dun kundasang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Mar 2023 22:58:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dun kundasang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 30 pelajar di DUN Kundasang bakal dipilih lanjut pelajaran di NBUC https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/ https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/#respond Sun, 19 Mar 2023 22:58:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31108
Read Time:1 Minute, 45 Second

RANAU: Seramai 30 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bakal dipilih untuk melanjutkan pelajaran di North Borneo University College (NBUC) menerusi satu program belia anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.36 Kundasang bersama NBUC di Dewan Kampung Timbua, di sini, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyambut baik program itu.

Program Roadshow Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu diadakan bagi merekrut belia dan beliawanis luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara lain pengisian program ialah kempen menderma darah yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) Kota Marudu.

Sementara itu, Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Kundasang, Dounis Sani, pihak kolej NBUC dan wakil kakitangan KKM Kota Marudu kerana berjaya menganjurkan program ini.

“Program seperti ini merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia dapat membantu penduduk kawasan luar bandar khususnya di sekitar DUN Kundasang.

“Saya dimaklumkan bahawa NUBC juga akan memilih seramai 30 pelajar daripada DUN Kundasang dan mereka ini akan diberikan pinjaman atau biasiswa.

“Sekiranya pihak saya sudah mendapat senarai penama berkenaan, kita akan berusaha membantu dari segi pendaftaran pertama bagi semester pertama yang berjumlah RM9,000 bagi 30 pelajar berkenaan sementara menunggu kelulusan pinjaman pendidikan/biasiswa pada semester kedua,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam ucapan perasmiannya.

IPTS tersebut menawarkan sijil di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Doktor Falsafah.

Dr Joachim berharap pihak penganjur mencapai matlamat yang disasarkan dan meminta pihak kolej untuk terus mengadakan lebih banyak program di seluruh kawasan dalam DUN Kundasang dan juga di kawasan lain.

Beliau turut berterima kasih atas sambutan belia dan beliawanis yang hadir dalam program itu.

Hadir sama ialah Naib Canselor NBUC, Prof. Madya Jaisan Julparael, wakil Unit Tabung Darah KKM Kota Marudu yang juga Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim; Ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam program yang sama, bantuan bakul makanan turut disampaikan kepada 60 ketua isi rumah (KIR) dalam DUN tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/20/30-pelajar-di-dun-kundasang-bakal-dipilih-lanjut-pelajaran-di-nbuc/feed/ 0 31108
MUTIARA GRS Beri Sumbangan Kepada Rumah Ibadat, Balairaya Di Tiga Mukim DUN Kundasang https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/#respond Sun, 20 Mar 2022 10:53:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13232
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menghulurkan sumbangan kepada tiga mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Linda (dua dari kanan) menyampaikan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah kepada Ustazah Muna Said di Masjid Al-Syarif.
Linda (dua dari kanan) menyampaikan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah kepada Ustazah Muna Said di Masjid Al-Syarif.

Mukim yang tebabit ialah Mukim Perancangan, Pinawantai dan Timbua.

Bagi Mukim Perancangan, sumbangan keperluan dapur seperti dapur gas, alat memasak diberikan kepada dua pihak gereja iaitu Gereja Roman Catholic (RC) Kg. Perancangan, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg. Nalumad dan Balairaya Kg. Takutan.

Begitu juga bagi Mukim Pinawantai, di mana sumbangan disalurkan kepada gereja RC Kg. Togop Darat dan Balairaya Kg. Togop Laut.

Manakala Mukim Timbua menerima sumbangan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah daripada isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang DiPertua Mutiara GRS, yang diserahkan kepada Masjid Al-Syarif di Kg. Timbua dan Surau At Taqwa di Kg. Merungin 2.

Sumbangan yang disalurkan ke masjid dan surau akan digunakan oleh pelajar wanita Islam Timbua dan jemaah di situ.

Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Linda Ewit di sini, hari ini.

“Saya ingin mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Penaung MUTIARA GRS dan Datin Seri Julia Salag atas sumbangan ini,” kata Linda yang juga Naib Dipertua Mutiara GRS.

“Kita berharap akan mendapat meneruskan aktiviti kebajikan seperti ini pada masa akan datang. Saya dan Wanita PBS N36 Kundasang akan berusaha dan semoga Tuhan memberkati Kita semua,” ujarnya.

Linda juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan oleh Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang yang diketuai oleh Martina Payak dan semua yang terlibat.

Sehubungan itu, Linda turut memberikan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad yang sudi menyumbangkan susu Dugro untuk disalurkan kepada penduduk kampung dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/feed/ 0 13232
Vaksinasi Remaja Di Kampung DUN Kundasang Bermula Sabtu https://sabahmedia.com/2021/09/17/vaksinasi-remaja-di-kampung-dun-kundasang-bermula-sabtu/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/vaksinasi-remaja-di-kampung-dun-kundasang-bermula-sabtu/#respond Fri, 17 Sep 2021 08:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6461
Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Program vaksinasi remaja, bagi mereka yang berusia antara 12 dan 17 tahun, akan dilaksanakan di kampung-kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bermula esok (18 Sept).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, kampung yang terlibat ialah Kg. Tumbalang, Kg. Merungin 1, Pinampadan, Kg. Debut, Kg. Kembiroi, Kg. Daramakan, Kg. Tarawas, Kg. Pinawantai, Kg. Togop Darat, Kg. Tinutuan, Kg. Tibabar, Kg. Nawanon, Kg. Pugi, Kg Kantas, Kg. Kieyep, Kg. Lobou Lama, Kg. Lobou Baru dan Merungin 2.

