ECoS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Jul 2026 08:27:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ECoS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ECoS perjelas status loji janakuasa SOGIP, bukan untuk bekalan grid Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/#respond Sat, 11 Jul 2026 08:27:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99688
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menjelaskan bahawa loji janakuasa berkapasiti 200 megawatt (MW) yang sedang dibangunkan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bukan bertujuan membekalkan elektrik kepada Grid Sabah, sebaliknya merupakan loji penjanaan sendiri (self-generation) khusus bagi memenuhi keperluan tenaga kilang Esteel yang sedang dibangunkan di kawasan berkenaan.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan media bertajuk “Loji Janakuasa 200MW SOGIP Dijangka Siap Suku Ketiga 2027” yang disiarkan pada 10 Julai, yang menurut ECoS mengandungi beberapa maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Menurut ECoS dalam kenyataannya hari ini, loji berkenaan dibina khusus untuk menyokong operasi industri Esteel di SOGIP dan tidak akan menyalurkan bekalan elektrik kepada sistem Grid Sabah.

Dalam masa sama, ECoS memaklumkan usaha memperkukuh bekalan elektrik negeri diteruskan menerusi pembangunan beberapa projek penjanaan baharu yang disambungkan terus ke Grid Sabah.

Sebuah loji janakuasa gas baharu berkapasiti 100MW di Kimanis kini berada pada fasa akhir pembangunan dan dijangka mula membekalkan tenaga kepada Grid Sabah pada Ogos 2026.

Selain itu, dua lagi loji janakuasa gas di Kimanis dengan kapasiti keseluruhan 200MW telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Sabah tahun ini dan dijadualkan mula beroperasi pada penghujung 2028.

Menurut ECoS, apabila kesemua projek tersebut siap bersama projek-projek penjanaan lain yang sedang dirancang, kapasiti penjanaan Grid Sabah akan terus diperkukuh bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik serta mengekalkan tarif yang berpatutan untuk jangka panjang.

ECoS berkata penjelasan itu dibuat bagi memberikan gambaran tepat mengenai fungsi sebenar loji janakuasa SOGIP serta mengelakkan salah faham berhubung peranannya dalam sistem bekalan elektrik negeri.

Suruhanjaya itu turut menegaskan komitmennya untuk terus memastikan maklumat berkaitan pembangunan sektor tenaga di Sabah disampaikan secara tepat, telus dan berfakta demi kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) dalam satu kenyataan hari ini, turut merakamkan penghargaan kepada ECoS atas penjelasan rasmi yang dikeluarkan berhubung fungsi sebenar loji janakuasa berkapasiti 200 MW di SOGIP.

katanya, penjelasan itu diharap dapat memberikan gambaran yang tepat kepada orang ramai sekali gus mengelakkan sebarang kekeliruan mengenai tujuan sebenar pembinaan loji berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/11/ecos-perjelas-status-loji-janakuasa-sogip-bukan-untuk-bekalan-grid-sabah/feed/ 0 99688
ECoS laksana operasi penguatkuasaan di 10 premis sekitar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/12/09/ecos-laksana-operasi-penguatkuasaan-di-10-premis-sekitar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/12/09/ecos-laksana-operasi-penguatkuasaan-di-10-premis-sekitar-kota-kinabalu/#respond Tue, 09 Dec 2025 01:45:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87969
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan di 10 premis yang menjual kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas dalam senarai terkawal tanpa label di sekitar Kota Kinabalu.  

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, operasi itu bertujuan memastikan hanya kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas yang telah diuji selamat serta dilabelkan dengan Label Keselamatan SIRIM dibenarkan dijual di pasaran.

Katanya, ia adalah selaras dengan kehendak Peraturan 107, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024, dan Peraturan 117, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 2023. 

“Hasil pemeriksaan setakat ini mendapati premis-premis yang menjalankan aktiviti penjualan kelengkapan elektrik pengguna dan perkakas gas yang tidak mempunyai Label Keselamatan SIRIM,”katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, bahawa premis-premis berkenaan telah diberikan notis larangan dan diarahkan untuk menarik balik semua produk terbabit daripada jualan dalam tempoh 14 hari.

Menurutnya, kegagalan mematuhi arahan ini boleh mengakibatkan tindakan perundangan diambil, termasuk penyitaan barangan.

“Bagi premis yang gagal menarik balik penjualan Kelengkapan Elektrik Pengguna tanpa Label Keselamatan SIRIM, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, selaras dengan Peraturan 134, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024,” katanya.

