Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 07:48:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambungan grid Sarawak–Sabah beroperasi, perkukuh bekalan elektrik https://sabahmedia.com/2026/01/24/sambungan-grid-sarawak-sabah-beroperasi-perkukuh-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/sambungan-grid-sarawak-sabah-beroperasi-perkukuh-bekalan-elektrik/#respond Sat, 24 Jan 2026 07:48:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90310
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sambungan grid Sarawak–Sabah kini beroperasi secara rasmi, menandakan fasa baharu integrasi tenaga di Borneo dengan memperkukuh kebolehpercayaan bekalan elektrik serta menyokong keselamatan tenaga jangka panjang dan pembangunan sosioekonomi kedua-dua negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pengoperasian sambungan berkenaan mencerminkan usaha berterusan membangunkan sistem tenaga yang selamat, fleksibel dan berdaya tahan bagi rantau Borneo.

“Dengan menghubungkan grid Sarawak dan Sabah, kita mewujudkan fleksibiliti operasi yang lebih kukuh serta menyokong pembangunan jangka panjang kedua-dua negeri.

“Sambungan ini menunjukkan bagaimana perancangan bersepadu mampu memberikan manfaat praktikal kepada Borneo,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Energisation of the Sarawak–Sabah Power Grid Interconnection Project di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah menyokong sepenuhnya inisiatif tersebut kerana ia mengukuhkan kebolehpercayaan dan keselamatan bekalan kuasa negeri.

“Sambungan grid Sarawak–Sabah merupakan langkah strategik ke arah memastikan keselamatan tenaga jangka panjang, menyokong pembangunan mampan serta memberikan manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi Sabah,” katanya.

Sambungan itu didayakan melalui talian penghantaran 275kV Lawas–Mengalong dan merupakan sebahagian daripada peluasan grid sepanjang 326 kilometer melibatkan 881 menara penghantaran serta infrastruktur berkaitan. Ia menyusuli pentauliahan talian 275kV Bunut–Medamit–Lawas dan Pencawang Lawas pada November 2025.

Pertukaran tenaga elektrik antara Sarawak dan Sabah bermula pada 13 Disember 2025 selepas penyelarasan sistem berjaya dilaksanakan oleh operator grid kedua-dua negeri. Ketika ini, tenaga elektrik disalurkan dari Sarawak ke Sabah berdasarkan keperluan operasi dan parameter teknikal yang dipersetujui, dengan potensi aliran kuasa dua hala pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, sambungan Sarawak–Sabah dibina berasaskan pengalaman pertukaran kuasa serantau, termasuk sambungan Sarawak–Kalimantan Barat yang ditauliahkan pada 2016.

“Sambungan ini menggerakkan konsep Grid Borneo daripada visi kepada pelaksanaan, di samping menyumbang kepada aspirasi Malaysia di bawah inisiatif Grid Kuasa ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, sambungan tersebut membolehkan perkongsian sumber penjanaan secara lebih cekap, meningkatkan kestabilan grid serta memperkukuh daya tahan sistem kuasa, khususnya ketika permintaan puncak atau gangguan bekalan.

“Pada masa ini, sambungan tersebut membekalkan sehingga 50 megawatt (MW) dari Sarawak ke Sabah, dengan kapasiti untuk ditingkatkan bergantung kepada kesiapsiagaan sistem dan perancangan masa hadapan,” katanya.

Sambungan Grid Sarawak–Sabah merupakan rangkaian serantau kedua di Borneo selepas sambungan Sarawak–Kalimantan Barat, sekali gus menjadi asas penting ke arah pembentukan grid kuasa serantau yang lebih bersepadu dan mampan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/sambungan-grid-sarawak-sabah-beroperasi-perkukuh-bekalan-elektrik/feed/ 0 90310
Fasa pertama projek bekalan elektrik ke Kampung Sundang dan Bogaya sedang berjalan https://sabahmedia.com/2025/11/04/fasa-pertama-projek-bekalan-elektrik-ke-kampung-sundang-dan-bogaya-sedang-berjalan/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/fasa-pertama-projek-bekalan-elektrik-ke-kampung-sundang-dan-bogaya-sedang-berjalan/#respond Tue, 04 Nov 2025 12:34:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84960
Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Usaha menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk di Kampung Bogaya dan Kampung Sundang, di Batu Sapi menerusi projek pemasangan meter prabayar sedang dilaksanakan.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata ketika ini projek berkenaan berada dalam fasa pertama pelaksanaan.

