DUN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Jul 2026 03:18:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png DUN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : KKTP sedia bantu selesaikan pertikaian pemilikan unit rumah 1Borneo https://sabahmedia.com/2026/07/23/dun-sabah-kktp-sedia-bantu-selesaikan-pertikaian-pemilikan-unit-rumah-1borneo/ https://sabahmedia.com/2026/07/23/dun-sabah-kktp-sedia-bantu-selesaikan-pertikaian-pemilikan-unit-rumah-1borneo/#respond Thu, 23 Jul 2026 03:18:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100396
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) sedia memberikan kerjasama serta bantuan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan isu pemilikan unit rumah di 1Borneo sekiranya pihak-pihak yang terlibat mencapai persetujuan atau memerlukan bantuan daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Fairuz Renddan berkata, kementerian sentiasa terbuka untuk memberikan kerjasama mengikut bidang kuasa masing-masing serta selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azhar Matussin (WARISAN-Darau) yang ingin mengetahui tindakan kementerian bagi menyelesaikan isu pemilikan unit rumah di 1Borneo yang berpunca daripada pertelingkahan antara Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan pihak pemaju.

Fairuz berkata, pertikaian tersebut pada asasnya melibatkan hubungan kontraktual antara kedua-dua pihak dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mencari penyelesaian melalui rundingan, mediasi atau saluran perundangan yang bersesuaian.

Katanya, kementerian memahami kebimbangan yang timbul berhubung isu berkenaan, namun sebarang tindakan perlu dibuat mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Walau bagaimanapun, sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan atau memerlukan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam perkara yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing, kementerian sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dan bantuan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa projek perumahan 1Borneo telah siap dibangunkan dan isu yang berbangkit tidak melibatkan projek perumahan terbengkalai.

Sehubungan itu, katanya, perkara tersebut tidak termasuk dalam keadaan yang membolehkan Pengawal Perumahan mengambil tindakan campur tangan di bawah peruntukan undang-undang bagi tujuan pemulihan projek perumahan terbengkalai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/23/dun-sabah-kktp-sedia-bantu-selesaikan-pertikaian-pemilikan-unit-rumah-1borneo/feed/ 0 100396
DUN Sabah : Lapan atlet diangkat ikon sukan Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-lapan-atlet-diangkat-ikon-sukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-lapan-atlet-diangkat-ikon-sukan-sabah/#respond Wed, 22 Jul 2026 07:20:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100367
Read Time:2 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU :  Seramai lapan atlet yang mengharumkan nama Sabah dan negara di pentas kebangsaan serta antarabangsa diangkat sebagai ikon sukan negeri hasil kejayaan cemerlang yang dicapai dalam bidang masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu berkata, kejayaan mereka membuktikan program pembangunan atlet menerusi Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) berjaya melahirkan bakat sukan yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Beliau berkata, atlet berkenaan bukan sahaja menjadi kebanggaan Sabah, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

“Lapan atlet ini membuktikan bahawa pembangunan sukan di peringkat akar umbi mampu melahirkan atlet bertaraf dunia yang membawa nama Sabah dan Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Thien Ching Qiang (Tanjung Papar-Warisan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Anil berkata, antara atlet yang diangkat sebagai ikon ialah Eddy Bernard, yang mencipta sejarah sebagai atlet Sabah pertama memenangi pingat di temasya Paralimpik menerusi pingat gangsa acara 100 meter di Paralimpik Paris 2024.

Turut tersenarai ialah Nor Farah Mazlan, yang mencipta nama dalam sukan pencak silat selepas muncul juara Sukan SEA 2023 di Kemboja, juara Asia 2023 di Dubai dan juara dunia 2024 di Abu Dhabi, selain dinobatkan sebagai Olahragawati Negeri Sabah bagi tahun 2023–2024.

Dalam sukan pelayaran, Muhammad Asnawi Iqbal Adam terus membanggakan negeri apabila meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 dan Sukan Asia 2024 di Hangzhou, selain memenangi pingat emas pada SUKMA XXI Sarawak 2024 serta diiktiraf sebagai Olahragawan Negeri Sabah 2023–2024.