Sementara itu, Nasser berkata, premis yang gagal menarik balik penjualan Perkakas Gas tanpa Label Keselamatan SIRIM boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, dan bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan boleh dikenakan bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan selepas sabitan, selaras dengan Subseksyen 62(1) & (2), Enakmen Bekalan Gas 2023. 

Beliau turut mengingatkan pengguna supaya memilih produk elektrik dan perkakas gas yang mempunyai Label Keselamatan SIRIM kerana ia menjamin produk tersebut telah diuji oleh makmal pengujian bertauliah serta memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.  

“Pemilihan produk yang mematuhi piawaian dapat mengurangkan risiko berlakunya litar pintas, renjatan elektrik serta bahaya lain yang boleh mengakibatkan kecederaan, kematian, kebakaran atau kerosakan harta benda,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/09/ecos-laksana-operasi-penguatkuasaan-di-10-premis-sekitar-kota-kinabalu/feed/ 0 87969
ECoS sasar 100 peratus kampung luar bandar Sabah dapat bekalan elektrik menjelang 2030 https://sabahmedia.com/2025/08/21/ecos-sasar-100-peratus-kampung-luar-bandar-sabah-dapat-bekalan-elektrik-menjelang-2030/ https://sabahmedia.com/2025/08/21/ecos-sasar-100-peratus-kampung-luar-bandar-sabah-dapat-bekalan-elektrik-menjelang-2030/#respond Thu, 21 Aug 2025 00:56:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79735
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) memberi tumpuan bagi memastikan semua kampung luar bandar di negeri menerima bekalan elektrik menjelang tahun 2030.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, sasaran itu seiring dengan ‘Sabah Energy Roadmap Master Plan’ berdasarkan bancian 2022. 

“Kerajaan negeri turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelaras usaha membekalkan elektrik ke seluruh kampung luar bandar di Sabah.

”Ini memerlukan masa, namun kita yakin sasaran 100 peratus dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu itu bertujuan memberikan maklumat kepada Tun Musa mengenai situasi semasa bekalan elektrik dan gas daratan di Sabah termasuk perancangan yang sedang dilaksanakan serta pencapaian yang telah dicapai melalui pelbagai inisiatif.

Abdul Nasser turut berkata, bekalan elektrik di Sabah terus menunjukkan penambahbaikan progresif dengan penurunan indeks gangguan bekalan (CITI).

“Pada 2023 gangguan sekitar 500 minit, menurun kepada 400 minit pada 2024, tahun ini kita jangka kurang daripada 300 minit.

”Sasaran kita ialah mencapai 100 minit menjelang 2030 melalui penambahan generator baharu serta penaiktarafan sistem penghantaran dan pembahagian,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan modal insan dalam bidang tenaga turut diberi perhatian dengan kerjasama Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) Papar bagi menaik taraf modul latihan elektrik dan gas, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/21/ecos-sasar-100-peratus-kampung-luar-bandar-sabah-dapat-bekalan-elektrik-menjelang-2030/feed/ 0 79735
Sabah Rancang Pembangunan Tenaga Mampan, Fokus 50% Sumber Boleh Diperbaharui Menjelang 2035 https://sabahmedia.com/2025/07/06/sabah-rancang-pembangunan-tenaga-mampan-fokus-50-sumber-boleh-diperbaharui-menjelang-2035/ https://sabahmedia.com/2025/07/06/sabah-rancang-pembangunan-tenaga-mampan-fokus-50-sumber-boleh-diperbaharui-menjelang-2035/#respond Sun, 06 Jul 2025 03:25:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76759
Read Time:2 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU,– Sabah bukan sahaja sedang merangka hala tuju peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, malah turut menggariskan matlamat pembangunan ekonomi negeri secara mampan.

Pengarah Perancangan Strategik Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Terence John Kouju, berkata sasaran utama adalah untuk menjana 50% tenaga elektrik Sabah daripada sumber boleh diperbaharui menjelang tahun 2035.

“Sasaran ini akan dicapai melalui pelaksanaan pelan komprehensif yang telah dirangka. Ia akan memperkukuh capaian tenaga, meningkatkan kebolehpercayaan bekalan serta mengurangkan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) kepada bawah 100 minit menjelang 2030. Kita juga mensasarkan elektrifikasi penuh kawasan luar bandar dalam tempoh yang sama,” katanya ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Menurut beliau, permintaan puncak grid tenaga Sabah kini mencecah 1,166 MW, dan kapasiti penjanaan dijangka meningkat kepada 1,334 MW menjelang awal 2025. Daripada jumlah ini, 13% dijangka disumbangkan oleh tenaga solar, hidro dan biojisim.

