Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Aug 2026 02:58:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja kontraktor maut, seorang cedera ketika tukar tiang elektrik di Sandakan https://sabahmedia.com/2026/08/23/pekerja-kontraktor-maut-seorang-cedera-ketika-tukar-tiang-elektrik-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/08/23/pekerja-kontraktor-maut-seorang-cedera-ketika-tukar-tiang-elektrik-di-sandakan/#respond Sun, 23 Aug 2026 02:58:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102128
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja kontraktor maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden ketika kerja-kerja penukaran tiang elektrik berhampiran simpang lampu isyarat menuju ke Taman Mawar, Sandakan, pada 22 Ogos lalu.

Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dalam kenyataan hari ini mengesahkan insiden berkenaan melibatkan dua pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja penukaran tiang elektrik di lokasi tersebut.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sabah Electricity merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta menyampaikan simpati kepada pekerja yang cedera.

Menurut kenyataan itu, Sabah Electricity memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Semua kerja berkaitan di lokasi kejadian turut dihentikan sementara sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sabah Electricity memandang serius kejadian berkenaan dan menegaskan komitmennya untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan oleh semua pihak yang terlibat, termasuk kontraktor, dalam setiap aktiviti kerja dan operasi.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa keselamatan pekerja dan orang awam kekal menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja-kerja berkaitan bekalan elektrik.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/23/pekerja-kontraktor-maut-seorang-cedera-ketika-tukar-tiang-elektrik-di-sandakan/feed/ 0 102128
Catuan bekalan elektrik pada 12 Mac – SESB https://sabahmedia.com/2024/03/12/catuan-bekalan-elektrik-pada-12-mac-sesb/ https://sabahmedia.com/2024/03/12/catuan-bekalan-elektrik-pada-12-mac-sesb/#respond Tue, 12 Mar 2024 07:14:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50975
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terdapat catuan bekalan pada hari ini 12 Mac 2024 (Selasa).

Catuan bekalan ini akan melibatkan Daerah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, Papar dan juga Wilayah Persekutuan Labuan dan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Sabah Grid berikutan masalah kekurangan penjanaan.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil (gambar) berkata, terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik pada lebih kurang 10:03 pagi tadi dan menyebabkan kekurangan penjanaan di sistem Grid.

“Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah berjaya dipulihkan. selang 1 jam dari kejadian terpelantik. Unit Penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan masa untuk dipulihkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Catuan bekalan telah dilaksanakan bermula pada jam 11.00 pagi tadi dan berkemungkinan jam 8.00 malam yang akan menjejaskan sejumlah 62,093 pengguna.

Pihak SESB sedang dalam usaha untuk memastikan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sila hubungi SESB Careline 15454, 088-515000, 019-8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/12/catuan-bekalan-elektrik-pada-12-mac-sesb/feed/ 0 50975
Lelaki maut terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/#respond Mon, 11 Mar 2024 07:56:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50931
Read Time:42 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian
di Kampung Datu Pangeran Batu 7 dekat sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ridzsfar Jafar, 18, disahkan meninggal dunia oleh pegawai polis yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 pagi tadi (11 Mac).

Katanya, mangsa yang sedang lalu di lokasi kejadian dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di oleh pegawai Polis di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan menyerahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, agensi yang terlibat selain PDRM, petugas dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 50931