e-dagang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Oct 2026 09:39:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png e-dagang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaaan teliti kesan platform e-dagang terhadap ekosistem perniagaan tempatan https://sabahmedia.com/2026/10/08/kerajaaan-teliti-kesan-platform-e-dagang-terhadap-ekosistem-perniagaan-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/10/08/kerajaaan-teliti-kesan-platform-e-dagang-terhadap-ekosistem-perniagaan-tempatan/#respond Thu, 08 Oct 2026 09:39:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105044
Read Time:1 Minute, 34 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Kerajaan sedang meneliti kesan operasi platform e-dagang terhadap ekosistem perniagaan tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor runcit serta industri pos dan kurier.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata kementerian mengambil maklum isu berkenaan susulan kebimbangan peniaga mengenai potensi ketidakseimbangan pasaran perniagaan yang dicetuskan oleh platform e-dagang.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menjemput semua platform e-dagang bagi membincangkan perkara itu sebagai langkah awal menangani isu yang timbul.

“Ini adalah langkah pertama… selanjutnya, kita akan mengadakan satu pertemuan antara saya dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama dengan platform-platform e-dagang dan juga pemilik-pemilik kedai serta pengusaha-pengusaha PKS yang terjejas,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Inanam Sentral di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata perbincangan itu turut memberi tumpuan kepada amalan penjualan produk pada harga terlalu rendah atau di bawah harga pasaran yang berpotensi memberi kesan negatif kepada perniagaan tempatan.

Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat menghalang peniaga dan usahawan daripada memanfaatkan platform e-dagang sebagai saluran perniagaan namun pada masa sama, perlu memastikan perkembangan sektor itu tidak memberi kesan buruk terhadap ekosistem ekonomi tempatan.

“Kita tidak menghalang peniaga dan usahawan daripada memanfaatkan platform e-dagang tetapi kita waspada sekiranya ada kesan negatif terutama kepada ekosistem tempatan sama ada sektor jualan, sektor runcit ataupun sektor pos dan kurier,” katanya.

Fahmi berkata isu berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh kerana kesannya bukan hanya melibatkan industri e-dagang sebaliknya turut merentasi sektor perdagangan, peruncitan, perkhidmatan kurier dan perniagaan PKS.

Beliau berkata perkara itu akan diselaras melalui kerjasama MCMC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri dan agensi berkaitan.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/08/kerajaaan-teliti-kesan-platform-e-dagang-terhadap-ekosistem-perniagaan-tempatan/feed/ 0 105044
Kerajaan teliti undang-undang baharu e-dagang, lindungi PMKS tempatan https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-teliti-undang-undang-baharu-e-dagang-lindungi-pmks-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-teliti-undang-undang-baharu-e-dagang-lindungi-pmks-tempatan/#respond Thu, 25 Jun 2026 08:37:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98867
Read Time:2 Minute, 24 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti penggubalan kerangka perundangan baharu bagi sektor e-dagang untuk mewujudkan persaingan lebih adil antara peniaga tempatan dan penjual rentas sempadan, di samping meningkatkan akauntabiliti platform dalam talian serta membendung lambakan produk tiruan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah itu diambil susulan kebimbangan terhadap ketidakseimbangan kawal selia antara usahawan tempatan dan peniaga luar negara yang menjual terus kepada pengguna Malaysia melalui platform e-dagang.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini masih mengamalkan pendekatan pasaran terbuka yang membolehkan penjual luar negara menawarkan produk kepada pengguna tempatan, sekali gus memberi lebih banyak pilihan dan harga yang kompetitif.

“Bagaimanapun, kerajaan prihatin terhadap jurang kawal selia yang wujud dan sedang meneliti kerangka perundangan baharu bagi memastikan medan persaingan yang lebih seimbang, meningkatkan akauntabiliti platform e-dagang serta melindungi kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Young Syefura Othman (Bentong) pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Armizan, kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa mekanisme baharu termasuk kewajipan pematuhan undang-undang Malaysia oleh entiti luar yang menyasarkan pengguna tempatan, pelantikan wakil tempatan yang sah, pengukuhan tanggungjawab platform serta penerapan elemen pemakaian undang-undang luar wilayah (extraterritorial application).

Mengenai isu produk tiruan, beliau berkata kerajaan memandang serius lambakan barangan tidak sah di platform e-dagang kerana ia bukan sahaja menjejaskan jenama tempatan malah boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna.

Katanya, sebanyak 38,503 aduan berkaitan transaksi dalam talian direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dari tahun 2023 hingga 11 Jun 2026.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei 2026, sebanyak 412 laman web telah disekat atas pelbagai kesalahan termasuk penjualan barang tiruan, manakala 57 iklan diturunkan dengan kerjasama platform e-dagang,” katanya.

Beliau berkata KPDN juga sedang meneliti mekanisme lebih jelas untuk mengenakan tanggungjawab kepada platform dalam memantau keselamatan dan kesahihan produk yang dijual.

Dalam pada itu, Armizan berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) setakat ini tidak merekodkan sebarang kes amalan harga pemangsa (predatory pricing) melibatkan peniaga luar dalam ekosistem e-dagang negara.

Beliau turut memaklumkan sektor e-dagang terus menjadi pemacu penting ekonomi negara dengan sumbangan RM248.2 bilion atau 13.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2023.

Menurutnya, jumlah pendapatan sektor itu meningkat secara konsisten daripada RM1.1 trilion pada 2021 kepada RM1.3 trilion pada 2025.

Armizan berkata KPDN telah menyiapkan Memorandum Jemaah Menteri berkaitan penggubalan undang-undang baharu e-dagang yang dijadual dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada minggu pertama Julai 2026.

Selain itu, kerajaan turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Berkaitan Impak Perniagaan Asing Dalam Negara yang dipengerusikan Kementerian Kewangan bagi meneliti isu lambakan barangan dan perkhidmatan asing serta penyalahgunaan pas imigresen untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan di Malaysia.

Katanya, kerajaan komited memastikan pertumbuhan sektor e-dagang berjalan seiring dengan perlindungan pengguna dan kelangsungan perniagaan tempatan, khususnya PMKS, agar dapat bersaing secara saksama dalam pasaran digital yang semakin berkembang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/kerajaan-teliti-undang-undang-baharu-e-dagang-lindungi-pmks-tempatan/feed/ 0 98867