“Untuk Kampung Bogaya, hampir 100 rumah kita bekalkan elektrik untuk fasa pertama ini.

“Di Kampung Sundang, penyertaan masyarakat setempat tidak begitu cepat. Kita sedang usahakan juga supaya sekurang-kurangnya 100 buah rumah di kampung itu menerima bekalan elektrik,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Khairul sebelum ini meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) untuk menyelesaikan segera masalah bekalan elektrik yang berulang di kedua-dua kampung itu.

Beliau bekrata, aduan penduduk mengenai isu itu sudah lama dengan penduduk serta peniaga terbeban akibat kekerapan gangguan dan kekurangan bekalan elektrik.

Khairul yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, selain di kawasan tanah besar, beliau juga mahu menumpukan usaha untuk membantu penduduk pulau dalam kawasan parlimennya.

Katanya, perancangan itu termasuk menyediakan bekalan air bersih ke pulau dengan sebagai permulaan, beliau merancang untuk memilih dua pulau untuk menerima bekalan air.

“Ini antara perancangan kita. Sebelum ini, hampir lima tahun kawasan Batu Sapi tiada wakil rakyat selepas kematian bekas Ahli Parlimen, Datuk Liew Vui Keong.

“Banyak yang tidak dapat diselesaikan dulu dan ini harus kita perbaiki,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/fasa-pertama-projek-bekalan-elektrik-ke-kampung-sundang-dan-bogaya-sedang-berjalan/feed/ 0 84960
Kerajaan Persekutuan terus komited selesai isu air, elektrik Sabah – Armizan https://sabahmedia.com/2025/10/11/kerajaan-persekutuan-terus-komited-selesai-isu-air-elektrik-sabah-armizan/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/kerajaan-persekutuan-terus-komited-selesai-isu-air-elektrik-sabah-armizan/#respond Sat, 11 Oct 2025 09:15:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83010
Read Time:3 Minute, 14 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kerajaan Persekutuan terus komited membantu Sabah menyelesaikan isu legasi berkaitan bekalan air dan elektrik demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, walaupun tanggungjawab kawal selia bekalan air dan tenaga kini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, komitmen Kerajaan Persekutuan tetap diteruskan melalui pelbagai peruntukan dalam Belanjawan 2026.

Katanya, ini termasuk peruntukan pembangunan (DE) berjumlah RM6.9 bilion yang diumumkan khusus untuk Sabah dalam pembentangan Belanjawan Persekutuan 2026 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

“Bekalan air merupakan tanggungjawab Negeri sejak sekian lama, manakala kawal selia tenaga elektrik pula telah diambil alih oleh Sabah secara rasmi pada tahun 2024. Namun, memandangkan kedua-dua isu ini melibatkan keperluan peruntukan yang besar serta merupakan isu legasi, Kerajaan Persekutuan terus komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan penyelesaian jangka panjang dapat dicapai,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani MoU Bagi Pembangunan Pawagam Komuniti 10 Star Cinemas bersama WSG Properties dan WK Konsortium di Palm Mall di sini, pada Sabtu.

Menurut Armizan, antara komitmen utama yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 melibatkan subsidi dan projek pembangunan sektor tenaga bernilai keseluruhan lebih RM2 bilion bagi Sabah.

Antaranya, subsidi berjumlah RM1.2 bilion bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik di negeri ini meliputi RM880 juta untuk subsidi sokongan tarif, bahan api dan solar berskala besar meningkat berbanding RM700 juta pada tahun lalu.

Selain itu, RM189.8 juta diperuntukkan untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala RM128 juta lagi disalurkan kepada Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi pelaksanaan projek sambungan bekalan elektrik.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM765 juta bagi pembinaan Projek Southern Link rangkaian grid elektrik sepanjang 330 kilometer dengan kapasiti 275 kilovolt (kV) yang menghubungkan Pantai Barat hingga Pantai Timur Sabah.

“Fasa pertama sepanjang 60 kilometer sedang dalam pembinaan manakala peruntukan baharu ini membolehkan Fasa Kedua diteruskan melibatkan laluan Sipitang, Tenom, Kalabakan dan Tawau,” katanya.