Bagi menstabilkan bekalan, khususnya daripada sumber boleh diperbaharui yang tidak konsisten, Terence menekankan keperluan pelaksanaan teknologi seperti teknologi Battery Energy Storage Systems (BESS).

“Projek BESS berkapasiti 100 MW di Lahad Datu yang dijangka siap pada pertengahan 2025 bakal menjadi komponen penting dalam menguruskan turun naik penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Elektrifikasi Luar Bandar dan Akses Tenaga Bersih

Menyentuh soal elektrifikasi luar bandar, Terence berkata kawasan pedalaman kekal menjadi antara keutamaan kerajaan negeri.

“Kita sedar berkenaan isu elektrifikasi luar bandar ini. Justeru, dua jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Elektrifikasi Luar Bandar Sabah (JELaS) dan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Hidro Sabah (JTPHS) bagi memastikan komuniti terpencil mendapat akses kepada tenaga yang bersih, selamat dan boleh dipercayai. Selain itu, ia juga bagi memastikan sumber hidro akan dibangunkan secara bertanggungjawab,” jelas beliau.

Di samping itu, sebagai sebahagian strategi jangka panjang bagi akses tenaga bersih, Sabah turut meneroka teknologi tenaga baharu termasuk Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) dan Small Modular Reactors (SMR).

“Dengan penggubalan Sabah OTEC Enactment 2024, kajian sedang dijalankan untuk menilai potensi tenaga OTEC di kawasan pesisir seperti Tawau. Kerjasama dengan

Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan SMR pula dilihat berpotensi besar untuk menjamin kelestarian tenaga Sabah,” tambah Terence.

Beliau optimis bahawa melalui kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti tempatan, Sabah berupaya menjadi peneraju serantau dalam pembangunan tenaga bersih.

Peluang Baharu Pasca-Pandemik: Pandangan Pengerusi ECoS

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, menyifatkan era pasca pandemik sebagai masa yang sesuai untuk memperkukuh semula asas industri tenaga negeri.

“Kita perlu menggunakan peluang ini untuk memperkemas perancangan dan pelaksanaan projek-projek tenaga yang memberi impak langsung kepada rakyat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau menekankan bahawa keutamaan perlu diberikan kepada aspek kebolehpercayaan bekalan, kemampuan kos, serta akses tenaga yang adil dan saksama di seluruh negeri.

“Komitmen ECoS adalah memastikan segala usaha penambahbaikan dalam industri tenaga dapat dijayakan secara menyeluruh dan memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak,” jelasnya.

Pelaksanaan pelan dan dasar berkaitan, katanya, melibatkan kerjasama pelbagai agensi, kementerian, pemain industri dan masyarakat setempat.

“Saya menghargai sokongan semua pihak yang telah terlibat dalam merancang hala tuju tenaga Sabah,” tambah beliau

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/06/sabah-rancang-pembangunan-tenaga-mampan-fokus-50-sumber-boleh-diperbaharui-menjelang-2035/feed/ 0 76759
ECoS perjelas struktur tarif elektrik Sabah, tiada kenaikan tersembunyi https://sabahmedia.com/2025/06/24/ecos-perjelas-struktur-tarif-elektrik-sabah-tiada-kenaikan-tersembunyi/ https://sabahmedia.com/2025/06/24/ecos-perjelas-struktur-tarif-elektrik-sabah-tiada-kenaikan-tersembunyi/#respond Tue, 24 Jun 2025 08:53:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76103
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menegaskan bahawa tiada sebarang kenaikan tersembunyi dalam tarif elektrik di negeri ini, seperti yang didakwa pihak tertentu baru-baru ini.

Dalam kenyataannya hari ini, ECoS merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Warisan Bahagian Kota Kinabalu, Samuel Wong, berhubung dakwaan kenaikan tarif secara tidak langsung melalui struktur kadar bertingkat.

“Struktur tarif dan kadar semasa tidak mengalami sebarang semakan sejak kali terakhir ia disemak pada tahun 2014,” katanya.

Menurut ECoS, jadual kadar tarif elektrik bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2014 boleh diperoleh melalui laman web rasmi Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity).

