Dua – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Feb 2023 07:46:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dua – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM umum peruntukan RM100,000 kepada dua sekolah di KK https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/#respond Tue, 07 Feb 2023 07:46:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29177
Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah SK (C) Anglo Chinese dan SJKC Chung Hwa Likas, masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah tersebut.

Lim (dua dari kiri) bersama Abidin dan Guru Besar SK (C) Anglo Chinese Mok Sun Fu (kanan) semasa melawat keadaan sekolah tersebut.

“Setelah membuat tinjauan bersama pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan sedikit peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan kepada Sekolah SK (C) Anglo Chinese sebanyak RM 100,000.

“Dengan syarat pelaksanaan perlu mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekolah terbabit pada Selasa.

Sementara itu, Lim turut mengumumkan RM100,000 peruntukan sama kepada SJKC Chung Hwa Likas selepas beliau mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada hari sama.

Menurut Lim, kementeriannya akan melawat semua sekolah di seluruh negeri termasuklah menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak

“Tujuan saya mengadakan lawatan hari ini, seperti selaras dengan Menteri Pendidikan kita akan melawat ke semua sekolah seluruh negeri, terutamanya kita akan menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Jadi sekolah-sekolah yang mana perlukan apa-apa kita titikberatkan terutamanya sekolah-sekolah yang daif dan juga akan menyelesaikan masalah kekurangan murid serta masalah pengurusan sekolah,” jelasnya.

Terdahulu, semasa mendengar taklimat dari Guru Besar SK (C) Anglo Chinese, Mok Sun Fu, beliau sangat kagum dengan pencapaian murid-murid di sekolah tersebut.

“Setelah saya melawat sekolah ini, saya amat kagum dengan pencapaian murid-murid dan dedikasi bersama dengan guru-guru mereka yang telah mencapai pencapaian sangat memberangsangkan, tapi memandangkan ada sedikit masalah di bangunan sekolah, ada anai-anai, ada bumbung yang bocor dan juga kekurangan tandas. Jadi saya mengumumkan satu peruntukan RM100,000 kepada sekolah untuk tengok bagaimana mereka boleh menaiktarafkan bangunan sekolah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Lim juga turut merancang dalam tahun ini, beliau akan pergi ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

“Saya akan serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk membuat rancangan dengan pejabat saya, memang ini satu rancangan saya nak capai dalam tahun ini untuk pergi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/feed/ 0 29177
Dua Pemanah PMDKK Mewakili Sukan Universiti Dunia dan Sukan Universiti Asia https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/#respond Fri, 01 Apr 2022 13:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13773
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua pemanah dari Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) meraih dua pingat perak dan satu gangsa daripada pemilihan memanah Sukan Universiti yang berlangsung selama empat hari di Kampus Gambang, Universiti Malaysia Pahang bermula 24 hingga 27 Mac baru-baru ini.

Kedua-dua pemanah tersebut iaitu Eugenius Lo Foh Soon dan Ahmad Afiq Akhiroman adalah ahli PMDKK.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung PMDKK Shiu Vui Leung, Eugenius Lo yang dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PMDKK ke-6 merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

‘Eugenius memenangi pingat perak bagi acara Individu Compound Men Elimination Round dan pingat gangsa daripada acara individu dalam Qualification Round 50m. Beliau berada di kedudukan ketiga antara 26 pemanah kompaun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Manakala Ahmad Afiq Akhiroman memenangi pingat perak dalam Pusingan Kelayakan Individu Recurve Lelaki yang terdiri daripada 39 peserta recurve.

Menurut Shiu, Ahmad Afiq pelajar dari Universiti Malaya dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengurusan sukan. Ahmad Afiq juga merupakan jurulatih sambilan memanah recurve di PMDKK.

Eugenius dan Ahmad Afiq dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Jun 2022) di Chengdu, China dan Sukan Universiti Asia (Julai 2022) di Ubon Ratchathani, Thailand.

Presiden PMDKK, Ram Singh gembira mendengar berita gembira itu dan mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka.