Jelasnya, projek Southern Link ini merupakan sebahagian daripada pelan yang telah dirancang sejak tahun 1980-an bagi melengkapkan rangkaian grid elektrik di seluruh Sabah dan telah lama dipohon ketika kawal selia tenaga masih di bawah Suruhanjaya Tenaga (EC).

“Komitmen berterusan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sabah mengatasi isu ketidakstabilan bekalan elektrik walaupun kawal selia tenaga kini berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata majoriti pegangan saham Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) masih dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang merupakan syarikat utiliti bersepadu bertanggungjawab dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi isu air pula, katanya, Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi tempoh 2024 hingga 2026 bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

“Ini termasuk projek pemasangan paip baharu di Tawau serta kerja menaik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang kini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Armizan mengalu-alukan pelaburan 10Star Cinemas di Sabah yang dianggarkan melebihi RM100 juta termasuk pembinaan enam pawagam luar bandar yang telah beroperasi.

Beliau berkata, dua lagi pawagam baharu di Kinarut dan Kundasang akan dibina dengan sasaran siap masing-masing pada tahun 2026 dan 2027. Katanya, selain menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan, pelaburan ini turut membantu pembangunan sosioekonomi serta industri kreatif negeri.

“Ia sejajar dengan pelaksanaan Program Aspirasi Pembangunan Filem Sabah (APFS) 2026/2027, yang memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur pawagam dan karya muda.

“Melalui kerjasama dengan DBAY Film Factory Sdn Bhd, dua produksi tempatan RIVY Production (“Bedilan”) dan Lapan Pagi Studio (“Bas Malam”) telah dipilih untuk menghasilkan filem pendek yang akan ditayangkan di semua rangkaian 10Star Cinemas,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong Siew Guen; Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas, Onn Norshal Hamzah; Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar; dan Datuk Juil Nuatim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/kerajaan-persekutuan-terus-komited-selesai-isu-air-elektrik-sabah-armizan/feed/ 0 83010
Bekalan elektrik daerah Sandakan pulih sepenuhnya https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/#respond Sun, 14 Sep 2025 11:14:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81239
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang turut melanda daerah Sandakan telah pulih sepenuhnya.

Kontena yang membawa ERS tiba di Kampung Sarumpung. – Foto ihsan Sabah Electricity

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, kerja-kerja pemulihan gangguan bekalan di daerah itu dilaksanakan secara berperingkat sejak Sabtu dan pulih sepenuhnya pada jam 3.11 petang Ahad.

Daerah Sandakan adalah antara daerah yang terjejas apabila berlaku gangguan ke atas talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud pada jam 5.05 petang Sabtu lalu.

Hasil pemeriksaan dan siasatan yang dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity mendapati punca gangguan adalah disebabkan oleh tiang menara yang terletak di Kampung Sarapung tergelincir daripada kedudukan asal disebabkan tanah runtuh dan mengakibatkan gangguan kepada talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.

Kejadian itu turut menjejaskan pengguna di daerah Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

Mohd Yaakob juga menjelaskan Sabah Electricity telah menggerakkan 27 genset ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu. Semporna dan Tawau.

Penempatan genset ini adalah di lokasi strategik iaitu Hospital, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik Kesihatan.

Dalam pada itu, usaha pemasangan Menara Pengalihan Sementera atau Emergency Restoration System (ERS) akan dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Kontena yang membawa ERS telah tiba di lokasi di mana tiang menara tumbang pada jam 2.00 petang hari ini.

Kerja-kerja pemasangan ERS akan dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity bagi mengganti tiang menara kekal yang tumbang.

Sabah Electricty menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah Pantai Timur Sabah yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku.

Mohd Yaakob turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Kerajaan Negeri Sabah di atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada Sabah Electricity terhadap insiden yang berlaku.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/bekalan-elektrik-daerah-sandakan-pulih-sepenuhnya/feed/ 0 81239
Catuan elektrik di Sabah, Labuan mulai 1 Ogos, 600,000 isi rumah terjejas https://sabahmedia.com/2025/07/30/catuan-elektrik-di-sabah-labuan-mulai-1-ogos-600000-isi-rumah-terjejas/ https://sabahmedia.com/2025/07/30/catuan-elektrik-di-sabah-labuan-mulai-1-ogos-600000-isi-rumah-terjejas/#respond Wed, 30 Jul 2025 08:44:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78227
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu :  Kira-kira 600,000 isi rumah penduduk di Sabah dan Labuan dijangka akan terjejas akibat catuan bekalan elektrik secara bergilir bermula 1 hingga 7 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity (SE) Datuk Ir Ts  Mohd Yaakob Jaafar berkata, catuan bekalan itu adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan (turnaround) yang dijadual dilaksanakan oleh Petronas di platform gas luar pesisir dan terminal onshore.

