dun sabah kkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Apr 2024 01:41:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dun sabah kkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Penjawat awam dibawah KKR diminta tingkat kualiti kerja perkhidmatan https://sabahmedia.com/2024/04/25/dun-sabah-penjawat-awam-dibawah-kkr-diminta-tingkat-kualiti-kerja-perkhidmatan/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/dun-sabah-penjawat-awam-dibawah-kkr-diminta-tingkat-kualiti-kerja-perkhidmatan/#respond Thu, 25 Apr 2024 01:41:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53472
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Semua  penjawat awam dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah diminta untuk memastikan kualiti kerja perkhidmatan yang diberikan ditingkatkan agar lebih efektif dan efisien.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ini kerana terdapat segelintir penjawat awam di jabatan dan agensi dibawah KKR dilihat kurang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

“Ini adalah antara cabaran yang saya hadapi selaku Menteri di Kementerian ini dimana saya berhadapan dengan segelintir penjawat awam khususnya di jabatan yang berada dibawah kementerian ini yang kurang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

“Jadi ini saya sudah maklumkan kepada semua pengarah dibawah KKR untuk memastikan bahawa kualiti kerja perkhidmatan penjawat awam ini perlu ditingkatkan agar lebih efektif dan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan KKR pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, orang ramai boleh menghubungi talian ‘careline’ rasmi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyalurkan aduan atau pertanyaan berkaitan jabaan berkenaan.

“Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan nombor ‘careline’ JANS kerana saya sering menerima aduan tentang panggilan-panggilan yang tidak berjawab. 

“Rupanya antara sebab kenapa panggilan tidak berjawab adalah kerana nombor yang mereka gunakan adalah nombor yang tidak ada dalam perkhidmatan.

“Dalam kesempatan ini  saya ingin memaklumkan  dewan yang mulia ini,  careline rasmi  JANS  adalah  088-326888,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/dun-sabah-penjawat-awam-dibawah-kkr-diminta-tingkat-kualiti-kerja-perkhidmatan/feed/ 0 53472