eksesais samudera perkasa timur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Sep 2024 06:41:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png eksesais samudera perkasa timur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Eksesais Samudera Perkasa Timur perkukuh kebolehoperasian & persefahaman bersama komuniti maritim https://sabahmedia.com/2024/09/28/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-kebolehoperasian-persefahaman-bersama-komuniti-maritim/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-kebolehoperasian-persefahaman-bersama-komuniti-maritim/#respond Sat, 28 Sep 2024 06:41:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61353
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 merupakan Eksesais Bersepadu yang telah dilaksanakan kali ke-2 antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Timur Kota Kinabalu hari ini, eksesais ini telah dilaksanakan di Kota Kinabalu bermula 23 hingga 27 September 2024 dengan melibatkan dua buah kapal TLDM iaitu KD Kelantan dan KD Rencong serta sebuah Pesawat Helikopter Maritim (HOM).

Manakala Maritim Malaysia melibatkan empat buah kapal iaitu KM Adil, KM Bistari, KM Stapa dan KM Renggis.

Selain itu, eksesais kali ini turut melibatkan elemen daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia dalam siri latihan High Risk Visit, Board, Search and Seizure (VBSS).

Tema eksesais bagi siri kali ini adalah Peperangan dan Search and Rescue (SAR) selaras dengan six years roadmap (2023 – 2028) yang telah dibangunkan.

Rancangan aktiviti yang dilaksanakan meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri daripada Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX).

Terdahulu, eksesais telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin pada 25 September 2024 manakala semalam telah berlangsungnya Majlis Penutup eksesais yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 ini dilihat merupakan platform terbaik untuk memperkasakan aspek kebolehoperasian dan persefahaman komuniti maritim secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau khususnya di Laut China Selatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-kebolehoperasian-persefahaman-bersama-komuniti-maritim/feed/ 0 61353
Eksesais Samudera Perkasa Timur perkukuh pengoperasian bersama di perairan https://sabahmedia.com/2023/08/25/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-pengoperasian-bersama-di-perairan/ https://sabahmedia.com/2023/08/25/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-pengoperasian-bersama-di-perairan/#respond Fri, 25 Aug 2023 09:42:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40686
Read Time:2 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Timur Siri 1/2023 telah berjaya memperkukuh kesiagaan agensi penguatkuasa maritim dalam menekankan kepentingan aspek komunikasi dalam pengoperasian bersama.

Eksesais yang julung kali dilaksanakan itu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Pemerintahan Armada Timur.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Eksesais berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) itu menjadikan perairan Laut China Selatan sebagai lokasi bagi menguji keberkesanan prosedur tetap operasi bersama di antara Maritim Malaysia dan TLDM.

Eksesais bilateral ini telah menyaksikan seramai 300 warga daripada kedua-dua pasukan keselamatan menjalin kerjasama serta memperhalusi pemahaman dalam latihan maritim secara inter-agensi khususnya dalam penguatkuasaan undang-undang persekutuan dalam pengoperasian maritim.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik  berkata,penganjuran eksesais itu dilihat dapat memberi nilai tambah kepada keupayaan pengoperasian bersama dalam aspek penguatkuasaan undang-undang persekutuan serta pelaksanaan mencari dan menyelamat di laut (MSAR) di Zon Maritim Malaysia.

Katanya, eksesais itu jelas mencapai objektifnya serta menzahirkan tentang kepentingan untuk eksesais seperti ini diteruskan bagi pengukuhan kerjasama kedua pasukan.

“Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menghargai peluang kerjasama yang diberikan kepimpinan Markas Pemerintahan Armada Timur, TLDM dalam menganjurkan eksesais siri ini secara bersama.

“Manfaat dan hasil positif yang diperolehi jelas dapat memantapkan kemahiran masing-masing di samping merancakkan pembangunan kapasiti di dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, antara aset-aset yang terlibat mewakili Maritim Malaysia adalah KM ARAU, KM IKHLAS, KM TABAH, BOT KILAT manakala TLDM pula menampilkan KD KEDAH, KD BADIK dan Fast Combat Boat (FCB) bagi menjayakan eksesais ini.

Turut mendukung kepada misi pengoperasian bersama, elemen pasukan elit kedua pasukan iaitu Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) turut dilibatkan.

Sementara itu, fasa pelabuhan yang merangkumkan pelbagai aktiviti perkongsian ilmu dan diskusi telah dijayakan di Kampus INTAN, Sabah dan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Menerusi fasa teori, peserta didedahkan dengan kepentingan first responder dan pengenalan asas berkaitan peranan kedua-dua agensi ketika melaksanakan tugas mencari dan menyelamat (CARILAMAT) maritim.

Selain itu, table top exercise (TTX) sebagai persediaan awal sebelum melaksanakan simulasi di laut turut terlaksana. Di peringkat ini, kedua-dua agensi saling bertukar pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengoperasian serta atur gerak aset-aset ketika berada di laut.

“Antara subjek eksesais yang menjadi fokus ialah navigasi, high risk visit, board, search, and seizure (VBSS), pengendalian dan gerakan taktikal, search and rescue exercise (SAREX).

“Menerusi senario yang disuntik ke dalam eksesais ini, semua peserta yang terlibat dapat menguji kefahaman dan kemahiran sedia ada di samping menimba pengalaman baharu bagi mereka yang pertama kali menyertai eksesais seperti ini. Ianya juga dapat memberi kefahaman dalam memahami prosedur operasi standard (SOP) sebagai persediaan kepada keperluan operasi pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/25/eksesais-samudera-perkasa-timur-perkukuh-pengoperasian-bersama-di-perairan/feed/ 0 40686