Dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Feb 2022 11:31:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tadika Ceria Kadazandusun Kg Tiong Monggis Pelestari Bahasa Dusun Di Dunia https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/ https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/#respond Sat, 19 Feb 2022 11:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12378
Read Time:1 Minute, 46 Second

TAMPARULI: Tadika Ceria Kadazandusun Kampung Tiong Monggis menjadi sebahagian daripada sejarah pelestarian bahasa Dusun di dunia.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, guru-guru dan pelajar sekolah, merupakan sebahagian daripada sejarah dalam usaha mengangkat martabat bahasa Dusun di dunia.

“Sejak ditubuhkan, Tadika Ceria Kadazan Dusun ini telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya tadika yang memberi pembelajaran asas dalam bahasa Dusun di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Tadika Ceria Kadazan Dusun Kampung Tiong Monggis, disini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tiong Monggis, Jaimon Gugiak, wakil Ketua Kampung Tiong Monggis, WKK Johanes Tinggi, dan Ketua Kampung Rani, KK Lutter Gambar.

Katanya, kejayaan bekas pelajar tadika sekolah itu di peringkat pengajian tinggi juga membuktikan kualiti pembelajaran asas di sekolah berkenaan setanding dengan sekolah lain.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memberitahu, jika tidak ada aral melintang, daerah kedua yang akan mengikuti jejak langkah sekolah tersebut ialah Kota Marudu.

“Tujuannya juga satu, iaitu untuk melestarikan bahasa ibunda kita agar tidak hilang ditelan zaman.

Jahid turut mengesyorkan kepada pihak tadika terutamanya bekas pelajarnya untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar atau Alumni sekolah itu nanti.

“Kita mengharapkan agar usaha-usaha murni melestarikan bahasa dan budaya Kadazandusun ini akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Tamparuli dan Naib Presiden KDCA Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua yang hadir untuk terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, Guru Besar sekolah, Chrisnelia Asing, berkata, walaupun program itu terpaksa diadakan dalam keadaan SOP yang ketat, namun beliau bersyukur atas kehadiran menteri dan semua ibu bapa yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sekolah, Yenika Langguyu, berharap agar kepimpinan PIBG pada masa akan datang akan dapat meneruskan kemajuan di sekolah tersebut.

“Mari kita sama-sama promosikan Tadika Ceria Kadazan Dusun ini, agar lebih ramai ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak ke sini nanti,” katanya.

Dua wakil pelajar sekolah, Alvin Elddy Ignatius dan Olga Ianello Juining, turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru dan ibu bapa mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/feed/ 0 12378
Kes Baharu Covid-19 Meningkat, Kematian Berkurangan – WHO https://sabahmedia.com/2022/01/07/kes-baharu-covid-19-meningkat-kematian-berkurangan-who/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/kes-baharu-covid-19-meningkat-kematian-berkurangan-who/#respond Fri, 07 Jan 2022 03:49:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10813
Read Time:31 Second

BERNAMA

GENEVA: Jumlah kes baharu Covid-19 global meningkat secara mendadak sehingga 71% minggu lepas berbanding minggu sebelumnya, namun jumlah kematian berkurangan sebanyak 10%, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

WHO berkata berdasarkan data mingguan situasi pandemik, kira-kira 9.5 juta kes baharu dan lebih 41,000 kematian dilaporkan sejak 27 Dis 2021 hingga 2 Jan tahun ini, lapor Xinhua.

Semua kawasan melaporkan peningkatan kes mingguan, dengan benua Amerika merekodkan jumlah tertinggi (100%), diikuti Asia Tenggara (78%) dan Eropah (65%).

WHO berkata meskipun Afrika masih merekodkan peningkatan jumlah kes kematian mingguan, semua bahagian lain di dunia melaporkan penurunan berbanding minggu sebelumnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/kes-baharu-covid-19-meningkat-kematian-berkurangan-who/feed/ 0 10813
Pemandu teksi mengamuk dan merempuh teksi lain di KKIA baru-baru ini, meninggal dunia https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/#respond Wed, 11 Aug 2021 05:20:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4460
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pemandu teksi yang mengamuk dan merempuh beberapa kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) baru-baru ini, meninggal dunia.

Pemandu, Ng Chin Seng, 65, dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan masalah kesihatan lain pada Isnin (9 Ogos).

Presiden Persatuan Limosin dan Teksi KKIA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, dia diberitahu mengenai kematian Ng dari pemandu teksi lain.

“Ng mengalami kehidupan yang sukar, dia berada di bawah tekanan mental yang banyak, dia mempunyai masalah kesihatan, menjalani dialisis dan kami telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu beliau,” katanya.

Menurut Shamsuddin, Ng tidak mempunyai kediaman tetap dan beliau tidur di dewan komuniti atau dalam keretanya sebelum ini sejak berpisah dengan isteri dan anak-anaknya.

Katanya, beberapa ahli persatuan akan pergi ke rumah pengebumian untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ng sebelum pembakarannya pada hari Khamis (12 Ogos).

Ditanya mengenai kejadian 19 Julai di mana Ng merempuh beberapa teksi dan merosakkan kenderaan mereka kerana salah faham, Shamsuddin mengatakan bahawa mangsa yang kenderaannya terjejas tidak mengambil tindakan atau menuntut gantirugi mereka daripada Ng.

“Kita semua tahu masalahnya. Kita semua juga terkesan dengan pandemik ini, kita semua bergelut dalam banyak hal jadi itulah sebabnya mereka memutuskan untuk membiarkan saja perkara itu, ”katanya.

Shamsuddin merayu kepada kerajaan untuk melihat kesulitan pemandu teksi yang kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka berikutan wabak Covid-19 yang telah melanda selama lebih dari satu tahun.

“Ini merupakan tahun yang sukar bagi semua orang, keadaan sekarang ini masih tidak baik bagi kami pemandu teksi lapangan terbang,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/11/pemandu-teksi-mengamuk-dan-merempuh-teksi-lain-di-kkia-baru-baru-ini-meninggal-dunia/feed/ 0 4460
Datuk Matius Sator Meninggal Dunia https://sabahmedia.com/2021/06/30/datuk-matius-sator-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/datuk-matius-sator-meninggal-dunia/#respond Wed, 30 Jun 2021 07:15:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2295
Read Time:40 Second

RANAU:  Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Matius Sator, 65, telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu pada 28 Jun baru-baru ini.

Antara yang hadir menziarahi dan membuat penghormatan terakhir hari ini iaitu, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin bersama Pengerusi Lembaga Pembangunan  Perumahan dan Bandar  (LPPB) Sabah, merangkap ADUN Kuamut, Datuk Masiung Bana di rumah kediaman mendiang Matius di Kg Matan Ranau.

Jonathan semasa ziarahnya, mengharapkan keluarga mendiang agar bersabar atas pemergian mendiang Datuk Matius.

“Kita yang ditinggalkannya harus bersabar dengan pemergian mendiang,”kata Jonathan sambil menghulurkan sumbangan derma kepada keluarga  isteri mendiang Matius, Elizabeth Kerandi.

Jenazah mandiang Matius selamat dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang  Kristian di Kg Matan Ranau.
             

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/datuk-matius-sator-meninggal-dunia/feed/ 0 2295