Pengguna juga diberi jaminan bahawa kadar tertinggi yang dikenakan adalah 47 sen/kWj bagi penggunaan melebihi 1,000 unit sebulan atau bil melebihi RM383, dan kadar ini telah berkuat kuasa sejak lebih satu dekad lalu.

Sehubungan itu, ECoS menggesa Samuel Wong atau mana-mana pihak awam yang mempunyai aduan berhubung bil elektrik yang didakwa tidak selaras dengan struktur dan kadar tarif digazetkan supaya mengemukakan aduan rasmi kepada ECoS.

“Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kecuaian daripada pihak Sabah Electricity, ECoS akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya,” jelasnya.

Bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti, ECoS turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan saluran rasmi aduan dan penjelasan, Talk2ECoS, terutamanya sekiranya mereka tidak menerima maklum balas memuaskan daripada pihak pelesen seperti Sabah Electricity.

“ECoS komited untuk melindungi hak pengguna dan memastikan harga elektrik yang adil, sambil terus menyokong usaha meningkatkan kebolehpercayaan dan kelestarian bekalan tenaga di Sabah,” tambah kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/24/ecos-perjelas-struktur-tarif-elektrik-sabah-tiada-kenaikan-tersembunyi/feed/ 0 76103
ECoS jelaskan prosedur pendaftaran pemasangan elektrik https://sabahmedia.com/2025/05/15/ecos-jelaskan-prosedur-pendaftaran-pemasangan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/ecos-jelaskan-prosedur-pendaftaran-pemasangan-elektrik/#respond Thu, 15 May 2025 08:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73874
Read Time:2 Minute, 45 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menegaskan bahawa pendaftaran pepasangan janakuasa (genset) bukanlah dasar baharu sebaliknya merupakan amalan sedia ada yang diteruskan selaras dengan Enakmen Bekalan Elektrik 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, keperluan pendaftaran pepasangan genset tunggu sedia ini sebenarnya telah lama dikuatkuasakan Suruhanjaya Tenaga (ST) di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 sebelum penubuhan ECoS.

“Pendaftaran pepasangan merupakan satu mekanisma untuk ECoS memastikan setiap pepasangan adalah selamat melalui semakan maklumat pepasangan, pemasangannya dan pengujian yang perlu dilaksanakan oleh orang kompeten, serta keperluan lawatan pemeriksaan,” kata Nasser dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong dalam satu video tular yang mendakwa bahawa pendaftaran pepasangan genset di Sabah adalah dasar kerajaan yang baharu dan bayaran yang dikenakan adalah membebankan.

Nasser turut menjelaskan bahawa fi pendaftaran pepasangan yang dikenakan ECoS merupakan kadar fi tahunan sepertimana yang dimaktubkan dalam Peraturan Peraturan Bekalan Elektrik 2024.

“Kadar fi tahunan tersebut adalah bergantung kepada kapasiti pepasangan yang bermula dengan RM30 bagi kapasiti 10kW ke bawah sehingga RM3,000 bagi kapasiti melebihi 5,000kW,” katanya.

Mengenai dakwaan ECoS mengenakan bayaran yang terlalu tinggi, Nasser berkata bayaran yang dimaksudkan dalam video tersebut mungkin sebutharga yang ditawarkan oleh juruperunding atau kontraktor yang dilantik sendiri oleh pemunya pepasangan bagi melaksanakan pengujian dan penyediaan dokumen untuk pendaftaran pepasangan.

“Kos-kos ini tidak dibayar kepada ECoS. ECoS merupakan agensi kawal selia dan bukannya entiti perniagaan untuk membuat keuntungan,” tegasnya.

Tambahnya, ECoS tidak menetapkan jadual harga bagi kos-kos melibatkan perkhidmatan juruperunding atau kontraktor.

“Ia ditentukan oleh harga pasaran dan bergantung kepada persetujuan di antara pemunya aset pepasangan dengan juruperunding atau kontraktor yang mereka lantik sendiri,” katanya.

Pemunya aset juga disarankan untuk mendapatkan senarai kontraktor dan konsultan bertauliah melalui laman web rasmi ECoS bagi mendapatkan tawaran yang terbaik.

“Mana-mana pepasangan seperti genset tunggu sedia sepatutnya sudah lengkap dengan dokumen-dokumen seperti Borang G (perakuan penyiapan), Borang H (perakuan ujian) dan ‘single line diagram’ semasa mula-mula pepasangan tersebut dipasang.

