eletrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Nov 2025 04:34:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png eletrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemain Industri Sokong Hala Tuju Jaminan Keselamatan Bekalan Tenaga Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/#respond Fri, 07 Nov 2025 04:34:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85161
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Pemain industri di Sabah telah menyatakan komitmen untuk memperkukuh strategi tenaga hijau selari dengan hala tuju kerajaan negeri dalam menjamin keselamatan bekalan tenaga dan memacu pembangunan perindustrian rendah karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KKIP Sdn Bhd, Datuk Lawrence G. Kimkuan berkata, pelan tenaga hijau KKIP merangkumi pemanfaatan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar sehingga 600MW, tenaga angin 200MW, dan tenaga laut 50MW.

” Model perindustrian hari ini menuntut kestabilan tenaga sebagai asas daya saing, Justeru kita akan menggabungkan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dengan gas asli bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan serta berdaya saing dalam jangka panjang katanya dalam satu temubual khas bersama Sabah Media.

Tambah beliau,  KKIP kini dalam perbincangan bersama Sabah Energy Corporation (SEC), Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Petronas bagi mendapatkan bekalan gas untuk pembinaan loji janakuasa bebas (IPP) baharu.

“Langkah ini penting untuk memastikan KKIP dapat menampung permintaan tenaga industri tanpa bergantung sepenuhnya kepada grid utama,” jelasnya.

Lawrence menegaskan bahawa pendekatan tenaga hijau tersebut seiring agenda negeri dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mengukuhkan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang mampan.

Setakat ini, KKIP telah menarik pelaburan berjumlah RM13 bilion melibatkan 346 pengilang, selain mencipta lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Antara pelabur utama termasuk SK Nexilis yang melabur RM4.2 bilion dalam pengeluaran bahan bateri kenderaan elektrik, serta SPH Kibing Solar Glass dengan pelaburan RM3.2 bilion, dan Curix dari Korea Selatan sebanyak RM300 juta,” katanya.

Kesan Ekonomi Langsung dan Rantaian Nilai

Aktiviti industri di KKIP menurut Lawrence, menyumbang RM90 juta hingga RM100 juta setahun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selain sekitar RM40 juta kutipan cukai oleh pihak berkuasa tempatan.

“Manfaatnya turut dirasai sektor logistik, perumahan, perkhidmatan, dan peruncitan. Ekosistem industri yang berkembang mewujudkan rantaian nilai ekonomi yang secara langsung menggerakkan pertumbuhan negeri,” katanya.

Untuk rekod, Sektor tenaga akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masa depan Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah dikurniakan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak dan berpotensi menawarkan prospek yang kukuh untuk menyumbang secara signifikan kepada transformasi negeri dan negara menuju ekonomi berimpak tinggi.

“Sektor tenaga telah menjadi enjin pertumbuhan yang kritikal bagi ekonomi Sabah selama beberapa dekad lepas, memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negeri.

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat sektor tenaga Sabah terus berkembang sambil memberikan kesan sosial yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2025 april lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/07/pemain-industri-sokong-hala-tuju-jaminan-keselamatan-bekalan-tenaga-sabah/feed/ 0 85161
Bekalan Eletrik Sabah Terus Meruncing https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/ https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/#respond Sat, 09 Nov 2024 10:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63498
Read Time:9 Minute, 35 Second

1.​Pada akhir bulan Oktober 2024, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah di jenamakan semula sebagai Sabah Electricity, dengan imej korporat yang baru. Penjenamaan ini telah di laksanakan selaras dengan komitmen SESB untuk meningkatkan mutu serta kecekapan perkhidmatan kepada pengguna.

2.​Secara am-nya, ramai melihat penjenamaan ini sebagai langkah permulaan kepada penyelesaian isu bekalan elektrik di Sabah. Namun begitu, ramai juga yang skeptikal dan melihat penjenamaan ini sebagai hanya perubahan kosmetik/ cosmetic change yang tidak akan menghasilkan banyak manfaat, seumpama menyalin kulit buku tetapi isinya tetap sama. 

