Ekonomi madani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Oct 2024 15:09:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ekonomi madani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Indikator Ekonomi Madani Buktikan Pemerkasaan Ekonomi Negara Sedang Berjalan Dengan Baik https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/ https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/#respond Thu, 17 Oct 2024 14:52:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62367
Read Time:3 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU — Kerangka Malaysia MADANI yang mempunyai 6 nilai teras bersepadu dan holistik, dilihat mampu mencorak masa hadapan negara yang mampan, saksama serta inklusif.

Kerangka Malaysia MADANI yang telah dijadikan asas panduan kepada dasar negara kini giat dilaksanakan dan berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan yang meletakkan negara di landasan pembangunan yang pesat.

Menyorot kembali antara inisiatif ketika pembentangan belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri telah menekankan mengenai Ekonomi MADANI di mana ianya menjadi induk kepada dasar-dasar yang telah diluncurkan iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12).

Peluncuran NETR menggariskan enam pemacu utama peralihan tenaga, antaranya melibatkan tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Bagi menterjemah hasrat NETR, kerajaan turut menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Selepas setahun lebih pelancarannya, banyak kemajuan dan pencapaian berjaya direkodkan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.

Nyatanya pada ketika ini, kerajaan telah berjaya mengawal kadar inflasi sekaligus sedikit sebanyak telah melegakan rakyat yang terpaksa menempuh kenaikan kos sara hidup.

“Bersandarkan pencapaian kukuh untuk 6 bulan pertama tahun 2024, kadar pertumbuhan KDNK negara untuk keseluruhan tahun 2024 berpotensi melepasi unjuran Kerajaan Malaysia (antara 4% – 5%). Serta melepasi unjuran oleh pakar dan penganalisis ekonomi.

Pada tahun 2023, KDNK negara tumbuh pada kadar 3.6% dan menurut Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia/ Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) di laporkan berkata bahawa negara boleh mencapai pertumbuhan 5.1% untuk tahun 2024.

Tatkala ekonomi negara berkembang pesat, kadar inflasi juga telah berjaya di kawal dengan baik, tanpa sebarang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau serta mendadak.

Pastinya ini telah menggambarkan kejayaan Ekonomi MADANI jika hendak dibandingkan dengan negara luar ketika ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan serta cabaran kepada kos sara hidup.

Kejayaan ini juga adalah satu pencapaian yang membanggakan, memandangkan pertumbuhan pesat boleh melonjakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Sebagai contoh, Negara Filipina yang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK 6.3% turut mencatatkan kadar inflasi yang meninggi iaiatu pada kadar 3.7%.

Manakala data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), dalam tempoh masa 2 tahun (Ogos 2022 – Ogos 2024), kadar inflasi negara telah merekodkan trend menurun dan stabil dan pada Ogos 2024 kadar inflasi negara hanya mencatatkan angka 1.9%.

Dan sebagai perbandingannya, kadar inflasi negara mencatatkan angka 2.5% pada tahun 2023 dan 3.3% untuk tahun 2022

Ini membuktikan Kestabilan ekonomi negara adalah penting untuk kelangsungan kehidupan rakyat.

PERTUMBUHAN EKONOMI YANG KUKUH DAN TERUS BERKEMBANG

Dalam pada itu juga, Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dipacu oleh jumlah pelaburan yang besar, merangkumi pelaburan asing dan domestik.

Ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur luar terhadap hala tuju kerajaan, termasuk daya-saing negara dari aspek kos dan tenaga kerja berkemahiran.

“Laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) menunjukkan jumlah pelaburan di luluskan/ total approved investment untuk 6 bulan pertama tahun 2024 adalah sebanyak RM 160 billion.

“Ini merupakan peningkatan 18%, berbanding tempoh masa yang sama tahun 2023 (RM 135.6 billion).

“Jumlah pelaburan RM 160 billion berkenaan meliputi pelaburan asing sebanyak RM 74.6 billion (46.6%), manakala pelaburan domestik pula RM 85.4 billion (53.4%).”

Lebih menarik prestasi perdagangan negara juga berada di tahap memberangsangkan.

Menerusi laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Julai), nilai dagangan negara telahmencapai RM 1.652 trillion, merangkumi eksport (RM 862.23 billion) dan import (RM 789.71 billion).

Jumlah bagi tujuh bulan pertama ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan dagangan negara pada tahun 2023 iaitu RM 2.6 trillion.

Maka tidak mustahil untuk negara melepas pencapaian tahun lalu sehinggalah bulan 12 akan datang.

Kemampuan Malaysia untuk meningkatkan nilai dagangan boleh dicapai sekiranya permohonan menyertai platform kerjasama ekonomi BRICS diluluskan.

PENGUKUHAN NILAI RINGGIT

Kepimpinan Anwar juga pernah dikritik teruk selepas kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia pada tahap RM4.79 berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Ia disimpulkan sebagai kejatuhan paling teruk dalam tempoh masa 26 tahun, iaitu sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998.