Katanya, catuan ini berpunca daripada penghentian sementara penyaluran gas kepada dua loji janakuasa bebas (IPP) utama di Kimanis, iaitu Kimanis Power Sdn Bhd (255MW) dan SPR Energy (100MW).

“Berdasarkan maklumat, kedua-dua loji tersebut menghadapi masalah untuk menukar operasi daripada gas kepada diesel, menyebabkan kekurangan kapasiti tenaga sebanyak 195MW sepanjang tempoh penyelenggaraan.

“Perbincangan telah dijalankan sejak awal tahun melibatkan SE, Suruhanjaya Tenaga, ECOS, dan Petronas. Namun, maklumat yang kami terima malam tadi menyatakan bahawa satu unit utama di Kimanis dan keseluruhan loji SPR tidak dapat beroperasi menggunakan diesel seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan taklimat berhubung situasi bekalan elektrik di negeri ini kepada pengamal media di sini pada Rabu.

Yaakob berkata, susulan itu, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan langkah catuan bekalan elektrik secara besar-besaran, melibatkan hampir 200,000 pengguna berdaftar.

Katanya, catuan itu akan dilaksanakan secara bergilir terutama pada waktu kemuncak penggunaan elektrik antara jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan gangguan akan berlaku secara berjadual mengikut kawasan, dengan purata gangguan sekitar satu hingga dua jam setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, beliau turut merayu kepada Petronas agar menangguhkan kerja-kerja pemulihan ke tarikh yang lebih sesuai dengan mengambil kira cuaca panas semasa serta keperluan tenaga yang tinggi.

Katanya, ia juga adalah bagi memberi ruang kepada loji-loji terlibat untuk bersedia sepenuhnya menukar operasi kepada diesel dan mengelak gangguan kepada rakyat.

Menurutnya, satu pertemuan penting antara ECOS, pengendali grid sistem Sabah, dan Petronas dijadualkan berlangsung petang tadi pada Rabu bagi membincangkan semula perkara tersebut. 

Katanya, keputusan mesyuarat tersebut bakal menjadi penentu sama ada langkah catuan akan diteruskan atau dapat dielakkan.

“Jika rundingan ini tidak berhasil, maka catuan akan dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Kami mohon rakyat bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh ini,” katanya.

Sabah Electricity turut menasihatkan orang ramai untuk merancang penggunaan elektrik dengan bijak dan mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual gangguan bekalan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/30/catuan-elektrik-di-sabah-labuan-mulai-1-ogos-600000-isi-rumah-terjejas/feed/ 0 78227
Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/#respond Mon, 14 Jul 2025 09:56:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77297
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Lebih 60,434 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kini menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil dan efisien hasil pelaksanaan tujuh projek tenaga bernilai lebih RM260 juta oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Fadillah semasa lawatannya di PMU Kota Kinabalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek-projek berkenaan dilaksanakan menerusi inisiatif Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) bagi memperkukuh infrastruktur tenaga serta menjamin kelestarian bekalan elektrik di negeri ini.

Menurut Fadillah, kesemua projek yang telah siap itu bukan sahaja meningkatkan keupayaan sistem sedia ada, malah menyediakan asas penting untuk pembangunan ekonomi menerusi rangkaian grid yang lebih kukuh dan menyeluruh, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa menyempurnakan sesi penyerahan rasmi projek-projek berkenaan dalam lawatan PETRA Skuad Sabah 2025 ke Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Kota Kinabalu (KKBU) hari ini, yang merupakan antara komponen utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

PMU KKBU kini memberi manfaat kepada kira-kira 11,452 pengguna di kawasan Tanjung Aru dan sekitar ibu negeri, dengan pembinaan kemudahan suis berpenebat gas 132kV dan 33kV (GIS) serta pemasangan transformer 132/33/11kV bagi menggantikan sistem lama 66/11kV yang telah usang dan tidak lagi mempunyai alat ganti. Projek ini turut menyokong pembinaan jajaran kabel baharu 33kV ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik ke kawasan strategik berkenaan.