Ram Singh turut menggesa semua jurulatih persatuan itu supaya melahirkan lebih ramai pemanah bertaraf antarabangsa untuk negeri dan negara.

“Jawatankuasa itu perlu membuat latihan berdasarkan ranking atau prestasi sebagai persediaan menghadapi temasya SUKMA akan datang yang akan diadakan tahun ini. PMDKK harus memberikan yang terbaik untuk negeri mencapai pingat emas yang disasarkan,” ujarnya.

Ahmad Afiq ialah bekas pemanah negara yang dilatih di Bukit Jalil manakala Eugenius Lo dilatih oleh bapa saudaranya Gabriel Liew yang merupakan Jurulatih Kompaun Negeri di PMDKK.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/dua-pemanah-pmdkk-mewakili-sukan-universiti-dunia-dan-sukan-universiti-asia/feed/ 0 13773
Dua Kampus Baharu Kolej Profesional Mara Akan Dibina Di Beaufort Dan Kapit https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/ https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/#respond Tue, 22 Feb 2022 13:10:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12461
Read Time:2 Minute, 2 Second

BANGI: Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) tahun ini.
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua kampus baharu itu akan dibina di Beaufort, Sabah dan Kapit di Sarawak.
 
“Kita merancang untuk membangun serta memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dengan membina beberapa lagi institusi pendidikan di kawasan luar bandar yang strategik iaitu pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional Mara di Beaufort, Sabah dan sebuah lagi di Kapit, Sarawak.
 
“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di kampus induk German-Malaysian Institute (GMI) di sini hari ini.
 
Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan kakitangan pengurusan tertinggi kementerian serta agensi KPLB.
 
Tambah Mahdzir, MARA turut akan membina tujuh buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini yang akan melibatkan penambahan pengambilan pelajar seramai 4,350 orang.
 
“Antara kawasan pembinaan MRSM baharu itu adalah di Ranau, Sabah, Bintulu dan Lawas, di Sarawak, Ketereh dan Tanah Merah, di Kelantan, Sik, Kedah serta Dungun di Terengganu,” ujarnya.
 
Selain itu jelas Mahdzir, MARA juga akan membina dua buah Pusat GIATMARA di Limbang dan Batang Lupar di Sarawak.
 
“MARA akan terus memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET.
 
“Program TVET MARA akan ditambah baik berdasarkan permintaan industri dan set kemahiran baharu yang menitikberatkan tiga aspek utama iaitu penyelesaian masalah kompleks, reka bentuk dan pengatucaraan teknologi.
Bagi merealisasikan inisiatif ini, MARA akan mewujudkan lima Industry Centre of Excellence (ICOE) bersama pemain industri,” katanya.
 
Dalam pada itu, MARA juga melaksanakan transformasi dengan yang terbaharu menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan Al-Quran menerusi Program TVET-Tahfiz.
 
“Rasionalisasi TVET MARA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan laluan artikulasi pelajar menerusi TVET MARA dimana terdapat peluang untuk pelajar yang telah mengikuti program sijil di GIATMARA dan IKM untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan Phd di UniKL di mana inisiatif ini adalah bagi mengelakkan pertindihan program yang sama dilaksanakan di antara IPMA,” jelasnya.
 
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan penghargaan kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka yang menerima pengiktirafan Anugerah Platinum Asia Pacific Accrreditation And Certification (APACC) baru-baru ini.
 
Ia merupakan pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang pertama kali diterima oleh sebuah institusi TVET di bawah KPLB.
 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/22/dua-kampus-baharu-kolej-profesional-mara-akan-dibina-di-beaufort-dan-kapit/feed/ 0 12461
Dua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/#respond Sun, 09 Jan 2022 01:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10920
Read Time:52 Second

TAWAU: Dua rentung manakala tujuh lagi melecur dalam satu kebakaran rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya dekat sini awal pagi tadi. (9 Jan)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam tadi, pihak Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi Bomba melaporkan terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan telah musnah dijilat api di lokasi Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman oleh pihak Bomba diteruskan menggunakan dua aliran 400′ 4 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Semasa kejadian itu terdapat sembilan orang mangsa terlibat iaitu tujuh orang mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba namun dua orang mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba pada jam 4:45 pagi,” kata kenyataan media itu.