“Dan dalam tempoh masa 7 bulan, nilai Ringgit telah mempamerkan prestasi yang begitu memberangsangkan. Pada 4 Oktober 2024, berbanding nilai Dollar Amerika Syarikat, nilai Ringgit telah mengukuh kepada RM 4.21.

“Ini merupakan pengukuhan 12% dalam tempoh masa tersebut. Malah, nilai Ringgit di jangka akan terus mengukuh kepada nilai sebenar sekitar RM 3.80.”

Antara kejayaan ini, telah membuktikan kerangka Ekonomi Madani telah membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Sekaligus dapat meyakinkan rakyat bahawa Malaysia berada di landasan yang kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/17/indikator-ekonomi-madani-buktikan-pemerkasaan-ekonomi-negara-sedang-berjalan-dengan-baik/feed/ 0 62367
Tangani Cabaran Kos Sara Hidup, Tingkat Kedudukan Malaysia Dalam Indeks Pembangunan Manusia – PM https://sabahmedia.com/2023/07/27/tangani-cabaran-kos-sara-hidup-tingkat-kedudukan-malaysia-dalam-indeks-pembangunan-manusia-pm/ https://sabahmedia.com/2023/07/27/tangani-cabaran-kos-sara-hidup-tingkat-kedudukan-malaysia-dalam-indeks-pembangunan-manusia-pm/#respond Thu, 27 Jul 2023 06:26:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39024
Read Time:2 Minute, 40 Second

Kuala Lumpur — Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata inisiatif cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini. Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

tambahnya lagi Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengambil kira keberhasilan kesihatan dan pendidikan

Anwar berkata untuk itu, akses kepada kesihatan dan pendidikan berkualiti menjadi keutamaan kerajaan dan peruntukan akan ditingkatkan sejajar dengan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kemampanan sistem kesihatan amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang hakiki.

“Sepertimana disarankan dalam Kertas Putih Kesihatan, kerajaan komited ke arah sasaran lima peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) untuk perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dengan mengoptimumkan sistem kesihatan awam dan swasta.

“Kertas Putih Kesihatan merangkumi strategi untuk tempoh 15 tahun bermatlamat mewujudkan sistem kesihatan yang lebih mampan, berdaya tahan dan berkualiti ke arah meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan akses kepada kesihatan buat semua. Antara pendekatan yang akan diambil termasuklah penjagaan kesihatan di tahap primer yang bersifat keseluruhan masyarakat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata penyediaan akses kesihatan yang berkualiti dizahirkan dengan pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara dengan nilai kos projek RM305 juta di Negeri Sembilan.

Beliau berkata pusat berkenaan berperanan bukan sekadar sebagai pusat rujukan penyakit tetapi juga sebagai kemudahan mempersiapkan negara dalam menghadapi sebarang kemungkinan pandemik pada masa akan datang.

Anwar berkata selain itu anjakan paradigma baharu termasuklah peralihan pendekatan kesihatan awam daripada merawat pesakit kepada pencegahan penyakit iaitu sifat kendiri rakyat akan diperkasakan bagi mengekalkan, melindungi dan menambah baik kesihatan kendiri.

Mengenai pendidikan, beliau berkata kerajaan akan terus menyediakan persekitaran sekolah yang selesa serta kemudahan yang terbaik buat anak-anak.

“Pelbagai usaha telah kita lakukan khususnya menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif. Pada masa yang sama, projek JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara) diteruskan bagi memastikan semua sekolah dilengkapi dengan internet,” kata beliau.

Mengakui pendidikan bersifat penawaran, Anwar berkata pendidikan negara perlu lebih berminda permintaan dengan mengeratkan kerjasama dengan industri dan majikan terutamanya dalam pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti yang dilaksanakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC).

“Menyedari hakikat bahawa kita kini hidup dalam ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar, maka perlunya sebuah pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif untuk semua rakyat Malaysia.

“Kita perlu menyediakan laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam apa pun kemahiran yang ingin rakyat pelajari, sama ada di universiti, institusi TVET, mahu pun kemahiran kelayakan mikro yang diperlukan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial  (Perkeso) menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya iaitu program peningkatan kemahiran untuk pekerja tidak formal, termasuk pekerja gig dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/27/tangani-cabaran-kos-sara-hidup-tingkat-kedudukan-malaysia-dalam-indeks-pembangunan-manusia-pm/feed/ 0 39024
PM bakal lancar ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ esok https://sabahmedia.com/2023/07/26/pm-bakal-lancar-ekonomi-madani-memperkasa-rakyat-esok/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/pm-bakal-lancar-ekonomi-madani-memperkasa-rakyat-esok/#respond Wed, 26 Jul 2023 07:04:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38964
Read Time:55 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Pelancaran hala tuju baharu tersebut akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 9 pagi esok.

“Nantikan, Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau.

Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata bank pusat itu mengekalkan unjuran untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus.

Beliau berkata permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dan pasaran kerja kini semakin baik, seterusnya menyokong perbelanjaan pengguna.

Pada 24 Februari lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan dengan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. – BERNAMA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/pm-bakal-lancar-ekonomi-madani-memperkasa-rakyat-esok/feed/ 0 38964