dun sabah sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 02:35:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png dun sabah sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Juhari terus dekati rakyat dalam jelajah jempen pilihan raya https://sabahmedia.com/2025/11/26/pru-sabah-juhari-terus-dekati-rakyat-dalam-jelajah-jempen-pilihan-raya/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/pru-sabah-juhari-terus-dekati-rakyat-dalam-jelajah-jempen-pilihan-raya/#respond Wed, 26 Nov 2025 02:35:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87089
Read Time:46 Second

SUKAU :  Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Datuk Juhari Janan, terus mendapat sambutan hangat dalam siri jelajah kempennya ke Kampung Mumiang.

Kehadiran beliau diraikan oleh ratusan penduduk, sekaligus mencerminkan hubungan eratnya dengan masyarakat setempat.

Suasana tersebut menambahkan lagi kerancakan dan kemeriahan minggu kedua kempen pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, puluhan ahli Barisan Nasional (BN) turut mengumumkan penyertaan serta menyatakan sokongan padu mereka kepada GRS.

Langkah ini dijangka dapat mengukuhkan lagi jentera kempen dan memberi semangat baharu kepada pasukan beliau.

Juhari digambarkan sebagai pemimpin yang sentiasa komited dalam mencari penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi penduduk Sukau, tanpa mengabaikan mana-mana komuniti, termasuk kampung terbabit.

Pengundi diingatkan agar terus memberikan sokongan kepada beliau yang dilihat sebagai langkah bersama untuk membawa kemajuan kepada Sukau dan Sabah secara keseluruhan.

Kestabilan politik yang dibawa GRS juga diyakini akan menjamin kelangsungan agenda pembangunan di bawah ‘Sabah Maju Jaya’. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/pru-sabah-juhari-terus-dekati-rakyat-dalam-jelajah-jempen-pilihan-raya/feed/ 0 87089