Turut disiapkan ialah Projek Sambungtara 132kV Labuan–Sipitang (Fasa 1 – Pakej 2) bernilai RM34.92 juta, yang merangkumi penaiktarafan PMU Beaufort ke 275kV dan pembinaan menara talian sepanjang tujuh kilometer dari PMU Megalong ke sempadan Sidumin untuk sambungan ke Lawas, Sarawak. Projek ini siap pada 2 September 2024 dan kini menunggu penyempurnaan sambungan oleh Sarawak Energy pada September 2025. Ia bakal membolehkan 30 megawatt tenaga diimport dari Sarawak, dengan kapasiti penghantaran mencecah 500 megawatt melalui jaringan ASEAN Power Grid.

Di Ranau, projek Pembahagi Utama (PPU) 33/11kV bernilai RM31.3 juta yang siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024 telah menyambungkan kawasan itu ke grid elektrik Sabah. Ia mengurangkan kebergantungan kepada stesen janakuasa diesel berkapasiti 18 megawatt, memberikan persekitaran lebih bersih dan mengurangkan keperluan subsidi diesel kepada 15,620 pengguna di kawasan berkenaan.

Projek PPU Batu Sapi pula bernilai RM30.02 juta dan mula beroperasi pada 13 Disember 2024. Ia menggantikan sistem agihan lama serta meningkatkan kecekapan agihan kuasa dari Stesen Janakuasa Batu Sapi ke kawasan sekitar Sandakan, termasuk Karamunting, Bokara dan Kampung Istimewa, memberi manfaat kepada kira-kira 4,744 pengguna.

Sementara itu, Projek Protection On-Line Monitoring bernilai RM42 juta pula melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut sepanjang 15 kilometer dari Menumbok ke Tanjung Aru, Labuan. Siap pada 5 Februari 2024, ia memperkukuh sistem perlindungan talian dari PMU Beaufort ke PMU Rancha-Rancha.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), PMU 132/33/11kV bernilai RM50.011 juta mula beroperasi sepenuhnya pada 12 Ogos 2024. Projek ini meningkatkan kapasiti beban dari 93.51 megawatt kepada 131.60 megawatt dan mengurangkan kadar gangguan bekalan (SAIDI) di kawasan sekitarnya. Lebih 5,000 pengguna menerima manfaat secara langsung, termasuk Hospital UMS yang kini turut disokong oleh PMU tersebut.

Satu lagi projek penting ialah Sistem Pengukuhan 11kV Labuan bernilai RM6.3 juta yang siap pada 9 November 2024. Ia melibatkan penaiktarafan sistem perlindungan di PPU Rancha-Rancha dan meningkatkan keupayaan sistem menyokong pembangunan baharu di wilayah tersebut.

Fadillah berkata, pelaksanaan tujuh projek ini membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh sistem tenaga di Sabah dan Labuan serta memastikan penyampaian perkhidmatan tenaga yang lebih berkualiti kepada rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/14/lebih-60000-pengguna-nikmati-bekalan-elektrik-lebih-stabil-di-sabah-labuan/feed/ 0 77297
Sabah perlukan bekalan elektrik yang lebih stabil https://sabahmedia.com/2025/02/26/sabah-perlukan-bekalan-elektrik-yang-lebih-stabil/ https://sabahmedia.com/2025/02/26/sabah-perlukan-bekalan-elektrik-yang-lebih-stabil/#respond Wed, 26 Feb 2025 00:15:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69365
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Cadangan membekalkan tenaga elektrik ke Selatan Filipina melalui Sabah mendapat sambutan positif. Namun, ada pandangan yang menyarankan Sabah agar memberi keutamaan kepada penyediaan tenaga yang mampan untuk kegunaan negeri sendiri terlebih dahulu.

Baru-baru ini, Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, mengesahkan bahawa Sabah kini sudah bersedia dengan grid tenaga yang siap untuk disambungkan dengan Sarawak.

Penyambungan ini akan dipermudahkan selepas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke Selatan Filipina melalui Sabah mulai tahun depan.

Menurut Madius, perjanjian jual beli elektrik antara Sabah dan Sarawak telah dimeterai, bermula dengan pembelian 30MW tenaga yang dijangka dinaikkan kepada 50MW dalam tempoh lima tahun. Sabah Electricity turut berhasrat untuk meningkatkan kapasiti ini kepada 100MW, selaras dengan keupayaan Sarawak.

