duzung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Oct 2024 23:24:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png duzung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pementasan Teater Muzikal Duzung dapat sambutan ramai https://sabahmedia.com/2024/10/07/pementasan-teater-muzikal-duzung-dapat-sambutan-ramai/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/pementasan-teater-muzikal-duzung-dapat-sambutan-ramai/#respond Sun, 06 Oct 2024 23:20:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61776
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Teater Muzikal Duzung adalah pementasan pertama yang mengangkat cerita legenda masyarakat etnik rungus atau “tangon’ yang amat popular dikalangan masyarakat rungus.

Teater Muzikal Duzung, sebuah karya Anang Moo adalah mitos etnik rungus yang mengisahkan tentang sekumpulan puteri laut (Duzung) naik ke daratan untuk berseronok dan salah seorang puteri Duzung tidak dapat kembali ke lautan kerana ekor yang ditanggalkannya telah hilang.

Pengisahan yang paling menarik dalam cerita ini ialah bagaimana terciptanya aksesori tembaga rungus seperti “saring”(Gelang tangan),” Lungkaki”( Gelang kaki’) dan “Ganggalung”(Rantai leher) menjadi aksesori utama yang melengkapkan pakaian menjadi sepersalinan set pakaian lengkap tradisional etnik rungus, the origin of hampo rungus.

Pementasan yang berjalan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 September 2024 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah di Kota Kinabalu bulan lalu telah mendapat sambutan dan mendapat tontonan yang ramai.

Teater Muzikal Duzung dipentaskan oleh Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud ( PER-KASIH) dengan kerjasama Produksi Seni Kreatif (PSK), Stage Production dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN).

Barisan Produksi utama Vinnie Nursyahirah sebagai Penerbit, Anang Moo sebagai penulis skrip, Shah Zainal Pengarah Produksi, Penolong Pengarah Syafix Salleh, Patta Ariffin Pengurus Pentas, Ismaliza Ishak Jurulatih Pelakon, Weena Semanggang Sinografi dan Jennifer Raymond dari ARSV sebagai pereka busana.
Teater Muzikal Duzung yang dibintangi oleh pendukung watak utama iaitu pelakon Ryna Norzita, Andre Doni, Francissca Ester Nain, Rolands John dan juga dibarisi oleh pembantu pelakon lain seperti Jane Anastasia, Joe Japrin, Saiful Maun, Restmon Spevin, Prissca Loanna, Daisy Guriting, Jasmine Arora, Fifiana Christin, Faizan Ruzman, Aiman Karim, Ellen Gabriella, Debbie J, Annabelle Thailon dan ramai lagi. Kemunculan serta penampilan khas Inai Mongulozi didatangkan khas dari Kg. Narandang Kanibongan Pitas, memegang watak dan memainkan peranan penting sebagai ketua Bobolizan sudah pastinya memberi jiwa dan menghidupkan pementasan teater ini lagi dengan “rinait” bahasa mantera yang asli dan unik.

Dalam pementasan ini juga telah membawakan kumpulan kebudayaan dan warisan Kanibongan iaitu Barisan pemain gong dan penari veteran dari kampung Sinukab, Sulakolung dan Narandang Pitas untuk mengiringi tarian “Mongigol Sumundai” semasa pementasan.

Vinnie berkata, maklum balas orang ramai sangat memberangsangkan yang mana team produksi mendapat pujian melalui pementasan ini.

“Tahniah semua pasukan produksi atas dedikasi merealisasikan dan menjayakan pementasan serta semua pelakon yang memberi sepenuhnya dedikasi memegang dan menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali sehingga pementasan.

“Saya berpuas hati dengan peranan semua pelakon yang telah membawa watak masing-masing dalam cerita ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Vinnie, sambutan yang begitu meriah tanda warga Sabah memberi sokongan kepada karya ini.

“Kehadiran ramai penonton menyaksikan pementasan teater tersebut membuktikan kekuatan karya dan memberi semangat kepada pasukan produksi Teater Muzikal Duzung untuk projek pementasan seterusnya.

“Semoga pementasan ini menjadi fenomena dan bakal mencetus ilham agar lebih ramai lagi penggiat seni pementasan teater untuk berkarya demi memperhangatkan lagi aktiviti seni di Sabah bukan sahaja dalam seni pementasan teater tetapi juga kepada karya-karya seni yang lain.

“Semoga menjadi galakan dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang mahu bergiat dalam bidang ini untuk berkarya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/pementasan-teater-muzikal-duzung-dapat-sambutan-ramai/feed/ 0 61776
Teater muzikal Duzung bakal dipentaskan 20 September ini https://sabahmedia.com/2024/09/04/teater-muzikal-duzung-bakal-dipentaskan-20-september-ini/ https://sabahmedia.com/2024/09/04/teater-muzikal-duzung-bakal-dipentaskan-20-september-ini/#respond Wed, 04 Sep 2024 02:07:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60146
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Peminat seni teater di negeri ini berpeluang untuk menyaksikan sebuah teater muzikal lagenda bertajuk Duzung, The Origin of Hampo Rungus yang bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 20 September ini

Pementasan teater yang dipersembahkan dengan kerjasama Pertubuhan Produksi Seni Kreatif Kota Kinabalu (Perkasih), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dan Stage Production itu akan berlangsung di Auditorium JKKN Sabah.

Pengerusi Perkasih, Datin Vinnie Nursyahirah Abdullah berkata, teater muzikal itu adalah berdasarkan mitos etnik suku kaum Rungus dan merupakan hasil cetusan idea serta skrip daripada Anang Moo dan diarahkan oleh Sharifuddin Zainal.

Katanya, ia juga adalah ilham dan cetusan idea bagi membawa aspek seni budaya kaum Rungus, khasnya dari kawasan Pitas.

“Kita ingin perkenalkan mitos Duzung versi Rungus, kerana kisah ini mengetengahkan budaya dan identiti Rungus dan busana yang digayakan.

“Untuk pementasan tiga hari itu, kita sasarkan untuk mendapat kunjungan hampir 2,000 penonton,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya lagi, peminat seni teater yang ingin menyaksikan pementasan teater itu bolehlah menempah pas masuk dengan menghubungi 013-5654143/

“Pas masuk adalah berharga RM100 dan RM75 untuk platinum; RM50 dan RM35 untuk gold dan RM35 dan RM25 untuk silver,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/04/teater-muzikal-duzung-bakal-dipentaskan-20-september-ini/feed/ 0 60146