Beliau berkata, atlet para lompat jauh kategori T12, Wong Kar Gee, turut menjadi kebanggaan negeri selepas mewakili Malaysia pada Paralimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik Paris 2024, selain memenangi pingat perak di Dubai pada 2019 dan pingat gangsa di Kejohanan Dunia Para Olahraga di Kobe, Jepun.

Dalam acara olahraga, Andre Anura Anuar mencipta sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama melepasi lompatan sejauh lebih lapan meter, selain memegang rekod kebangsaan 8.02 meter dan memenangi pingat emas Sukan SEA dalam acara lompat jauh serta lompat kijang.

Sementara itu, Brenda Anellia Larry terus menyerlah dalam sukan para renang apabila meraih pingat emas acara 150 meter Individual Medley SM4 pada Para Swimming World Series Singapura 2023 dan pingat perak acara 100 meter kuak dada SB4 pada ASEAN Para Games Kemboja 2023.

Dalam kategori para renang, Abdul Halim Mohammad mencatat pencapaian membanggakan apabila memenangi lima pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa pada Para ASEAN 2025 di Thailand, selain dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Malaysia oleh Majlis Paralimpik Malaysia.

Seorang lagi atlet muda yang semakin menyerlah ialah Ivan Jovic Suan, yang memenangi tiga pingat emas berserta rekod baharu pada Para ASEAN 2025 di Thailand, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara prospek terbaik negara dalam sukan para olahraga.

Beliau berkata, kejayaan lapan atlet tersebut membuktikan pelaburan berterusan kerajaan negeri dalam pembangunan sukan melalui penyediaan kemudahan latihan, bantuan kewangan, peralatan sukan dan insentif kepada atlet telah membuahkan hasil.

“Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan sukan bagi memastikan lebih ramai atlet Sabah mampu melakar kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama negeri dan negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-lapan-atlet-diangkat-ikon-sukan-sabah/feed/ 0 100367
DUN Sabah : Sembilan RUU bakal dibentangkan https://sabahmedia.com/2026/07/15/dun-sabah-sembilan-ruu-bakal-dibentangkan/ https://sabahmedia.com/2026/07/15/dun-sabah-sembilan-ruu-bakal-dibentangkan/#respond Wed, 15 Jul 2026 01:37:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99885
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU:  Sebanyak sembilan Rang Undang-Undang (RUU) termasuk tiga RUU baharu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung selama empat hari bermula 20 Julai ini.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, daripada sembilan RUU itu, tiga merupakan RUU baharu, manakala lima lagi melibatkan pindaan kecil termasuk satu RUU Perbekalan Tambahan (2026) 2026.

“Tiga RUU yang baharu ialah RUU Undang-Undang Perwarisan Orang Islam 2026, RUU  Mahkamah Anak Negeri 2026 dan RUU Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026.

“Sebanyak sembilan RUU akan dibahaskan di DUN, daripada jumlah itu, lima merupakan RUU pindaan, antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Pindaan) 2026 dan Rang Undang-Undang Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Penswastaan) (Pindaan) 2026 yang melibatkan pertukaran nama kementerian.

Kadzim Yahya

“Semua RUU yang dibawa ke DUN adalah penting, jika tidak mempunyai kepentingan, ia tidak akan dibentangkan untuk dibahaskan,” katanya kepada media ketika ditemui di DUN Sabah, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Kadzim turut mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Tetap dan menggunakan masa perbahasan secara berhemah sepanjang persidangan berlangsung.

“Setakat ini, kualiti perbahasan di Dewan adalah baik dengan kebanyakan membangkitkan isu-isu yang bernas dan isi kandungan perbahasan yang berkualiti.

“Namun yang penting ialah patuhi peraturan tetap dan arahan Speaker, berhemah ketika berucap serta menghormati peraturan dan institusi Dewan,” jelasnya.