Menurut beliau, pemberian vaksin ini akan berlangsung sehingga 24 September, dan bermula jam 8.30am sehingga 3.00pm.

Ia akan melibatkan pemberian vaksin sebanyak 400 dos sehari, katanya, sambil memuji komitmen yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berkenaan dalam membantu menjayakan program tersebut.

“Saya berterima kasih kepada semua JPKK yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani yang seringkali memberikan info terkini dan memastikan semua JPKK menjalankan tugas masing-masing.

“Anak yang menerima vaksin haruslah ditemani oleh ibubapa atau penjaga semasa proses suntikan vaksin, dan mereka hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Joachim juga menghargai dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pejabat Daerah Ranau, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan dalam menjayakan program vaksinasi ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dalam kenyataannya pada 15 Sept mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan vaksinasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun bermula kelmarin (16 Sept).

Katanya, ia selaras dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan sebanyak mungkin remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.

Ini juga berikutan pembukaan semula sekolah yang dijangka bermula pada 3 Oktober.

Pemberian vaksin kepada remaja berumur 12-17 tahun secara walk-in telah pun bermula di Dewan Masyarakat Ranau, Ranau, kelmarin dan akan berterusan pada setiap hari.

“Diharap Daerah Ranau akan mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera untuk kebaikan semua anggota masyarakat,” ujar Dr. Joachim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/vaksinasi-remaja-di-kampung-dun-kundasang-bermula-sabtu/feed/ 0 6461
175 KIR Di 4 Kampung DUN Kundasang Terima Sumbangan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/#respond Sat, 21 Aug 2021 04:27:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4995
Read Time:48 Second

RANAU: Seramai 175 ketua isi rumah (KIR) di empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bakul makanan.

Penerima dari empat kampung tersebut merupakan penduduk dari Kg. Nawanon, Kg. Kantas Baru, Kg. Pugi dan Kg. Gunsapou.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dan memberikan sumbangan kepada rakyat Ranau khusunya DUN Kundasang.

“Saya bersyukur di atas sumbangan daripada Syarikat Kini Progresif Sdn. Bhd. Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati anda,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan media.

Edaran sumbangan bakul makanan ini diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo. Turut serta ialah Pegawai Khas, Pemaju Mukim serta dua lagi sukarelawan dari Kg Kundasang.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mengedarkan sumbangan bakul makanan ini.

“Kerjasama di antara jentera pentadbiran DUN Kundasang amat saya hargai, saya percaya ini adalah untuk rakyat,” tambahnya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/175-kir-di-4-kampung-dun-kundasang-terima-sumbangan-bakul-makanan/feed/ 0 4995
500 KIR Di DUN Kundasang Terima Bantuan Daripada Pemuda PBS Bersama UPPM Kundasang https://sabahmedia.com/2021/06/06/500-kir-di-dun-kundasang-terima-bantuan-daripada-pemuda-pbs-bersama-uppm-kundasang/ https://sabahmedia.com/2021/06/06/500-kir-di-dun-kundasang-terima-bantuan-daripada-pemuda-pbs-bersama-uppm-kundasang/#respond Sun, 06 Jun 2021 09:31:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=679
Read Time:1 Minute, 0 Second
6 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KUNDASANG: Seramai 500 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima bantuan berupa pelbagai sayur-sayuran. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata,  bantuan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBS merangkap Exco Pemuda Pusat, Setalie Sarungin berkata, edaran sayur-sayuran ini merupakan peruntukan yang disalurkan kepada Pemuda PBS daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam. 

Menurut Joachim, sayur-sayuran tersebut diperolehi daripada pembekal sayur, Yamming Taralia.   

Bantuan ini diagihkan ke lapan buah kampung dalam DUN berkenaan. 

“Lapan kampung yang menerima bantuan ini antaranya, Kampung Togis, Perancangan, Debut Langsat, Takutan, Nalumad, Singgaron, Langsat, Kilanas, dan Kirokot”, katanya lagi. 

Sementara itu, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PBS, UPPM serta semua yang terlibat menjayakan program ‘bantuan’ ini. 
“Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Pemuda PBS dan UPPM Kundasang atas usaha murni ini,” kata Dr. Joachim. 

Para Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan mengedarkan sumbangan tersebut kepada KIR di kampung masing-masing.
]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/06/500-kir-di-dun-kundasang-terima-bantuan-daripada-pemuda-pbs-bersama-uppm-kundasang/feed/ 0 679