edar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Mar 2024 05:28:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png edar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suspek lelaki tempatan proses, edar air ketum diberkas https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/ https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/#respond Tue, 12 Mar 2024 05:28:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50965
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA MARUDU: Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar air ketum, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Ongkilan dekat sini pada Isnin (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan ke atas rumah tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Marudu pada jam 10 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut dengan disaksikan sendiri pemilik rumah, pihak polis telah menemui serta merampas sejumlah 19 pek plastik lutsinar mengandungi serbuk hijau dipercayai serbuk ketum dan 18 botol 1.5 liter mengandungi cecair berwarna coklat juga dipercayai air ketum.

“Turut dirampas termasuklah peralatan yang digunakan untuk memproses dan memasak air ketum serta wang tunai berjumlah RM400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, pemilik rumah yang juga seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun itu telah ditangkap bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana serbuk ketum diperolehi dan bagaimana ianya dibawa masuk ke sini serta nilai pasaran.

“Air ketum yang diproses itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan sahaja,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-dua sekali,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/12/suspek-lelaki-tempatan-proses-edar-air-ketum-diberkas/feed/ 0 50965
Sindiket edar lebih 200kg dadah guna khidmat kurier tumpas https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/#respond Fri, 23 Feb 2024 08:59:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49985
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine lebih 200 kilogram dianggarkan bernilai RM 6,851,400.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, hasil risikan dan penyaluran maklumat pada 15 Februari 2024 jam 9.10 pagi, pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (COBRA), pasukan serbuan dianggotai oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dari Cawangan Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta pasukan anggota COBRA telah membuat serbuan dan pemeriksaan di salah sebuah premis di Penampang.

“Serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan adalah dalam Operasi Dragon Malaysia Korea (MK).

“”Hasil pemeriksaan pasukan serbuan telah menemui Lima Belas kotak parcel yang disyaki mengandungi barang larangan disyaki dadah berbahaya.

“Pengesahan lanjut dilakukan dengan cara membuat imbasan ke atas lima belas buah kotak parcel tersebut dan mendapati imbasan menunjukkan imej isi kandungan parcel yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan dadah (TRUNAC) telah mendapati bahawa kandungan 15 buah kotak percel tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 205 kg dan dianggarkan bernilai RM 6,851,400.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Nasir, modus operandi (MO) bagi kes ini adalah mengedarkan dadah menggunakan perkhidmatan kurier dan memasukkan dadah dalam bungkusan plastik warna emas GUANYINWANG, plastik warna hijau QING SHAN, plastik warna gangsa LING RAN TEA, dan plastik warna biru CAI YUN LI agar dadah berbahaya yang dibungkus tidak dikesan oleh pihak penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat, namun usaha untuk mengesan pengirim dan penerima sedang dilakukan. Kes kini dalam siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah merupakan rampasan dadah berbahaya yang pertama bagi tahun 2024 dan terbesar yang pernah direkodkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah.

“Berdasarkan analisis yang yang dijalankan, kejayaan ini dijangka dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,050,000 orang penagih dadah dengan mengambil kira anggaran penggunaan purata sebanyak 0.1 gram bagi seorang penagih dadah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/23/sindiket-edar-lebih-200kg-dadah-guna-khidmat-kurier-tumpas/feed/ 0 49985