DUN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Apr 2025 04:24:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DUN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Sabah beri tumpuan bangun aktiviti hiliran dalam industri utama https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-sabah-beri-tumpuan-bangun-aktiviti-hiliran-dalam-industri-utama/ https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-sabah-beri-tumpuan-bangun-aktiviti-hiliran-dalam-industri-utama/#respond Thu, 10 Apr 2025 04:24:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71706
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sabah akan memberi tumpuan lebih banyak bagi membangunkan aktiviti hiliran dalam industri utama, termasuk biojisim, kelapa sawit, perladangan pokok perindustrian serta minyak dan gas.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata,  dengan menggalakkan pengembangan sektor- sektor ini, Sabah juga berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih mampan.

Katanya, pada tahun lalu, Sabah telah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion, dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan. 

Menurutnya lagi, angka itu jelas menunjukkan bahawa usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pembuatan berada di landasan yang tepat dan berjaya menarik lebih banyak perhatian pelabur ke negeri ini.

“Komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan pelaburan terus berkembang dapat dilihat melalui perancangan pembangunan tiga buah taman perindustrian yang baharu di Kudat, Kota Belud dan Beaufort. 

“Pembangunan ketiga-tiga taman perindustrian ini kelak dijangka akan membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan untuk warga tempatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Tun Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di DUN Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, pelaburan yang berterusan dalam sektor ini bukan sahaja memberi impak positif kepada sektor pembuatan, tetapi juga membuka peluang untuk integrasi teknologi, memperkukuhkan infrastruktur serta mencipta peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Tun Musa menyeru agar semua pihak untuk terus bekerjasama bagi memastikan setiap inisiatif yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 (Pelan Pembangunan SMJ) dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, kedua-dua dasar pembangunan utama itu telah dirangka dengan pelbagai inisiatif dan program yang bertujuan untuk memacu ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara holistik dan inklusif. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/10/dun-sabah-sabah-beri-tumpuan-bangun-aktiviti-hiliran-dalam-industri-utama/feed/ 0 71706
DUN Sabah : Kerajaan teruskan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-teruskan-pemberian-insentif-kepada-syarikat-penerbangan/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-teruskan-pemberian-insentif-kepada-syarikat-penerbangan/#respond Thu, 18 Apr 2024 07:37:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52718
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan pemberian insentif kepada syarikat penerbangan antarabangsa akan diteruskan bagi meningkatkan daya saing negeri Sabah di rantau ASEAN.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, Sabah juga akan turut menyokong dan menggalakkan kemampanan industri penerbangan khususnya di negeri ini.

Katanya, pengembangan jaringan udara merupakan agenda terpenting sejak pembukaan semula pintu sempadan negeri ini. 

“Kerajaan Negeri juga komited mewujudkan lebih banyak laluan terus penerbangan antarabangsa yang baharu bagi memudahkan akses perjalanan udara dan menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa ke negeri ini.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerima penerbangan antarabangsa terus dari Jakarta, Shanghai dan Seoul, Korea Selatan ke Sabah menerusi penerbangan Air Asia.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan meneruskan promosi dan kempen pemasaran pelancongan yang agresif dengan memberi tumpuan kepada pelbagai program yang berimpak tinggi seperti kempen High Visibility yang terbukti mampu mengembangkan segmen-segmen pasaran niche serta memberi pulangan tinggi seperti Bird Watching, Diving dan Sport Tourism,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi tumpuan bagi membangun dan menyediakan infrastruktur dan fasiliti di kawasan pelancongan khususnya di luar bandar termasuk dalam kawasan Taman-Taman Sabah dan Muzium Sabah sebagai persediaan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, pada tahun ini Kerajaan Negeri menyasarkan ketibaan seramai 2.8 juta hingga 3 juta  pelancong ke Sabah. 

Katanya, bagi mencapai sasaran ini, kerajaan akan merancakkan lagi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan berimpak tinggi termasuk pemberian insentif kepada pemain industri sebagai galakan agar lebih aktif meningkatkan pertumbuhan sektor ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-teruskan-pemberian-insentif-kepada-syarikat-penerbangan/feed/ 0 52718
DUN Sabah : Kerajaan negeri tekad tangani isu bekalan air https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-negeri-tekad-tangani-isu-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-negeri-tekad-tangani-isu-bekalan-air/#respond Thu, 18 Apr 2024 06:22:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52716
Read Time:2 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa perkhidmatan pembentungan di Sabah.

Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, sebanyak 18 projek akan dilaksanakan pada tahun ini sebagai tindakan penyelesaian serta-merta isu bekalan air di kawasan Utara dan Tengah Kota Kinabalu serta Putatan.

“Kerajaan juga berusaha untuk menurunkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dengan menyelesaikan masalah penyambungan haram melalui penguatkuasaan dan pengurusan pengurangan kadar NRW. 

“Di samping itu, bagi memperkasa perkhidmatan pembentungan, fokus Kerajaan Negeri adalah menyediakan sistem rawatan kumbahan yang boleh menampung beban kumbahan mengikut jumlah Kesetaraan Penduduk (PE) yang telah disasarkan serta meningkatkan kapasiti liputan rangkaian sistem pembetungan dan memastikan kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, pelbagai program kesedaran awam akan terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan sistem pembetungan yang baik bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Tun Juhar berkata, Sabah telah berjaya mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas pada Januari tahun lalu dan kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu pada tahun ini. 

Katanya, pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil daripada komitmen dan usaha bersungguh-sungguh Kerajaan Negeri dalam menuntut hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, ini termasuklah dalam memastikan  pentadbiran  tenaga  di negeri ini adalah cekap dan berdaya harap.

“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Juhar berkata, Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) telah dilancarkan Kerajaan negeri pada September 2023 dan menubuhkan Majlis Tenaga Sabah pada tahun ini bagi memastikan bekalan kuasa yang mampan dan berdaya harap, akses yang saksama dan liputan menyeluruh pada harga mampu milik untuk manfaat rakyat di negeri ini.

Katanya, inisiatif- inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti penambahan kapasiti daripada pengoperasian stesen-stesen jana kuasa solar berskala besar, pemulihan operasi stesen-stesen jana kuasa sedia ada, tambahan tenaga boleh baharu yang lain seperti hidro dan biogas, penyewaan interim genset diesel dan pengoperasian sistem penyimpanan tenaga bateri dijangka akan membantu untuk menyelesaikan isu kekurangan kapasiti    penjanaan tenaga di negeri ini.

“Selain itu, pelaksanaan program  Self  Consumption (SELCO) yang telah dilancarkan pada bulan Februari tahun  ini akan membolehkan pengguna-pengguna elektrik memasang sistem solar fotovoltaik untuk kegunaan sendiri dan mengurangkan beban puncak grid terutamanya pada waktu siang. 

“Oleh itu,  saya ingin menyeru semua pihak mengamalkan penggunaan cekap tenaga untuk mengurangkan penggunaan elektrik daripada grid Sabah seterusnya menangani isu kekurangan kapasiti penjanaan serta menjimatkan kos penggunaan elektrik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/dun-sabah-kerajaan-negeri-tekad-tangani-isu-bekalan-air/feed/ 0 52716
Istiadat pembukaan penggal kelima DUN Sabah Khamis ini https://sabahmedia.com/2024/04/16/istiadat-pembukaan-penggal-kelima-dun-sabah-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2024/04/16/istiadat-pembukaan-penggal-kelima-dun-sabah-khamis-ini/#respond Tue, 16 Apr 2024 12:44:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52646
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada Khamis ini.

Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman berkata, Mesyuarat Pertama Penggal kelima DUN Sabah ke-16 pula akan bermula pada 22 hingga 25 April ini.

“Setakat ini, segala persiapan dari aspek logistik dan sambutan untuk Istiadat Pembukaan DUN Sabah ke-16 berjalan secara teratur dengan lancar. Hari ini kita telah selesai melaksanakan raptai penuh yang melibatkan raptai bagi Pemeriksaan Barisan Kehormat daripada Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dengan kekuatan anggota seramai 102 orang.

“Turut menyertai raptai pada pagi ini adalah 55 anggota daripada Cawangan Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah. Secara keseluruhan, setakat apa yang berlangsung pada raptai penuh pagi ini sebanyak 90 peratus persiapan telah berjalan dengan lancar dan kita berharap bakinya akan dipenuhi selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi raptai penuh Istiadat Pembukaan DUN Sabah ke-16 di Bangunan DUN Sabah di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datuk Richard Yong Ke Wong.

Rafidah berkata, pihaknya turut meramalkan cuaca Khamis ini boleh mencah sehingga 40 darjah celcius.

“Jadi kita mengharapkan kepada semua petugas agar dapat bersedia dan menjaga kesihatan masing-masing serta minum air secukupnya bagi mengelakkan dari serangan strok haba,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/16/istiadat-pembukaan-penggal-kelima-dun-sabah-khamis-ini/feed/ 0 52646