“Pemunya sepatutnya menyimpan dokumen-dokumen ini untuk rujukan masa hadapan dan juga memastikan pepasangan tersebut telah diuji selamat sebelum digunakan,” katanya.

Bagi pepasangan yang sebelum ini pernah didaftarkan dengan ST dimana dokumen-dokumen asal seperti Borang G dan Borang H telah dimajukan kepada ST, maka pemunya hanya perlu membuat deklarasi dan akan diberikan kelonggaran dengan syarat bahawa tiada perubahan dibuat ke atas pepasangan sepertimana pendaftaran asal dengan ST.

ECoS turut menggalakkan pemunya genset mendaftar sendiri secara percuma melalui portal ECoS Online System (EOS) dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan, bagi mengurangkan kos bayaran kepada juruperunding atau kontraktor.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan pendaftaran pepasangan adalah langkah penting dan tidak boleh diambil remeh dalam memastikan semua pepasangan elektrik di Sabah mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan harta benda,” katanya sambil menyarankan orang ramai untuk merujuk kepada pejabat ECoS sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

ECoS adalah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sejak 10 Januari 2023. Ia berfungsi sebagai pengawal selia untuk sektor tenaga dalam portfolio Ketua Menteri.

Objektif utama ECoS adalah untuk memastikan tenaga yang selamat, mampan, mampu milik, dan mudah diakses untuk Negeri Sabah. ECoS memainkan peranan penting dalam membentuk landskap tenaga Sabah, menggalakkan amalan tenaga yang bertanggungjawab, dan melindungi kepentingan pengguna serta alam sekitar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/ecos-jelaskan-prosedur-pendaftaran-pemasangan-elektrik/feed/ 0 73874
Inisiatif ECoS bagi pembangunan negeri & kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2025/04/22/inisiatif-ecos-bagi-pembangunan-negeri-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/04/22/inisiatif-ecos-bagi-pembangunan-negeri-kesejahteraan-rakyat/#respond Tue, 22 Apr 2025 08:28:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72449
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya dalam sektor tenaga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini termasuklah pelancaran Label Keselamatan ECoS-SIRIM versi terkini.

Beliau menyifatkan inisiatif ini adalah satu langkah proaktif ECoS untuk melindungi kepentingan pengguna termasuk memastikan hanya peralatan elektrik dan gas yang selamat serta berkualiti tinggi akan dipasarkan di negeri ini.

Menurutnya, pelancaran label ini juga membawa kepada program penting yang berkaitan iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara ECoS dan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak.

Katanya, kerjasama strategik ini sangat penting dan menzahirkan pengiktirafan bersama terhadap keselamatan peralatan elektrik dan gas serta menekankan peranan ECoS dalam memastikan produk yang digunakan oleh rakyat memenuhi piawaian tertinggi.

“Ianya juga menunjukkan satu lagi bidang kerjasama untuk manfaat bersama hasil pertalian erat yang sedia terjalin di antara Sabah dan Sarawak melalui kedua-dua badan berkuasa pengawalselia masing-masing.

“Saya yakin dengan termetrinya MoU ini, akan memperluaskan pasaran produk-produk yang berkualiti dan diiktiraf bagi kemudahan pengguna dan peniaga kedua-dua negeri”, katanya.

Hajiji berkata demikian pada Majlis Pertukaran MoU diantara ECoS dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak serta Pelancaran Label ECoS/Sirim dan Pelancaran Program TVET Angkat ECoS sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ECoS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas serta memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan barangan pengguna terutamanya barangan yang berisiko tinggi.

Katanya, dengan lambakan pelbagai barangan daripada luar negara yang masuk ke negara ini, termasuk Sabah akan memberi faedah kepada pengguna daripada segi kepelbagaian pilihan dan harga yang ditawarkan, namun aspek keselamatan barangan perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang berkaitan.

“Sebagai kerajaan, kita komited dan serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, saya mahu pihak bertanggungjawab sentiasa berusaha memperkukuhkan perlindungan pengguna khususnya dalam aspek keselamatan barangan pengguna.

“Kerajaan negeri menyokong dan amat mengalu-alukan usaha yang diambil oleh ECoS bersama kerajaan Sarawak dalam aspek keselamatan peralatan elektrik dan gas di kedua-dua negeri”, tegasnya.