Beliau berkata setiap persidangan DUN Sabah boleh diikuti secara langsung menerusi siaran dalam talian bermula pukul 10 pagi pada setiap hari persidangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/15/dun-sabah-sembilan-ruu-bakal-dibentangkan/feed/ 0 99885
DUN Sabah lulus empat RUU https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-lulus-empat-ruu/ https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-lulus-empat-ruu/#respond Thu, 30 Apr 2026 10:53:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95883
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada persidangan DUN Sabah di sini.

RUU berkenaan ialah RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026, RUU Pengurusan Bangunan 2026 serta RUU Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026.

RUU Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai sebelum diluluskan selepas bacaan ketiga yang dipengerusikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

Perbahasan melibatkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk ADUN Bugaya, Jamil Hamzah dan ADUN Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentangkan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki, dengan penyertaan empat ADUN dalam sesi perbahasan sebelum diluluskan dewan.

RUU Pengurusan Bangunan 2026 pula dibentangkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan diluluskan selepas melalui bacaan pertama, kedua dan ketiga yang dikendalikan Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong We Kong, dengan penglibatan tujuh ADUN dalam perbahasan.

Bagi RUU Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026, ia dibentangkan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih dan diluluskan selepas dibahaskan oleh lapan ADUN, sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya.

Terdahulu, persidangan yang bermula pada jam 10 pagi menyaksikan lapan soalan lisan berjaya dijawab kementerian terlibat.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-lulus-empat-ruu/feed/ 0 95883
DUN Sabah: Tindakan tegas terhadap aktiviti pelancongan tanpa lesen https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-tindakan-tegas-terhadap-aktiviti-pelancongan-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-tindakan-tegas-terhadap-aktiviti-pelancongan-tanpa-lesen/#respond Wed, 29 Apr 2026 06:45:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95785
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelancongan secara tidak berlesen, sama ada melibatkan pelancong asing mahupun tempatan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen, termasuk mengendalikan perniagaan pelancongan, pengangkutan pelancong atau perkhidmatan berkaitan secara tidak sah, adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tindakan turut boleh diambil di bawah undang-undang lain yang berkaitan, termasuk oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan.

“Bagi kes melibatkan pelancong asing, tindakan seperti pembatalan pas, pengusiran dan senarai hitam (blacklisting) akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap pelancong asing yang menjalankan operasi tanpa lesen sehingga menjejaskan pengusaha tempatan, termasuk pemantauan, tindakan undang-undang dan senarai hitam.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi penguatkuasaan lain dalam menangani isu ini.

“Sebagai langkah proaktif, Kerajaan Negeri telah memberikan mandat kepada Kementerian saya untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Pelancong Negeri Sabah, yang dianggotai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, ESSCOM, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta pihak-pihak berkaitan yang lain.

“Jawatankuasa ini berfungsi sebagai platform penyelarasan tindakan dan pemantauan isu-isu keselamatan serta pematuhan dalam industri pelancongan.

“Langkah-langkah tegas ini adalah perlu demi melindungi hak pengusaha tempatan yang sah, menjamin keselamatan pelancong, dan memastikan industri pelancongan Sabah terus mampan dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu itu berkata tahun lepas, 47 kertas siasatan telah dibuka, melibatkan kompaun sebanyak RM290,000.

Bagi tahun ini sehingga 17 April, sebanyak 24 kertas siasatan dibuka dengan nilai kompaun mencecah RM86,000, tidak termasuk siasatan yang masih berjalan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-tindakan-tegas-terhadap-aktiviti-pelancongan-tanpa-lesen/feed/ 0 95785
DUN Sabah : MYSpaCE rancang tubuh unit ekonomi kreatif, fokus e-Sukan https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-myspace-rancang-tubuh-unit-ekonomi-kreatif-fokus-e-sukan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-myspace-rancang-tubuh-unit-ekonomi-kreatif-fokus-e-sukan/#respond Wed, 29 Apr 2026 06:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95787
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (MYSpaCE) kini dalam proses mewujudkan sebuah unit yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program- program ekonomi kreatif.

