DUN Pintasan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Nov 2025 07:50:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DUN Pintasan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Pertembungan Pandikar, Fairuz warnai saingan di DUN Pintasan https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-pertembungan-pandikar-fairuz-warnai-saingan-di-dun-pintasan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-pertembungan-pandikar-fairuz-warnai-saingan-di-dun-pintasan/#respond Sat, 15 Nov 2025 07:50:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85899
Read Time:45 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan menjadi antara tumpuan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17) apabila menyaksikan pertembungan 11 penjuru.

Lebih menarik apabila Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertemu penyandang kerusi itu Datuk Fairuz Renddan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Peter Jiton bagi kawasan Parlimen Kota Belud turut mengumumkan Awang Saleh Makmud akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN); Syarif Mohd Shukree Danchingan (Bebas); Raplin Samat (STARSabah); Abdullah Otong (Warisan); Tajuddin Padis (Bebas); Datuk Almudin Kaida (KDM); Tadzul Radim (BN); Mohd Rizal Saiman (Bebas) dan Lomog Rudin @ Efejus Rudin (PIS).

Pandikar menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi, sementara pendaftaran terakhir diterima daripada Lomog pada 9.32 pagi, menandakan proses penamaan calon berjalan lancar dan teratur. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-sabah-pertembungan-pandikar-fairuz-warnai-saingan-di-dun-pintasan/feed/ 0 85899
Fairuz terus turun padang, dekati rakyat DUN Pintasan https://sabahmedia.com/2025/11/09/fairuz-terus-turun-padang-dekati-rakyat-dun-pintasan/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/fairuz-terus-turun-padang-dekati-rakyat-dun-pintasan/#respond Sun, 09 Nov 2025 11:34:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85364
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA BELUD: Setiap kali Datuk Fairuz Renddan turun ke lapangan, suasana di kampung-kampung sekitar DUN Pintasan pasti hidup dengan gelak tawa dan senyuman penduduk yang menyambut kehadiran wakil rakyat mereka.

Beliau tidak datang sekadar untuk berucap, tetapi benar-benar mendekati rakyat bertanya khabar, mendengar masalah, dan mencari jalan penyelesaian di tempat kejadian.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan itu terus menunjukkan komitmen tinggi terhadap komuniti setempat, meskipun sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Bagi Fairuz, khidmat kepada rakyat tidak terhenti selepas pilihan raya, tetapi diteruskan setiap hari dengan tindakan nyata.

Melalui laman rasmi Facebooknya, Fairuz sering berkongsi aktiviti turun padang termasuk menziarahi penduduk, menyampaikan bantuan keperluan asas, serta meninjau projek-projek kecil di kawasan pedalaman.

Setiap kunjungan beliau disambut mesra, memperlihatkan hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat.

“Menjadi wakil rakyat bukan sekadar menyuarakan isu di dewan, tetapi hadir bersama rakyat di lapangan memahami cabaran mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama,” katanya.

Pendekatan itu membuatkan nama Fairuz terus disebut-sebut sebagai pemimpin muda berjiwa rakyat yang tidak pernah berjarak dengan komuniti.

Beliau dilihat bukan sahaja mendengar, tetapi juga bertindak segera terhadap aduan dan keperluan penduduk.

Dalam perkembangan lain, Fairuz menegaskan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi DUN Pintasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, banyak usaha pembangunan di kawasan itu masih dalam proses dan perlu diteruskan demi manfaat rakyat.

“Selagi rakyat terus bersama saya, saya akan terus bersama mereka bukan hanya semasa pilihan raya, tetapi setiap masa,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/fairuz-terus-turun-padang-dekati-rakyat-dun-pintasan/feed/ 0 85364
Penduduk enam kampung di DUN Pintasan bakal terima geran tanah selepas 40 tahun menanti https://sabahmedia.com/2025/03/17/penduduk-6-kampung-di-dun-pintasan-bakal-terima-geran-tanah-selepas-40-tahun-menanti/ https://sabahmedia.com/2025/03/17/penduduk-6-kampung-di-dun-pintasan-bakal-terima-geran-tanah-selepas-40-tahun-menanti/#respond Mon, 17 Mar 2025 13:14:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70576
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penduduk di enam kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Kota Belud bakal menerima geran tanah selepas lebih 40 tahun penantian.

Ini adalah hasil usaha ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan, yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan isu ini sejak tahun 2020.

Menurut Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan, masalah ini telah berlarutan selama puluhan tahun kerana tanah di kampung-kampung terbabit sebelum ini dikategorikan sebagai tanah rizab, termasuk rizab padang ragut. Hal ini menyebabkan penduduk yang telah lama menetap di kawasan itu tidak dapat memiliki geran secara sah.

“Sejak saya menjadi wakil rakyat, saya menubuhkan satu jawatankuasa pelaksana dan melibatkan pihak berkuasa berkaitan untuk menyemak prosedur mendapatkan geran tanah. Kami mendapati banyak kampung berada dalam status rizab yang menyukarkan penduduk untuk memohon hak milik tanah mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini (17 Mac).

Antara enam kampung yang terlibat adalah Kampung Pantai Mas, Kampung Liang, Kampung Tamau, Kampung Kayu Putih, Kampung Pintasan, dan Kampung Tawadakan.

Fairuz turut menjelaskan bahawa terdapat tiga rekod berbeza berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan, dengan banyak tanah dimiliki oleh syarikat luar. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang menetap di situ tidak menerima pampasan sewajarnya apabila pembangunan dilakukan.

“Selepas dua tahun usaha dari 2020 hingga 2022, status tanah enam kampung ini berjaya diubah, dengan bantuan pelbagai pihak termasuk bekas Yang di-Pertua Negeri (TYT). Pada penghujung 2023 hingga awal 2024, geran tanah mula diserahkan kepada penduduk, dan setakat ini hampir 400 geran telah diberikan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa baki geran yang belum diselesaikan akan diberikan sebelum bulan Mei atau Jun tahun ini.

Selain isu geran tanah, Fairuz turut menyentuh mengenai pembangunan di kawasan Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) yang mengalami masalah sama, di mana tanah yang diduduki penduduk sejak lama tiba-tiba didaftarkan sebagai milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu tertentu.

Beliau juga mendedahkan bahawa Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) bakal diperluaskan ke kawasan Kota Belud, termasuk sebahagian tanah di kawasan Pintasan. Ini dijangka membuka peluang ekonomi baharu bagi penduduk setempat.

Selain itu, beberapa syarikat besar turut menunjukkan minat untuk melabur di kawasan Pintasan, termasuk Gardenia yang sedang meneliti lokasi sesuai untuk membuka kilangnya. Namun, masih terdapat isu berkaitan pemilikan tanah yang perlu diselesaikan sebelum projek itu dapat diteruskan.

“Saya harap KKIP di kawasan Pintasan ini tidak menjadi ‘land bank’ yang terbiar 20-30 tahun. Kita mahu ia segera dibangunkan untuk manfaat penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Fairuz turut mempromosikan produk tempatan dari kawasan Pintasan, termasuk ikan Liking yang terkenal di Pantai Mas.

Beliau berharap pembangunan yang dirancang dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk tempatan sambil mengekalkan keunikan budaya dan sumber semula jadi kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/17/penduduk-6-kampung-di-dun-pintasan-bakal-terima-geran-tanah-selepas-40-tahun-menanti/feed/ 0 70576