Hajiji optimis, penubuhan ECoS telah membuka lembaran baharu dalam pengurusan sektor tenaga di Sabah.

Katanya, dengan kuasa pengawalseliaan yang telah dimandatkan melalui lunas undang-undang, ECoS perlu terus komited untuk memastikan pembangunan sektor tenaga yang teratur dan cekap, yang akan menyokoung pembangunan ekonomi Sabah serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Sementara itu, semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah Energy Corporation (SEC) di Dewan Sipadan SICC, Hajiji menyaksikan penyerahan bayaran dividen sebanyak RM18 juta daripada SEC kepada Kerajaan Negeri, sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah dan bayaran Zakat Perniagaan 2024 sebanyak RM198,536 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Pengerusi SEC, Datuk Annuar Ayub dan Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Datuk Adzmir Abd Rahman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/22/inisiatif-ecos-bagi-pembangunan-negeri-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 72449
CEO ECoS buat laporan polis terhadap artikel fitnah oleh Sabahkini2 https://sabahmedia.com/2025/04/20/laporan-polis-terhadap-artikel-fitnah-oleh-sabahkini2-abdul-nasser/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/laporan-polis-terhadap-artikel-fitnah-oleh-sabahkini2-abdul-nasser/#respond Sun, 20 Apr 2025 10:10:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72349
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid telah membuat satu laporan polis berhubung dengan sebuah artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh portal berita Sabahkini2 bertajuk “Kerajaan Sabah Digesa Tamatkan CEO ECOS, Luluskan IPP Libaran Milik Besan Muhyiddin Tanpa Restu Kabinet” pada 17 April 2025.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Nasser berkata artikel tersebut didapati mengandungi pelbagai tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap beliau secara peribadi dan profesional.

“Antara tuduhan tersebut termasuk dakwaan bahawa beliau meluluskan projek Independent Power Producer (IPP) Libaran milik besan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tanpa mendapat kelulusan Kabinet Negeri Sabah,” katanya.

Justeru, Abdul Nasser dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan yang terkandung dalam artikel berkenaan.

“Segala tindakan yang diambil Ketua Pegawai Eksekutif ECoS adalah berdasarkan undang-undang, peraturan, dasar dan prosedur rasmi yang telah ditetapkan oleh termasuk melaksanakan keputusan Majlis Tenaga Sabah sepertimana yang dimandatkan oleh Kabinet Negeri.

“Penerbitan artikel tersebut dilihat mempunyai niat jahat untuk mencemarkan nama baiknya dan merosakkan reputasi ECoS sebagai badan pengawal selia yang berwibawa,” tegasnya.

Selain itu, Abdul Nasser berkata artikel ini juga didapati cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Negeri Sabah secara keseluruhannya. Tuduhan-tuduhan yang dikemukakan dalam artikel tersebut bukan sahaja bersifat fitnah malah berpotensi menjejaskan kepercayaan awam terhadap tadbir urus tenaga di negeri ini.

Beliau menganggap serius perkara ini memandangkan ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan pelabur.

Katanya, laporan polis tersebut dibuat dengan beberapa tujuan penting Pertama, untuk memohon siasatan terperinci terhadap penulis artikel, pengendali portal Sabahkini2 dan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu ini.

“Kedua, bagi mendesak tindakan undang-undang di bawah Seksyen 500 (fitnah jenayah) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ketiga, untuk mempertimbangkan tindakan sivil atas kerugian dan kerosakan reputasi yang dialami oleh dirinya dan ECOS,” jelasnya.

Abdul Nasser menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan menyatakan kesediaan penuh untuk memberikan kerjasama yang diperlukan dalam proses siasatan.

“Saya percaya kepada prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang, dan yakin bahawa kebenaran akan terbukti demi memelihara maruah individu dan integriti institusi awam yang saya pimpin,” kata beliau.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat rasmi hanya melalui saluran-saluran yang sah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” tambah beliau lagi.

Abdul Nasser dan ECoS menegaskan komitmennya untuk terus memastikan ketelusan dan integriti dalam semua urusan berkaitan tenaga di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/laporan-polis-terhadap-artikel-fitnah-oleh-sabahkini2-abdul-nasser/feed/ 0 72349
Lima premis disyaki curi elektrik diserbu ECoS https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/ https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/#respond Sat, 01 Mar 2025 09:19:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69628
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Lima premis di sekitar Kota Kinabalu, Telipok dan Tamparuli telah diserbu oleh pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity kerana disyaki mencuri elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, operasi serbuan bersepadu tersebut diketuai oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Wilayah ECoS dan dijalankan pada 24, 25, dan 27 Februari lalu lima premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik merangkumi pengguna industri, komersil, dan rumah di penempatan setinggan.