Menterinya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, unit itu merupakan antara perancangan dan inisiatif kerajaan bagi menjamin kelangsungan ekonomi serta memastikan golongan belia dapat memperoleh pendapatan yang lebih stabil dan berterusan dalam bidang e-Sukan.

Beliau berkata, bidang e-Sukan adalah merupakan salah satu aktiviti yang akan diberi tumpuan.

“Untuk makluman, kementerian saya menerima banyak permohonan latihan dan kursus bagi beberapa sektor, antaranya Perkhidmatan; Penternakan; Pelancongan; Digital & Ekonomi Kreatif (ekonomi Gig) dan Pembuatan.

“Selain itu, Minyak dan Gas; Logistik;  Pertanian Moden;  Agropreneur; Perusahaan Kecil;  Pelancongan;  Perikanan dan Ekonomi Komuniti turut diterima pihak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Nizam berpendapat bahawa sektor-sektor itu berupaya untuk meningkatkan ekonomi belia.

Dalam pada itu, Nizam berkata, Kementeriannya akan terus mempertingkatkan penyediaan fasiliti sukan dan program-program pembangunan sukan.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha menjadikan Sabah sebagai Negeri Sukan.

“Ini adalah sejajar dengan sasaran kementerian saya untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan disamping itu meningkatkan kecemerlangan atlet yang bertanding dalam mana-mana temasya sukan, sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-myspace-rancang-tubuh-unit-ekonomi-kreatif-fokus-e-sukan/feed/ 0 95787
DUN Sabah : Sistem iiVMS perlu diguna dengan lebih tegas – ADUN Pantai Manis https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sistem-iivms-perlu-diguna-dengan-lebih-tegas-adun-pantai-manis/ https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sistem-iivms-perlu-diguna-dengan-lebih-tegas-adun-pantai-manis/#respond Tue, 28 Apr 2026 06:40:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95704
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra mencadangkan agar sistem ‘Intruder Intervention System Vessel Monitoring System’ (iiVMS) digunakan dengan lebih tegas dan berkesan di perairan Papar.

Beliau berkata, terdapat aduan bahawa aktiviti kapal pukat tunda atau kapal komersial masuk terlalu dekat ke kawasan nelayan tradisional.

“Apabila kapal besar masuk ke kawasan nelayan kecil, kesannya bukan sedikit. Hasil tangkapan berkurang, peralatan rosak, kawasan tangkapan terganggu dan sumber laut semakin tertekan.

“Jika sistem pemantauan sudah ada, maka tindakan penguatkuasaan juga mesti lebih cepat. Nelayan kecil perlu melihat bahawa aduan mereka diambil serius. 

“Mereka perlu yakin bahawa kawasan tangkapan tradisional mereka dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Saifuddin berkata, sistem itu dipasang pada kapal nelayan seperti pukat tunda dan jerut, bagi membolehkan pemantauan 24 jam terhadap pergerakan kapal komersial melalui web, komputer, tablet dan telefon pintar.

Berikutan itu, beliau mencadangkan empat langkah bagi mengatasi isu yang membelenggu nelayan tradisional.

Menurutnya, rondaan penguatkuasaan perlu ditingkatkan di kawasan perairan Papar yang sering menjadi aduan nelayan.

“Selain itu, saluran aduan nelayan perlu dipermudah, supaya aduan boleh dibuat dengan cepat dan selamat selain data iiVMS perlu digunakan untuk tindakan susulan, bukan hanya untuk pemantauan pasif.

“Kerajaan Negeri wajar mempertimbangkan penubuhan atau pengukuhan Skuad Rakan Laut Papar, yang melibatkan komuniti nelayan sebagai mata dan telinga kepada agensi penguatkuasaan,”‘katanya.