Namun, hasil tinjauan Sabah Media mengenai perkara ini, beberapa pihak mengingatkan agar keutamaan diberikan kepada sistem bekalan elektrik di dalam negeri sebelum menyalurkan tenaga ke luar negara.

Mohamad Azmi

Pengerusi Dinamik Teras Bakti, Mohamad Azmi Mohamad Sani, 49, berpendapat bahawa masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di Sabah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau menekankan bahawa banyak kawasan pedalaman di Sabah masih belum menerima bekalan elektrik yang stabil.

“Kita perlu memastikan rakyat di negeri ini mendapat bekalan elektrik yang mencukupi sebelum membekalkan tenaga ke luar negara,” kata Mohamad Azmi.

Siti Mahani

Dalam pada itu, Siti Mahani Sidek, 48, Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat & Mesra OKU Sabah, melihat cadangan ini dari sudut positif, dengan potensi memperkukuhkan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina. Ia juga berpotensi membuka peluang perniagaan baru dan menarik pelabur ke Sabah, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Ini juga boleh membawa peningkatan kualiti perkhidmatan tenaga elektrik di kawasan yang sering mengalami gangguan, dan memperbaiki infrastruktur telekomunikasi, terutamanya di kawasan luar bandar,” jelas Siti Mahani.

Damica Kunsiong, 50, dari Tamparuli, berpendapat bahawa sambungan grid ini boleh memberi banyak manfaat, termasuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat, terutama di kawasan yang selama ini terjejas bekalan elektrik.

“Kita memerlukan sistem bekalan elektrik yang lebih stabil untuk memastikan akses kepada perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Nillie Ester

Namun, Nillie Ester Ronny Ignatius, 32, seorang pembantu tadbir, berharap agar projek ini dapat dilaksanakan segera untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik yang masih berlaku di Sabah.

Selain itu, beliau berharap kerajaan juga akan terus memberi perhatian kepada peningkatan kualiti hidup rakyat melalui kemudahan asas yang lebih baik.

“Harapan saya adalah agar masalah gangguan bekalan elektrik ini dapat diselesaikan dan Sabah dapat mencapai kestabilan tenaga yang lebih baik,” kata Nillie.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/26/sabah-perlukan-bekalan-elektrik-yang-lebih-stabil/feed/ 0 69365
Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa operasi https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/ https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/#respond Thu, 23 Mar 2023 09:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31336
Read Time:52 Second

PAPAR: Seorang anggota Bomba mengalami kecederaan terkena renjatan elektrik semasa melakukan operasi pemadaman api dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabok Kinarut dekat sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, mangsa Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohd Qayyum Hamzah, 26, terkena renjatan elektrik dan mengalami cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, berkata anggota yang cedera adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Papar menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 12.08 tengahari tadi (23 Mac).

“Setiba pasukan Bomba dari BBP Papar mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 90 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera.

“Bagaimanapun operasi terkawal pada jam 12:37 tengahari dan sebaik sahaja memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/feed/ 0 31336
SESB Tingkat Usaha Tangani Gangguan Bekalan Elektrik https://sabahmedia.com/2022/03/18/sesb-tingkat-usaha-tangani-gangguan-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2022/03/18/sesb-tingkat-usaha-tangani-gangguan-bekalan-elektrik/#respond Fri, 18 Mar 2022 04:37:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13144
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU:  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi jaminan akan terus komited dengan pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, Indeks Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) bagi negeri ini dan Labuan pada tahun lalu adalah 332 minit setahun bagi setiap pelanggan.

“Berdasarkan kepada rekod, 35 peratus daripada jumlah gangguan pada tahap voltan sederhana 11kV adalah di sebabkan oleh dahan pokok menyentuh konduktor elektrik atau pokok menghempap talian.

“Selain itu, sebanyak 16 pertaus disebabkan oleh pencerobohan masuk oleh haiwan dan 11 peratus berpunca daripada cuaca buruk khususnya semasa ribut, hujan atau kilat berlaku” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa penyambungan bekalan elektrik secara haram yang menyumbang 25 peratus daripada jumlah gangguan juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada gangguan bekalan elektrik sistem voltan rendah dan boleh mengundang masalah litar pintas termasuklah kes renjatan elektrik.

