dua warga Filipina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Aug 2024 09:19:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dua warga Filipina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lelaki warga Filipina dihukum penjara 12 bulan, miliki minyak petrol tanpa lesen https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/#respond Tue, 13 Aug 2024 09:15:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58968
Read Time:1 Minute, 6 Second

SEMPORNA: Dua individu lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen.

Tertuduh Manan Ahmad , 30, dan Roslan Gapul, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Rosli Ahmad.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan berurusan barang kawalan minyak petrol masing-masing sebanyak 1,050 liter di dalam jerikin secara runcit atau borong tanpa lesen yang mana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan masing-masing ke atas setiap orang yang dituduh iaitu Manan dan Roslan yang kedua-duanya juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Jong Jee Leong dalam kenyataan medianya hari ini, kedua-dua tertuduh juga diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

“Pendakwaan bagi kes ini telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwa KPDN Semporna iaitu Delmansyah Syarifuddin.

“Tangkapan suspek dan rampasan barang kes tersebut dilakukan di Perairan Pulau Boheyan dan Pulau Timba-Timba, Semporna oleh Pasukan Serbuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN Semporna untuk siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/feed/ 0 58968
Maritim Malaysia tahan dua warga Filipina bersama bot tunda https://sabahmedia.com/2023/08/01/maritim-malaysia-tahan-dua-warga-filipina-bersama-bot-tunda/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/maritim-malaysia-tahan-dua-warga-filipina-bersama-bot-tunda/#respond Tue, 01 Aug 2023 09:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39371
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot pukat tunda kerana membawa barang kawalan tanpa permit yang sah lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya menahan sebuah bot pukat tunda di posisi lebih kurang 1.9 batu nautika tenggara Esplanade, Kudat ketika melaksanakan rondaan OP PLUTO TIMUR sekitar pukul 7.55 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan, terdapat dua lelaki warga Filipina didapati mengendalikan bot berkenaan. Kedua-dua individu terbabit yang berusia lingkungan 24 dan 46 tahun itu didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati, terdapat barang kawalan bersubsidi yang dibawa bot berkenaan iaitu sejumlah 30 tong berisi minyak petrol dianggarkan sebanyak 600 liter.

“Kedua-dua suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan dibawa ke jeti untuk diserahkan
kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Maurice, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan atau barang kawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan, Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang
dibenarkan dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat
khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku
atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/maritim-malaysia-tahan-dua-warga-filipina-bersama-bot-tunda/feed/ 0 39371