Eksekutif – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 May 2025 06:34:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Eksekutif – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rayuan ditolak: Eksekutif jualan kekal bebas daripada tuduhan salah guna wang syarikat https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/#respond Wed, 07 May 2025 06:24:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73346
Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan pembebasan seorang eksekutif jualan daripada pertuduhan menggunakan kutipan tunai berjumlah RM41,515 milik sebuah syarikat untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret terhadap Voo Li Kiam, 44, yang didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan selepas menolak rayuan pihak pendakwaan kelmarin (6 Mei).

Voo didakwa dengan curangnya menyalah gunakan atau menjadikan bagi kegunaan sendiri duit kutipan tunai tersebut di sebuah syarikat di Inanam antara 8 Disember 2018 dan 26 Januari 2019.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pada 22 Ogos 2023, Mahkamah Majistret di sini membebaskan Voo daripada pertuduhan tanpa memanggilnya membela diri selepas majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Voo diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.

Timbalan Pendakwa Raya Teh Li Siew bagi pihak perayu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/rayuan-ditolak-eksekutif-jualan-kekal-bebas-daripada-tuduhan-salah-guna-wang-syarikat/feed/ 0 73346