Katanya, sehingga tahun lalu, hampir 49 peratus rangkaian talian elektrik voltan sederhana 11kV ke pencawang-pencawang pembahagian di seluruh Sabah masih menggunakan konduktor elektrik dari jenis yang tidak bertebat.

“Oleh kerana keadaan fizikal konduktor tersebut yang terdedah (tidak bertebat), ianya sangat sensitif apabila bersentuhan dengan dahan-dahan pokok atau pokok yang tumbang di atas talian dan keadaan ini lebih teruk ketika cuaca buruk khususnya semasa rebut, hujan, atau kilat.

“Di samping itu, terdapat juga kes gangguan bekalan berlaku apabila haiwan seperti tupai, tikus, monyet dan ular yang menceroboh masuk ke dalam zon voltan sederhana ini bersentuhan dengan konduktor dan besi pada tiang secara serentak, yang akan menyebabkan litar pintas,” katanya.

Justeru, sebagai penyelesaian jangka panjang, Mohd Yaakob berkata, SESB kini sedang giat menaiktaraf talian konduktor tidak bertebat ini kepada jenis yang bertebat dan inisiatif ini menelan kos jutaan ringgit dan memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan secara bersasar dan berperingkat.

“Selain itu, sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, SESB telah menambahbaik pengurusan rentis dengan memperkenalkan konsep penjagaan konsesi yang memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang sering terkesan dengan gangguan bekalan elektrik seperti di kawasan Tuaran, Keningau, Kota Marudu dan Ranau.

“SESB juga sedang menilai konsep lain seperti penubuhan pasukan bertindak khas untuk menyelesaikan isu rentis di kawasan-kawasan yang mempunyai cabaran-cabaran yang unik dan tersendiri,” katanya.

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan usaha-usaha ini, Mohd Yaakob berkata, SESB dengan sokongan Pasukan Petugas Khas melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga telah memperuntukkan RM128 juta sehingga tahun 2025 khusus untuk penggantian konduktor tidak bertebat dan RM170 juta sehingga tahun 2025 untuk pengurusan rentis, pemasangan peralatan pencegahan gangguan binatang dan peralatan pelindung kilat.

“Melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, SESB menyasarkan pengurangan antara 30 peratus hingga 50 peratus menjelang tahun 2025 bagi gangguan yang melibatkan konduktor tidak bertebat ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/18/sesb-tingkat-usaha-tangani-gangguan-bekalan-elektrik/feed/ 0 13144
SESB Teruskan Usaha Untuk Baikpulih Bekalan Elektrik Selepas Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/#respond Wed, 22 Sep 2021 12:25:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6743
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) meneruskan usaha untuk membaikpulih bekalan walaupun berhadapan cabaran untuk memasuki kawasan selepas banjir.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja membaikpulih tiang dan talian elektrik yang rosak dan terjejas akibat banjir di beberapa tempat di Kawasan Pantai Barat Sabah masih terus dilaksanakan oleh pasukan teknikal SESB dan kontraktor yang dilantik.

“Usaha membaikpulih mengambil sedikit masa kerana pasukan teknikal SESB berhadapan dengan laluan berlumpur tebal dan licin. Manakala, itu ada sebahagian tempat yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan pasukan teknikal terpaksa berjalan kaki dengan membawa peralatan baikpulih,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Idris turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan di beberapa kampung di Daerah Penampang telah mengambil sedikit masa memandangkan ianya perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada beberapa buah rumah di Kampung Sugud yang masih belum dapat disambung bekalan kerana tiang elektrik tumbang ke kawasan paya dan usaha pemulihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan tanah yang masih basah dan lembut,” katanya.

Usaha pemulihan akan dilakukan apabila keadaan selamat dan penutupan bekalan dilakukan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, SESB turut bertindak atas aduan penduduk Kampung Tabor di Menggatal yang menyatakan kebimbangan ke atas keadaan tiang elektrik yang condong.

“Tiang tersebut akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Idris menasihati pengguna dan orang awam untuk tidak mengalihkan wayar atau kabel yang jatuh kerana dikhuatiri masih mengalirkan arus elektrik dan boleh menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/sesb-teruskan-usaha-untuk-baikpulih-bekalan-elektrik-selepas-banjir/feed/ 0 6743