Bagi kes yang melibatkan pengguna industri dan komersial, pelaku akan disiasat di bawah Seksyen61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 di mana jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes yang melibatkan rumah di penempatan setinggan yang terlibat dalam kegiatan menggunakan elektrik tanpa melalui meter akan disiasat di bawah Seksyen 61(3), dan jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1 ribu sehingga tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala premis yang disyaki membekalkan elektrik ke beberapa rumah lain tanpa kelulusan daripada syarikat utiliti akan disiasat di bawah Seksyen 61(8) yang membawa hukuman denda tidakmelebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes membekalkan bekalan elektrik ke premis lain tanpa lesen, pesalah boleh didakwa di bawahSeksyen 8(1)(b) dan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Nasser mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik meter elektrik atau membuat pengubahsuaian haram.

“Kegiatan ini salah di sisi undang-undang dan mengundang risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna dan orang ramai,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, dua pemilik premis melibatkan restoran makanan segera dan kedai perabot telah didakwa di mahkamah Kota Kinabalu masing-masing pada 13 Februari dan 19 Februari di mana hakim telah menjatuhkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM35,000.

Di samping itu, seorang pemilik kilang ais telah didakwa di mahkamah Sandakan pada 17 Februari dan tidak mengaku bersalah.

Tarikh sebutan seterusnya telah ditetapkan pada 19 Mac 2025. Ketiga-tiga kes ini adalah hasil serbuan bersepadu yang dilaksanakan oleh ECoS dan Sabah Electricity pada tahun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/01/lima-premis-disyaki-curi-elektrik-diserbu-ecos/feed/ 0 69628
Pastikan Keselamatan Pengguna: Guna Produk Elektrik Diperakui ECoS dan SIRIM https://sabahmedia.com/2025/01/31/pastikan-keselamatan-pengguna-guna-produk-elektrik-diperakui-ecos-dan-sirim/ https://sabahmedia.com/2025/01/31/pastikan-keselamatan-pengguna-guna-produk-elektrik-diperakui-ecos-dan-sirim/#respond Thu, 30 Jan 2025 23:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67767
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pengguna diingatkan untuk lebih berwaspada dalam membeli produk elektrik dengan memastikan ia mempunyai label Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) yang diperakui oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi menjamin keselamatan dan pematuhan kepada spesifikasi bekalan kuasa Malaysia.

Pengerusi Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (YPKM) Cawangan Sabah, David Chan, baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, serta pasukan teknikalnya bagi membincangkan langkah memperkukuh perlindungan pengguna dalam sektor elektrik.

Menurut David, mesyuarat itu menekankan kepentingan peranan proaktif ECoS dalam memastikan produk elektrik yang dijual di pasaran menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Antara isu utama yang dibincangkan adalah keperluan bagi pembekal dan peniaga untuk mematuhi peraturan berkaitan, termasuk memastikan produk yang diimport atau dijual mempunyai pensijilan ECoS. Pensijilan ini bukan sahaja menjamin keselamatan produk, malah memastikan ia sesuai digunakan dalam sistem voltan tempatan.

“Peniaga perlu memainkan peranan penting dengan memastikan hanya produk elektrik yang diperakui dan selamat sampai kepada pengguna. Kegagalan mematuhi peraturan boleh mengakibatkan denda atau rampasan produk oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sesi itu, Abdul Nasser turut menggesa pengguna dan peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraturan dan garis panduan berkaitan di laman web rasmi ECoS di www.ecos.gov.my.

David turut menegaskan YPKM Sabah komited untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna dan peniaga mengenai kepentingan keselamatan produk elektrik.

“Dengan terus berhubung dengan pihak berkepentingan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti ECoS, kami berusaha menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan memastikan perlindungan pengguna sentiasa terjamin,” tambah David.

Beliau turut menyarankan pengguna agar sentiasa membuat pilihan bijak dan tidak mengambil mudah aspek keselamatan dalam pembelian produk elektrik bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/31/pastikan-keselamatan-pengguna-guna-produk-elektrik-diperakui-ecos-dan-sirim/feed/ 0 67767