Operasi terkawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/feed/ 0 10920
Dua Pemandu Nyaris Dihempap Pokok Tumbang https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/#respond Sat, 01 Jan 2022 05:15:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10527
Read Time:42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Dua individu yang sedang memandu kereta masing-masing nyaris dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di jalan berhadapan Hotel Sabah dekat sini, pada Sabtu pagi.

Menurut satu kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, dalam kejadian 6.32 pagi tadi (1 Januari 2022) pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan pokok tumbang di hadapan Hotel Sabah.

Pasukan operasi sedang menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang di jalan berhadapan Hotel Sabah Sandakan pagi tadi. – Foto IhsanJBPM Sabah

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok besar tumbang menghempap dua buah kenderaan jenis Proton saga dan Proton Axia yang melalui jalan tersebut.

“Bagaimanapun difahamkan kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Pasukan operasi telah menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu sehingga operasi selesai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/dua-pemandu-nyaris-dihempap-pokok-tumbang/feed/ 0 10527
Atlet Para Sabah Bawa Pulang Dua Pingat Gangsa https://sabahmedia.com/2021/12/16/atlet-para-sabah-bawa-pulang-dua-pingat-gangsa/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/atlet-para-sabah-bawa-pulang-dua-pingat-gangsa/#respond Thu, 16 Dec 2021 03:03:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9929
Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiga atlet Para Sabah iaitu atlet renang, Brenda Anellia Larry, atlet olaraga, Heronlee Wong dan atlet ping pong, Brady Chin Zi Rong selamat tiba ke tanah air bersama jurulatih mereka dari mewakili acara Sukan Para Remaja Asia Bahrain 2021 yang baru berakhir pada 6 Disember lalu.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON Sabah) Tan Hwa Koon merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga atlet para negeri yang beraksi dengan baik dalam acara ini, juga kepada jurulatih masing-masing yang turut berjaya membimbing atlet-atlet mereka, selain dua daripada tiga atlet tersebut yang berjaya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara olaraga dan ping pong.

Atlet Para Heronlee wong

Tan berkata, bagi acara olaraga, Heronlee Wong telah memenangi pingat gangsa dalam kategori acara lembing F37. Tempat pertama dan kedua masing-masing dimenangi Iraq dan India. Heronlee dilatih oleh seorang guru sekolah merangkap jurulatih, Jesson Hintanau dari SMK Kota Marudu II.

“Manakala pemenang pingat gangsa kedua ialah menerusi acara ping pong, Brady Chin Zi Rong. Beliau dibimbing oleh Jurulatih Para kampung halamannya Thien Teck Leong di Kota Kinabalu, Brady juga turut dibimbing oleh jurulatih Kebangsaan Muhd ​​Shakirin Ibrahim semasa di Bahrain. Brady berada di belakang pemain dari Jepun (emas) dan Iran (perak),”kata Tan.

Menurut Tan, bagi acara renang, Brenda Anellia Larry tiada pingat dianugerahkan kerana penganjur telah memutuskan untuk menganugerahkan pingat hanya sekiranya empat perenang dari dua negara mengambil bahagian. Malangnya hanya tiga perenang dari tiga negara mengambil bahagian.

“Bagaimanapun, prestasi Brenda telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila dia memecahkan rekod peribadinya, memperoleh mata tertinggi dan juga layak ke dua acara 100m gaya bebas dan 50m kuak lentang Kejohanan Renang Para Dunia akan datang yang akan diadakan di Portugal 2022 seperti yang dimaklumkan oleh jurulatihnya, Eva Wong Hie Ming yang membimbingnya di Bahrain baru-baru ini,” jelas Tan.

Tan amat kagum dengan keputusan tersebut dan berharap Kementerian Belia dan Sukan Sabah membenarkan semua atlet para dan normal negeri melakukan latihan di peringkat negeri.

