ekses – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Jan 2025 03:37:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ekses – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 EKSES 2025 galak penglibatan warga emas dalam bidang keusahawanan https://sabahmedia.com/2025/01/27/ekses-2025-galak-penglibatan-warga-emas-dalam-bidang-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2025/01/27/ekses-2025-galak-penglibatan-warga-emas-dalam-bidang-keusahawanan/#respond Mon, 27 Jan 2025 03:37:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67544
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam berjaya menggalakkan penglibatan golongan warga emas dalam bidang keusahawanan dari seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program EKSES itu juga amat unik dan menarik di samping memberi peluang kepada warga emas dalam menjana ekonomi setempat.

“Selain menjana perekonomian lebih 80 usahawan yang terlibat, pada masa sama memberi  ruang kepada warga emas untuk berinteraksi melalui aktiviti yang disusun khas untuk mereka seperti yang kita nampak sendiri hari ini. 

“Terima kasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Sabah kerana menyokong program ini yang melibatkan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kawasan dan seluruh negeri, tahniah atas kejayaan menghimpun sebahagian besar warga emas dari seluruh Sabah melalui program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan EKSES 2025, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Shahelmey berkata, program itu juga adalah satu daripada inisiatif ataupun usaha untuk mengaktifkan golongan warga emas di usia tua.

“Jadi kita berharap program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan serta diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,” katanya

Katanya, kebersamaan dalam menjayakan program tersebut membuktikan  komitmen semua pihak merancakkan aktiviti golongan warga emas yang amat penting  bukan sahaja untuk merangsang ekonomi tetapi juga membantu dalam menjaga kesihatan badan juga mental.

Program tiga hari anjuran Pertubuhan Semarak Emas Sabah (PEMAS) dan Persatuan wanita Berniaga (PEWAGA) itu menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung dan memberi impak positif kepada semua peserta.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/27/ekses-2025-galak-penglibatan-warga-emas-dalam-bidang-keusahawanan/feed/ 0 67544
‘King Kong Kundasang’ curi tumpuan pengunjung EKSES 2025 https://sabahmedia.com/2025/01/25/king-kong-kundasang-curi-tumpuan-pengunjung-ekses-2025/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/king-kong-kundasang-curi-tumpuan-pengunjung-ekses-2025/#respond Sat, 25 Jan 2025 06:58:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67439
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Gelagat ‘King Kong Kundasang’ yang hadir pada majlis pembukaan Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 di sini semalam berjaya mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.

Ekspo yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dijangka akan dirasmikan penutupan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya esok.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang ekspo itu antaranya pertandingan kulinari; mewarna batik; pamerah jualan dan pelbagai lagi.

Pengerusi Pertubuhan Semarak Emas Sabah Mariah Takin berkata, EKSES 2025 merupakan sebuah acara pameran dan jualan produk keluaran usahawan tempatan dan juga perkhidmatan yang disediakan.

Katanya, ekspo itu juga turut melibatkan penyertaan agensi kerajaan mahupun swasta.

“Ekspo ini merupakan usaha yang julung-julung kalinya di adakan oleh Pertubuhan Semarak Emas Sabah dengan kerjasama Persatuan Wanita Berniaga Kota Kinabalu.

“Kedua-dua entiti ini merupakan badan NGO yang tidak bermotifkan keuntungan serta turut mendapat sokongan dari ahli-ahli Pusat Kativiti Warga Emas (PAWE) seluruh Sabah,” katanya.

Justeru beliau mempelawa orang ramai untuk hadir memeriahkan ekspo yang akan berakhir esok. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/king-kong-kundasang-curi-tumpuan-pengunjung-ekses-2025/feed/ 0 67439