Menurutnya, ia bukan untuk mengambil alih tugas pihak berkuasa malah mempercepat maklumat, memperkukuh pengawasan komuniti dan menjaga sumber laut secara bersama. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/28/dun-sabah-sistem-iivms-perlu-diguna-dengan-lebih-tegas-adun-pantai-manis/feed/ 0 95704
DUN Sabah : Cadangan tubuh LMMS perkukuh hasil negeri – Masiung https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-cadangan-tubuh-lmms-perkukuh-hasil-negeri-masiung/ https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-cadangan-tubuh-lmms-perkukuh-hasil-negeri-masiung/#respond Mon, 27 Apr 2026 10:23:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95649
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah mencadangkan agar Lembaga Minyak Sawit Sabah (LMSS) ditubuhkan bagi mengurus serta memperkukuh kutipan hasil industri minyak sawit di negeri ini.

Katanya, penubuhan LMSS dilihat sebagai langkah strategik untuk mempertingkatkan pengurusan hasil cukai jualan minyak sawit mentah (CPO) serta lesen dan levi kilang sawit yang ketika ini dikutip melalui pihak Persekutuan.

Beliau berkata, Sabah sebagai pengeluar minyak sawit mentah terbesar di Malaysia wajar memperoleh pulangan hasil yang lebih signifikan berdasarkan sumbangan sektor tersebut kepada ekonomi negara.

“Terdapat keperluan untuk Sabah mengurus sendiri hasil berkaitan industri sawit melalui pendekatan baharu yang lebih berkesan, termasuk kemungkinan meningkatkan kadar kutipan cukai jualan,” katanya.

Cadangan itu dikemukakan beliau ketika menyampaikan ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Isnin.

Masiung berkata, pada tahun 2025 Sabah merekodkan pengeluaran sebanyak 4.27 juta metrik tan minyak sawit dengan nilai keseluruhan mencecah RM17.7 bilion, sekali gus menyumbang hasil cukai yang besar kepada negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa pada masa ini, kutipan cukai jualan minyak sawit di Sabah dianggarkan mencecah RM1.327 bilion, manakala hasil daripada lesen dan levi kilang sawit turut menyumbang puluhan juta ringgit setahun.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar hasil tersebut dipertingkatkan melalui penubuhan LMSS yang akan bertindak mengawal selia serta mengurus kutipan hasil industri sawit di negeri ini secara lebih berpusat dan strategik.

“Jika sekiranya penubuhan LMSS ini menjadi kenyataan, maka Kerajan Sabah boleh mengambil alih kutipan Lesen Ses/Levi kepada 133 kilang sawit yang beroperasi di Sabah pada ketika ini.

“Saya rasa tuntutan itu adalah relevan selaras dengan tuntutan Geran Khas Sabah 40 peratus di bawah pelaksanaan MA63,” katanya.

“Pada masa ini, hasil Lesen Ses/Levi dikutip Kerajaan Persekutuan melalui MPOB bernilai RM2 juta hingga RM5 juta (mengikut kapasiti/saiz kilang),” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/27/dun-sabah-cadangan-tubuh-lmms-perkukuh-hasil-negeri-masiung/feed/ 0 95649
DUN Sabah : Sabah ambil alih pengurusan alam sekitar November depan https://sabahmedia.com/2026/04/24/dun-sabah-sabah-ambil-alih-pengurusan-alam-sekitar-november-depan/ https://sabahmedia.com/2026/04/24/dun-sabah-sabah-ambil-alih-pengurusan-alam-sekitar-november-depan/#respond Fri, 24 Apr 2026 07:01:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95472
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sabah bakal menerima kuasa berkaitan agenda pengurusan alam sekitar di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadual dilaksana sepenuhnya November depan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, peralihan kuasa itu akan bermula dengan pengurusan buangan terjadual.

“Langkah ini akan disokong melalui usaha penggubalan undang-undang dan garis panduan baharu, pembangunan sistem pengurusan berasaskan web serta program peningkatan kompetensi teknikal pegawai dan pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 di Bangunan DUN Sabah, di sini pada Khamis.

Tun Musa berkata pengurusan sumber semula jadi negeri ditadbir dengan memberikan penekanan terhadap keseimbangan antara konservasi biodiversiti, kelestarian ekonomi serta kesejahteraan masyarakat, khususnya komuniti yang bergantung dengan sumber hutan.

