dun sabah cuaca panas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 May 2023 03:44:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dun sabah cuaca panas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Istiadat pembukaan keempat DUN diawalkan elak strok haba https://sabahmedia.com/2023/05/20/dun-sabah-istiadat-pembukaan-keempat-dun-diawalkan-elak-strok-haba/ https://sabahmedia.com/2023/05/20/dun-sabah-istiadat-pembukaan-keempat-dun-diawalkan-elak-strok-haba/#respond Sat, 20 May 2023 03:44:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34768
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu :   Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang bermula Isnin ini akan dimulakan sejam lebih awal.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, perubahan masa itu diputuskan selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.

Kadzim berkata, perubahan itu melibatkan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.15 pagi berbanding jam 9.25 pagi pada jadual asal namun bagi aturcara istiadat majlis yang lain adalah tidak berubah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi raptai penuh istiadat berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama dalam sesi raptai berkenaan adalah Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun, Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman serta wakil-wakil jabatan serta agensi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sabah, Amirzudi Hashim ketika dihubungi menjelaskan  pihaknya meramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, petang atau malam pada Isnin dan suhu dijangka mencecah 33 darjah selsius bagi Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/20/dun-sabah-istiadat-pembukaan-keempat-dun-diawalkan-elak-strok-haba/feed/ 0 34768