DUN Bongawan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Nov 2025 04:22:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DUN Bongawan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warisan hanya muncul dengan ‘senarai kerja’ setiap kali pilihan raya – Ramlah https://sabahmedia.com/2025/11/25/warisan-hanya-muncul-dengan-senarai-kerja-setiap-kali-pilihan-raya-ramlah/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/warisan-hanya-muncul-dengan-senarai-kerja-setiap-kali-pilihan-raya-ramlah/#respond Tue, 25 Nov 2025 04:21:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86962
Read Time:2 Minute, 17 Second

BONGAWAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bongawan menolak dakwaan Warisan bahawa banyak pembangunan telah dibawa oleh penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Dr Daud Yusof, sepanjang lima tahun lalu, dengan menegaskan bahawa realiti di lapangan tidak menggambarkan apa yang didakwa.

Ketua Wanita GRS Bongawan, Ramlah Sidek, berkata fenomena sama berulang setiap kali pilihan raya mendekat apabila Warisan tiba-tiba mengemukakan senarai panjang “projek dan usaha besar” yang menurut penduduk setempat, tidak pernah benar-benar dirasai.

“Warisan keliru antara buat kerja dan buat kenyataan. Setiap kali pilihan raya hampir, barulah senarai panjang ‘usaha’ itu muncul.

“Tetapi bila kita turun kampung, rakyat sendiri berkata mereka tidak nampak pembangunan seperti yang didakwa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya benar Bongawan menikmati pembangunan pesat, kawasan itu tidak sepatutnya kekal dengan masalah asas yang berlarutan sejak 2018, termasuk jalan rosak, peluang pekerjaan yang terhad serta projek ekonomi yang tidak menjadi kenyataan.

Beliau turut mengulas tumpuan Warisan terhadap bantuan berskala kecil seperti sumbangan RM2,000–RM3,000 kepada sekolah, baik pulih rumah dan penyediaan elektrik kampung.

“Bantuan kecil itu kita hargai, tetapi itu tanggungjawab minimum seorang wakil rakyat. Rakyat mahu lebih daripada itu. Mereka mahu pelan pembangunan ekonomi, peluang kerja, dan strategi membangunkan belia—bukan sekadar bantuan tahunan,” tegasnya.

Mengulas dakwaan Warisan bahawa Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT) kini ‘muram’, Ramlah berkata kenyataan itu sebenarnya mendedahkan kegagalan Warisan sendiri ketika menjadi kerajaan negeri.

“SOGT ini inisiatif yang dimulakan oleh Tan Sri Anifah Aman. Bila Warisan jadi kerajaan, mereka sepatutnya memperkukuh projek ini. Jika hari ini mereka kata SOGT muram, itu bermakna merekalah yang gagal menghidupkan projek yang asasnya sudah tersedia,” katanya.

Ramlah berkata perbandingan antara calon pembangkang dan calon GRS kini semakin jelas, khususnya dengan kehadiran Tan Sri Anifah Aman sebagai calon GRS Bongawan.

“Satu pihak sibuk menunjukkan resit bantuan setiap tahun. Satu lagi pihak membawa rangkaian nasional, pengalaman menteri dan hala tuju ekonomi jangka panjang. Rakyat sendiri nampak perbezaannya,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pengundi muda dan pengundi kali pertama semakin memahami bahawa Bongawan memerlukan pemimpin bertaraf nasional yang mampu membuka pintu pelaburan, mencipta pekerjaan bernilai tinggi dan menghidupkan semula projek besar yang terbiar.

“Maklum balas sangat jelas. Orang Bongawan berkata sudah cukup lima tahun eksperimen. Mereka mahu pemimpin yang benar-benar tahu bekerja, bukan sekadar mengumumkan bantuan menjelang pilihan raya,” ujarnya.

Ramlah menegaskan bahawa GRS menawarkan kepimpinan yang lebih stabil, konsisten dan berkeupayaan melaksanakan perubahan berskala besar, dipacu melalui pengalaman luas Anifah di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Memimpin Bongawan bukan tentang bantuan tahunan. Ia tentang visi, pengalaman, hubungan strategik dan kemampuan membuka peluang. Itu yang rakyat mahukan, dan itu yang Tan Sri Anifah mampu bawa masuk,” katanya.

GRS yakin bahawa tawaran pembangunan menyeluruh, pengukuhan SOGT serta strategi ekonomi jangka panjang akan menjadi faktor utama peningkatan sokongan rakyat Bongawan pada PRN Sabah kali ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/warisan-hanya-muncul-dengan-senarai-kerja-setiap-kali-pilihan-raya-ramlah/feed/ 0 86962
Peruntukan RM200,000 laksana projek pembangunan kecil DUN Bongawan https://sabahmedia.com/2023/10/17/peruntukan-rm200000-laksana-projek-pembangunan-kecil-dun-bongawan/ https://sabahmedia.com/2023/10/17/peruntukan-rm200000-laksana-projek-pembangunan-kecil-dun-bongawan/#respond Tue, 17 Oct 2023 07:24:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43758
Read Time:1 Minute, 23 Second

PAPAR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr Daud Yusof, berkata ia termasuk membina jambatan gantung dan sumbangan dana kepada setiap sekolah rendah dan menengah di DUN Bongawan.

Katanya, sebanyak RM50,000 daripada peruntukan itu disalurkan kepada 22 sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing untuk melaksanakan kerja membaik pulih fasiliti dan aktiviti sekolah.

“Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada setiap kawasan melalui wakil rakyat yang akan mengendalikan pengagihan dana mengikut kaedah masing-masing dan ini adalah yang pertama kali bagi DUN Bongawan.

“Untuk Bongawan, kita mengagihkan sebanyak RM50,000 kepada sekolah melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) bagi meringankan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG di 19 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di sini.

“Pengagihan peruntukan berkenaan disalurkan melalui PIBG berikutan ia tidak boleh diagihkan secara langsung kepada pihak sekolah dan perlu melalui persatuan sah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Sekolah-Sekolah DUN Bongawan, di Dewan Terbuka Al Aman Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Bongawan, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya baki peruntukan berkenaan dimanfaatkan untuk melaksanakan projek-projek kecil pembangunan berkaitan penyediaan dan pembaikan fasiliti untuk keselesaan rakyat di DUN Bongawan.

“Antara yang kita laksanakan ialah membina beberapa jambatan gantung untuk keselesaan dan bagi memudahkan perhubungan penduduk kampung di kawasan ini,” katanya.

Daud yang juga bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, turut menyatakan harapannya agar penyaluran peruntukan seumpama itu diteruskan pada masa akan datang dan ditambah jumlahnya agar lebih banyak projek pembangunan kecil dapat dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/17/peruntukan-rm200000-laksana-projek-pembangunan-kecil-dun-bongawan/feed/ 0 43758