Menurutnya melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Kerajaan Negeri akan terus memperhebatkan usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan, pemerkasaan tadbir urus hutan dan iklim, serta pembangunan komuniti dan inovasi hijau.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah pelaksanaan Other Effective Area-Based Conservation Measures (OECM) bagi menyokong sasaran Totally Protected Areas (TPA), pelaksanaan Sabah Timber Legality Assurance System Plus serta penggunaan teknologi satelit dan sistem Earth Observation.

“Selain itu, pendekatan Forest Landscape Restoration (FLR) juga akan dilaksanakan meliputi kawasan tanah pertanian, hutan pengeluaran dan kawasan komuniti, yang bertujuan memulihkan fungsi ekologi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Sementara itu, Tun Musa berkata dari konteks tadbir urus karbon, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadi peneraju pelaksanaan Article 6 of the Paris Agreement di Malaysia dengan memanfaatkan peluang pasaran karbon sukarela sebagai sumber pembiayaan baharu bagi menyokong usaha pemuliharaan hutan dan alam sekitar.

“Dalam aspek tadbir urus tanah dan hartanah, Kerajaan Negeri akan membentangkan Rang Undang-Undang Pindaan ke atas Land (Subsidiary Title) Enactment 1972 pada tahun ini, melibatkan penggubalan dua enakmen baharu, iaitu Land (Subsidiary Title) Enactment dan Building Management Enactment.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dalam proses pengeluaran hakmilik subsidiari serta pengurusan dan penyelenggaraan bangunan di Sabah,”katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/24/dun-sabah-sabah-ambil-alih-pengurusan-alam-sekitar-november-depan/feed/ 0 95472
DUN Sabah : Kerajaan laksana langkah mitigasi, tangani impak banjir dan tanah runtuh https://sabahmedia.com/2026/04/23/dun-sabah-kerajaan-laksana-langkah-mitigasi-tangani-impak-banjir-dan-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/dun-sabah-kerajaan-laksana-langkah-mitigasi-tangani-impak-banjir-dan-tanah-runtuh/#respond Thu, 23 Apr 2026 06:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95375
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri memandang serius kejadian bencana banjir dan tanah runtuh yang semakin kerap berlaku dan akan terus melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi menangani serta mengurangkan impak banjir pada masa hadapan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata, langkah mitigasi seperti rancangan mencegah banjir, rancangan tebatan  banjir,  saluran  bandar  utama  dan sistem amaran awal banjir akan terus diperhebat.

“Selain itu, usaha pemulihan cerun berisiko dan penstabilan kawasan tanah runtuh turut diberikan keutamaan bagi meminimumkan risiko tanah runtuh. 

“Peruntukan juga disalurkan untuk menaik taraf dan menyelenggara jalan raya serta jambatan, bagi memastikan infrastruktur pengangkutan yang terjejas akibat bencana alam dapat dipulihkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 di Bangunan DUN Sabah, di sini pada Khamis.

Tun Musa berkata, pembangunan infrastruktur pengangkutan turut menjadi tumpuan Kerajaan bagi mengukuhkan keterhubungan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. 

Dalam sektor maritim kataya, langkah proaktif diambil bagi memperkukuh keselamatan pelayaran melalui pembinaan alat bantu pelayaran serta penambahbaikan fasiliti, termasuk pembinaan Terminal Feri Menumbok Fasa 4 dan 5 serta beberapa jeti awam di lokasi strategik.

“Selain itu, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan sistem kereta api moden dari Putatan ke Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan Pelabuhan Sepanggar bagi mengukuhkan sistem logistik. 

“Kajian Sabah Sustainable Transport Master Plan akan dilaksanakan sebagai rangka kerja strategik jangka panjang bagi membangunkan sistem pengangkutan awam yang lestari, selamat dan efisien. 

“Usaha ini turut disokong dengan pelaksanaan   Program   Transformasi   Bas Berhenti-henti di Kota Kinabalu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/dun-sabah-kerajaan-laksana-langkah-mitigasi-tangani-impak-banjir-dan-tanah-runtuh/feed/ 0 95375