” Ini kerana kita mempunyai semua jurulatih bertauliah dan kemudahan sukan yang cemerlang yang disediakan oleh kerajaan. Menghantar atlet ke Semananjung agak bermasalah kerana pelbagai sebab.

“Justeru, bagi atlet kita untuk berlatih di tempat sendiri adalah wajar kerana mereka berada berhampiran keluarga mereka dan akan dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik serta memerlukan semua perhatian apabila diperlukan. Atlet perlu menghadiri latihan berpusat tiga minggu sebelum pergi ke sebarang kejohanan antarabangsa.

“Keputusan lepas juga telah membuktikan bahawa latihan di negeri sendiri telah melahirkan ramai atlet para antarabangsa seperti atlet olaraga, Jonathan Wong Kar Gee, atlet badminton, Didin Taresoh, atlet renang, Brenda Anellia Larry dan ramai lagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/atlet-para-sabah-bawa-pulang-dua-pingat-gangsa/feed/ 0 9929
DBKK Raih Dua Anugerah Sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/#respond Fri, 19 Nov 2021 04:10:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8604
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima Pengiktirafan Cemerlang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Program Kesihatan Persekitaran Tahun 2021 bagi dua kategori iaitu Program Premis Makanan Bersih (Anjung Senja) dan Program Pasar Awam Bersih (Pasar Besar Kota Kinabalu).

Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pengiktirafan berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 yang berlangsung pada 12 November 2021 yang lalu di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, sejumlah 105 Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh negara telah menyertai program ini, yang berlangsung dari bulan Mac hingga Ogos 2021, iaitu melibatkan empat kategori telah dipertandingkan dan tiga pemenang dari setiap kategori diberi pengiktirafan cemerlang.

Menurut Noorliza, Program Premis Makanan Bersih PBT 2021 dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih kepada gred B dan ke atas.

“Ini mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemilik premis makanan untuk meningkatkan tahap kebersihan premis mereka serta meningkatkan nilai estetika medan selera yang terlibat”,katanya.

Manakala, objektif Program Pasar Awam Bersih PBT 2021 adalah untuk meningkatka kualiti pengurusan pasar awam dan status sanitasi pasar awam di seluruh negara, mendapatkan komitmen dan kebertanggungjawaban PBT dalam program dan perkhidmatan pembersihan pasar.

Selain memperkenal serta mempromosikan konsep ‘Pasar Sejahtera’ serta mewujudkan satu sistem pengurusan pasar yang seragam, bersistematik dan efektif dalam program pengurusan pasar awam di kawasan PBT.

Sementara itu, Noorliza telah berbesar hati menerima anugerah berkenaan dan merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Program Kesihatan Persekitaran DBKK yang diketuai oleh Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK.

Hadir sama ialah ketua-ketua jabatan yang terlibat, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), Syron A. Tunggolou, Pengarah Jabatan Pelesenan, Lizawana Matin, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Landskap, Rozie Khan, Pengarah Jabatan Pengurusan Data dan Pendigitalan, Rusli Nurdin serta pegawai-pegawai JKPB.

“DBKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas penganjuran program tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atas pencalonan DBKK menyertai program berkenaan,” tambah Noorliza.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/19/dbkk-raih-dua-anugerah-sempena-hari-kesihatan-persekitaran-sedunia-peringkat-kebangsaan-tahun-2021/feed/ 0 8604
COVID-19: Dua Kluster Baharu Jenis Komuniti Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/#respond Wed, 03 Nov 2021 13:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8163
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu merupakan jenis komuniti direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Jati, Kinabatangan dan Kluster Tumbalang, Ranau.

Katanya, Kluster Sawit Jati, Kinabatangan tercetus selepas kes indeks seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, bekerja di sebuah ladang kelapa sawit (gatekeeper) di dalam Daerah Kinabatangan, mengalami sesak nafas dan demam sejak 20 Oktober 2021, disahkan positif COVID-19 pada 21 Oktober 2021 oleh Klinik Swasta Mabello Paris, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Berikutan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut positif COVID-19.

