian menggunakan kad ATM miliknya di sebuah kedai pada 25 April, hari yang sama pada jam 10 malam. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Champin, hasil maklumat pengadu (mangsa) tindakan pantas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah berjaya menahan dan menangkap dua suspek lelaki dan perempuan tersebut.

“Sekeping Kad ATM Maybank dan sebuah telefon bimbit turut dirampas semasa serbuan itu.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 26 April hingga 29 April ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/27/dua-suspek-ditahan-guna-kad-atm-milik-orang-lain/feed/ 0 33427