dubai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Apr 2022 10:18:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dubai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Saifuddin harus bertanggungjawab penuh isu lawatan PM ke Dubai, kata Anifah Aman https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/#respond Tue, 12 Apr 2022 10:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14184
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kuala lumpur — Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah harus bertanggungjawab penuh atas kekeliruan membabitkan lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan dua diplomat ke negara itu dipanggil pulang.

Bekas menteri luar Anifah Aman berkata, jika berada dalam situasi sama beliau akan mengendalikan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Menurutnya, walaupun Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa tindakan itu adalah kerana kegagalan mereka menyelaraskan pengurusan dan logistik, namun kedua-duanya tidak harus dipanggil pulang dengan tergesa-gesa.

“Ini memalukan negara dan menteri harus bertanggungjawab terhadap kekurangan di kementeriannya, beliau harus mempertahankan pegawainya.

“Saya berasa curiga bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang maklumat penting terutama jika membabitkan hal ehwal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Anifah turut menjelaskan ketika menjadi menteri luar, beliau akan berada di lapangan lebih awal untuk memastikan segala persediaan sudah dibuat.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan bahawa langkah memanggil pulang duta besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan konsul jeneral Malaysia di Dubai adalah disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Ismail ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Dua pegawai kanan terbabit gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan perdana menteri seperti yang sepatutnya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi lawatan peringkat tertinggi negara di luar negara terutama semasa ketibaan perdana menteri di Dubai pada 29 Mac.

Kegagalan itu termasuk menyebabkan perdana menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh imigresen Dubai selain tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk perdana menteri seperti amalan SOP.

“Lazimnya dalam apa keadaan sekalipun, seperti mana ketika perdana menteri menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu, ketua perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikuti SOP untuk perdana menteri.

“Kedua-dua pegawai terbabit juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya mengenai penganjuran World Government Summit (WGS) yang diadakan dalam kawasan Ekspo Dubai dan pimpinan tertinggi KLN hanya mengetahui mengenai WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain dan sekiranya perkara ini dimaklumkan lebih awal, usaha pastinya dibuat supaya perdana menteri menyampaikan ucapan pada program berkenaan,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/saifuddin-harus-bertanggungjawab-penuh-isu-lawatan-pm-ke-dubai-kata-anifah-aman/feed/ 0 14184
MAFI Komited Capai Pelaburan Bernilai RM350 Juta Pada Minggu Pertanian Lestari Di Expo Dubai 2020 https://sabahmedia.com/2022/02/12/mafi-komited-capai-pelaburan-bernilai-rm350-juta-pada-minggu-pertanian-lestari-di-expo-dubai-2020/ https://sabahmedia.com/2022/02/12/mafi-komited-capai-pelaburan-bernilai-rm350-juta-pada-minggu-pertanian-lestari-di-expo-dubai-2020/#respond Sat, 12 Feb 2022 05:17:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12142
Read Time:1 Minute, 34 Second

PUTRAJAYA : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) komited untuk mencapai sasaran pelaburan bernilai RM350 juta sepanjang Minggu Pertanian Lestari di EXPO 2020 Dubai.

MAFI sebagai hos akan menerajui tema minggu itu di Pavilion Malaysia dari 21 hingga 26 Februari 2022, dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) sebagai agensi pelaksana. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, MAFI sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran pelaburan tersebut dengan memupuk hubungan dan perkongsian strategik bersama pemain-pemain global, terutamanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara Timur Tengah bagi memacu pertanian lestari untuk kebaikan Malaysia dan dunia.

“Kami akan mengadakan 11 pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU), 50 potensi perniagaan, serta penyertaan daripada 20 PKS tempatan dan jabatan serta agensi di bawah MAFI pada minggu ini.

“Ini merupakan peluang menarik untuk kami menampilkan amalan pertanian terbaik, inovasi pintar, dan sumber asli kaya di Malaysia yang menyumbang kepada keselamatan makanan, penjanaan kekayaan, perlindungan alam sekitar, dan mata pencarian yang mampan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Dr Ronald berkata, ekspo itu adalah peluang terbaik untuk meningkatkan hubungan dua hala dan perdagangan antara Malaysia dan UAE melalui pembangunan pertanian lestari.

Katanya, kedua-dua negara bersedia untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi meningkatkan usaha pertanian lestari ke peringkat yang lebih tinggi.

MAFI dijangka menarik kira-kira 2,000 pelawat dan delegasi sepanjang Minggu Pertanian Lestari melalui pelbagai program dan aktiviti, seperti pameran, pelancaran produk-produk, pertukaran dokumen, demonstrasi masakan dan produk, koktel rangkaian, padanan perniagaan dan ceramah poket.

Kandungan program-program itu akan dijalankan berdasarkan lapan bidang tumpuan yang menampilkan kekuatan Malaysia dalam pertanian lestari termasuklah kesejahteraan daripada biodiversiti, buah-buahan tanah tropika dan hasil sampingannya, pertanian bandar pintar, penyelesaian pertanian pintar, sisa kepada kekayaan, masakan lestari, teknologi dan penyelesaian pertanian terkini, serta peluang pelaburan untuk kelestarian pertanian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Pertanian Lestari di bawah MAFI, sila layari https://www.mafi–events.com.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/12/mafi-komited-capai-pelaburan-bernilai-rm350-juta-pada-minggu-pertanian-lestari-di-expo-dubai-2020/feed/ 0 12142