durian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Jan 2026 05:35:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png durian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Harga durian premium di Sabah kekal stabil https://sabahmedia.com/2026/01/08/harga-durian-premium-di-sabah-kekal-stabil/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/harga-durian-premium-di-sabah-kekal-stabil/#respond Thu, 08 Jan 2026 05:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89385
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Harga durian premium di Sabah kekal stabil dan masih memberikan pulangan menguntungkan kepada pekebun, meskipun berlaku penurunan harga di Semenanjung berikutan lambakan bekalan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata, harga ladang durian premium di Sabah bagi gred A masih berada sekitar RM45 sekilogram.

“Manakala gred B,C pula dianggarkan sekitar RM35 sekilogram. Harga tersebut disifatkan masih munasabah dan mampu menjamin keuntungan kepada pengusaha kebun.

“Kejatuhan harga durian premium yang tular di media sebelum ini lebih tertumpu di Semenanjung dan melibatkan lambakan durian gred rendah, khususnya gred C dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Buku Pelan Strategik Hala Tuju V50 Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Wisma Pertanian di sini pada Khamis.

Jamawi berkata, bedasarkan maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), penurunan harga berlaku disebabkan lebihan bekalan durian gred bawah, manakala gred A dan B masih mengekalkan harga bagi pasaran eksport.

Katanya, durian premium seperti Musang King untuk gred A dan B masih mempunyai permintaan kukuh di pasaran eksport, sekali gus membantu menstabilkan harga dan mengurangkan kesan lambakan domestik.

Sehubungan itu,Jamawi menyeru pekebun di Sabah agar terus mengusahakan tanaman durian premium secara berfokus kepada kualiti dan penggredan bagi memenuhi keperluan pasaran eksport.

“Untuk Sabah, termasuk durian gred C dan ke bawah, harga semasa masih dalam lingkungan yang mampu memberikan keuntungan kepada pekebun, berbeza dengan situasi di Semenanjung,” katanya.

Tambah beliau, kestabilan harga itu membuktikan potensi industri durian premium di Sabah masih cerah dan wajar terus dibangunkan sebagai sumber ekonomi pertanian negeri.

Di Semenanjung, lambakan durian di pasaran ketika ini menyebabkan harganya jatuh merudum terutama durian kampung yang kini dijual serendah RM3 sekilo.

Ini disebabkan durian yang terlalu banyak di kebun hingga peniaga terpaksa menjualnya dengan harga rendah bagi mengelak buah rosak jika dibiar terlalu lama.

Kejatuhan harga itu juga menyebabkan durian premium seperti Musang King, D24, Black Thorn dan IOI kini murah, sekali gus membuka peluang lebih ramai golongan berpendapatan sederhana dan rendah menikmati varieti durian berkualiti tinggi itu. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/harga-durian-premium-di-sabah-kekal-stabil/feed/ 0 89385
MAQIS Labuan rampas durian dibawa masuk tanpa permit https://sabahmedia.com/2023/09/25/maqis-labuan-rampas-durian-dibawa-masuk-tanpa-permit/ https://sabahmedia.com/2023/09/25/maqis-labuan-rampas-durian-dibawa-masuk-tanpa-permit/#respond Mon, 25 Sep 2023 14:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42529
Read Time:52 Second

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia (MAQIS) telah merampas sebanyak 20 biji buah durian yang cuba dibawa masuk oleh penumpang dari negara Brunei Darussalam tanpa permit import yang sah di Pintu Masuk Terminal Feri Ro-Ro Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Menurut Pengarah MAQIS, Nazrul Azman Mat Rahim, pelanggaran peraturan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) menjadi suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda
tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak
melebihi RM150,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau
kedua-duanya.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian yang masuk ke negara ini.

“Hal ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/25/maqis-labuan-rampas-durian-dibawa-masuk-tanpa-permit/feed/ 0 42529