Manakala kluster kedua iaitu Kluster Tumbalang, Ranau dikesan di Daerah Ranau pada 23 Oktober 2021.

Menurut Masidi, kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu kereta sapu, disahkan positif COVID-19 di Hospital Ranau selepas bergejala sejak 19 Oktober 2021 dengan keputusan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat yang dilakukan pada 25 Oktober sehingga 1 November 2021 mendapati seramai 54 orang daripada lokaliti yang sama dikesan positif COVID-19.

“Namun pada 3 November 2021, terdapat tambahan sebanyak dua orang lagi penduduk daripada Kg Tumbalang turut dikesan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat di klinik Timbua, menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 56 kes,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8163
Dua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6739
Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Dua mangsa termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun hanyut dibawa arus deras dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi pada jam 4.13 petang tadi.

Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan perkhidmatan keretapi yang memakan masa hampir sejam untuk tiba ke lokasi tersebut.

“Maklumat awal diterima dari pengadu/pemanggil, terdapat empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot telah karam semasa menyeberangi sungai Padas untuk balik ke rumah. Semasa kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dewasa lingkungan 50 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun telah dibawa arus deras,” katanya.

Walau bagaimanapun dua mangsa yang hanyut masih belum ditemui.

“Pihak Bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian,” tambah Misran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/feed/ 0 6739
COVID-19: Hadir Majlis Pengebumian & Tempat Kerja Cetus Dua Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 31 Aug 2021 14:39:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5624
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Nasakot, Ranau dan Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu masing-masing melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Nasakot, Ranau adalah kluster jenis komuniti yang berlaku di Kg Nasakot, Ranau iaitu menghadiri satu majlis pengebumian.

Katanya, kes indeks adalah wanita, 40, yang membawa anak yang juga pesakit Talasemia dan dikesan positif (RTK-Ag) semasa saringan pra-kemasukan wad pada 20 Ogos 2021.

“Siasatan awal mendapati, kes indeks membawa anaknya untuk transfusi di Hospital Ranau pada 03 Ogos 2021 dan saringan kemasukan wad adalah negatif.

“Oleh itu, mereka telah dibenarkan keluar pada 05 Ogos 2021 dan hanya berada di rumah sejak 06 Ogos 2021. Namun, pada 12 Ogos 2021 kes indeks mula menunjukkan gejala demam, selesema, hilang deria rasa dan bau,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Menurut Masidi, kes indeks tidak mengendah dengan simptom, pada 14 Ogos 2021 malah telah menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga yang berlanjutan selama tujuh hari bersama-sama hampir keseluruhan penduduk Kg Nasakot.

Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat telah dijalankan pada 21 hingga 23 Ogos 2021 dan berjaya mengesan empat kontak rapat yang menjadi sub-indeks untuk kes-kes seterusnya.

Perkumpulan beramai-ramai semasa majlis pengebumian ini mencetus penularan wabak dalam komuniti Kg Nasakot dan Kg Tanid di Mukim Malinsau. Daripada 95 kontak yang disaring, 31 individu dikesan positif dalam kluster ini termasuk dua kes baharu hari ini.

Sementara Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu pula dikesan berlaku di Mukim Segama dalam kategori tempat kerja.

Masidi turut memaklumkan bahawa, kes indeks adalah pekerja kilang, lelaki, 27, yang disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada 26 Ogos 2021 selepas bergejala sejak 25 Ogos 2021.

Pihak pengurusan kilang dan klinik panel telah melakukan saringan kontak dan saringan bersasar mulai 26 hingga 28 Ogos 2021.

Namun daripada 215 kontak yang disaring, 57 individu didapati positif termasuk 25 kes baharu hari ini, manakala 194 individu negatif saringan pertama.

“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Sementara kontak-kontak rapat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di ladang tersebut. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara yang masih belum menerima vaksin. Punca jangkitan masih dalam siasatan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-hadir-majlis-pengebumian-tempat-kerja-cetus-dua-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 5624