Elak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Nov 2021 10:48:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Elak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli Politik Perlu Bersatu Hati, Utamakan Kebajikan Rakyat, Elak Perbalahan https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-politik-perlu-bersatu-hati-utamakan-kebajikan-rakyat-elak-perbalahan/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-politik-perlu-bersatu-hati-utamakan-kebajikan-rakyat-elak-perbalahan/#respond Thu, 19 Aug 2021 12:36:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4900
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli-ahli politik di negara ini perlu bersatu hati dalam memastikan pandemik COVID-19 yang melanda negara dapat dikawal dengan baik.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Haryati Abdul Karim berkata, pemimpin politik juga perlu mengutamakan kebajikan rakyat yang kini terjejas teruk ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini, sebarang perbalahan antara ahli politik perlu dielakkan dan seharusnya memberi fokus utama kepada isu kebajikan rakyat yang kini ramai terkesan termasuk kehilangan sumber pendapatan.

“Kita semua sedia maklum, yang kurang berkemampuan akan bertambah miskin, dibuang kerja dan yang bekerja sendiri pula seperti peniaga kecil amat terkesan akibat pandemik ini,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Penyelidik Geopes (Kajian Elektoral Geo-Politik Borneo) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS berkata, langkah pengawalan bagi mengatasi pandemik COVID-19 ini juga perlu terus dibincangkan dan ditangani bersama.

Ketika ditanya mengenai situasi politik semasa, Dr Haryati berkata, keadaan politik negara kini dilihat tidak stabil selain rapuh disebabkan tidak ada parti politik dominan yang mampu menerajui kerajaan.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merupakan ‘serpihan’ dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah bergabung bersama parti lain bagi menubuhkan kerajaan PN pada Februari 2020 yang lalu.

“Kerajaan PN yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini telah bergabung dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS); Barisan Nasional (BN) dan menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

“Kerajaan gabungan seperti ini dilihat tidak akan ‘kukuh’ dimana tidak terdapat satu parti yang mempunyai kerusi yang besar menyebabkan hubungan kerjasama itu boleh retak bila-bila masa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Haryati berkata pembubaran Parlimen bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika ini dilihat belum bersesuaian ekoran jumlah kes positif COVID-19 masih berada pada tahap tinggi.

Katanya, Malaysia juga ini masih belum mencapai tahap imuniti kelompok yang tinggi selain masih belum mencapai 60 peratus penduduk di negara ini di vaksinasi penuh.

“Di Sabah, misalnya peratusan yang menerima vaksin lengkap masih rendah. Banyak lagi kawasan luar bandar yang belum menerima vaksin.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan sebanyak 484 kawasan di Malaysia atau 79 peratus adalah zon merah COVID-19. Ini terlalu merbahaya buat semua jika PRU diadakan sekarang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kaedah pelaksanaan e-Undi diperkenalkan sebagai satu cara pengundian yang lebih selamat ketika mendepani pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/ahli-politik-perlu-bersatu-hati-utamakan-kebajikan-rakyat-elak-perbalahan/feed/ 0 4900
Tiada majlis sosial untuk elak penularan kes jangkitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/#respond Wed, 04 Aug 2021 13:23:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4072
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Para pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua mukim digesa agar terus mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing sama ada muslim atau bukan muslim supaya tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengebumian seperti kenduri,
tahlil dan sebagainya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hal ini mustahak bagi mengelakkan penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang semakin meningkat ketika ini khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial.

Katanya, orang ramai yang ingkar dan melanggar SOP dengan mengadakan majlis sosial ini, akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam hal yang berkaitan, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tampasuk Kota Belud – Kota Belud merupakan penularan COVID-19 dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada majlis pengebumian.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah berkata, kes indeks merupakan juruwang wanita, 32, di sebuah bank disahkan positif PCR dengan CT value 18.51 pada 26 Julai 2021, setelah bergejala demam, sakit badan, sakit tekak, selsema dan batuk.

Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif COVID-19 termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Semua 29 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/feed/ 0 4072
Imbas MySejahtera di lokasi terpilih, elak kesesakan aliran trafik di UMS https://sabahmedia.com/2021/07/29/imbas-mysejahtera-di-lokasi-terpilih-elak-kesesakan-aliran-trafik-di-ums/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/imbas-mysejahtera-di-lokasi-terpilih-elak-kesesakan-aliran-trafik-di-ums/#respond Thu, 29 Jul 2021 04:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3736
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Penerima vaksin yang hadir ke temujanji di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini tidak perlu membuat imbasan MySejahtera di pintu masuk utama UMS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UMS, orang ramai walau bagaimanapun dikehendaki membuat imbasan tersebut di beberapa lokasi di dalam kampus.

“Imbasan Kod QR boleh dibuat berdekatan simpang Jalan Banjaran menuju ke Jalan Canselor, simpang Jalan Samudera menuju ke simpang Jalan Fakulti Sains dan Sumber Alam, jalan dari bulatan menuju ke parkir Dewan Canselor.

“Imbasan juga boleh dibuat di jalan menuju Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan simpang masuk Fakulti Kejuruteraan,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, arahan itu juga turut berkuatkuasa ke atas seluruh warga UMS. Ia bagi mengelakkan kesesakan trafik di pintu masuk utama universiti.

Namun, keperluan membuat imbasan Kod QR di dalam kampus wajib dipatuhi seiring dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Keselamatan UMS turut memaklumkan bahawa staf dan penerima vaksin dibenarkan keluar melalui pintu BHO bagi melancarkan aliran trafik di dalam kampus.

Pintu yang terletak di tengah-tengah laluan antara PPV IPT UMS ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dibuka bermula jam 9.00 pagi – 6.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan hari cuti kelepasan am.

Untuk rekod, kapasiti pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT UMS kini meningkat kepada 3,000 dos sehari berbanding 1,000 dos sebelum ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/imbas-mysejahtera-di-lokasi-terpilih-elak-kesesakan-aliran-trafik-di-ums/feed/ 0 3736