3.​Pandangan sinis ini tidaklah mengejutkan, dan berpunca daripada hakikat bahawa isu bekalan elektrik di Sabah sudah berlanjutan untuk sekian lama, dari generasi ke generasi, tanpa penyelesaian yang meyakinkan. Rata-rata penduduk Sabah sudah lali dengan isu ini, dan sudah terhakis harapan serta kepercayaan terhadap agenda penyelesaian yang di janjikan. 

4.​Sabah Electricity merupakan organisasi tenaga ulung yang menjalankan aktiviti penjanaan, transmisi dan pengedaran (generation, transmission, distribution) elektrik untuk pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Ianya adalah organisasi tunggal yang bertanggungjawab untuk pembekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan WP Labuan.

5.​Fakta menarik: Pada tahun 1957, sejarah SESB bermula sebagai Lembaga Letrik Borneo Utara, dan Lembaga Letrik Sabah pada tahun 1963. Seterusnya, pada tahun 1998, SESB telah di swastakan. Kini, pemegang saham SESB/ Sabah Electricity adalah Tenaga Nasional Berhad (80%) dan Kerajaan Sabah (20%).

6.​Walaupun Sabah Electricity menggalas tanggungjawab besar ini, ianya tidak memiliki kuasa untuk menentukan kadar tarif elektrik yang di kenakan kepada pengguna dan juga kadar kos pembayaran pembelian elektrik kepadaPengeluar Tenaga Bebas/ Independent Power Producer (IPP). 

7.​Selama ini, kedua-dua kadar berkenaan di tentukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) di Putrajaya. Dan kini, sejak Januari 2024, kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah telah di pindahkan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah/ Energy Commission of Sabah (ECoS). Pemindahan kuasa ini adalah sebahagian daripada hasil persetujuan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

8.​Menurut Pengerusi Sabah Electricity, ketika ini, Sabah Electricity beroperasi di dalam kerugian sekitar 10 sen per kilowatt-jam (kWh). Secara purata, kadar tarif elektrik yang di kenakan kepada pengguna adalah 34.5 senper kWh. Manakala kos pembelian elektrik dari IPP adalah 43.8 sen per kWh. 

9.​Ini bermakna Sabah Electricity beroperasi di bawah model perniagaanyang tidak mampan untuk jangka masa panjang. Tiada organisasi di seluruh negara mahupun dunia yang boleh terus beroperasi di dalam kerugian tahun demi tahun, melainkan menerima bantuan kewangan dari pihak lain.

Kemampanan model perniagaan ini adalah isu fundamental bekalan elektrik di Sabah.

10.​Bagi menampung ‘kerugian’ berkenaan, Kerajaan Malaysia terpaksa menyediakan jumlah subsidi elektrik yang sangat besar kepada Sabah Electricity. Sebagai contoh. Subsidi elektrik tersebut berjumlah RM 862 juta(2022) dan RM 866 juta (2024).

11.​Semasa Persidangan Dewan Rakyat pada awal Julai 2024, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan bahawa jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Malaysia kepada Sabah Electricity untuk tempoh 7 tahun (2024 – 2030) adalah sebanyak RM3.54 billion. Ini merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT). 

Subsidi ini bukanlah automatik. Ianya perlu di mohon oleh Sabah Electricity dan tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

12.​Secara purata, jumlah indikatif subsidi daripada Kerajaan Malaysia kepada Sabah Electricity sepanjang tempoh masa 7 tahun tersebut adalah RM 506 juta setahun.

Berdasarkan model perniagaan sediada, adakah jumlah ini mencukupi untuk menampung ‘kerugian’ Sabah Electricity setiap tahun? Tidak!

13.​Malangnya, model perniagaan ini tidak dapat di elakkan kerana Sabah Electricity bergantung tinggi dan ‘terikat’ dengan IPP untuk pembekalan elektrik kepada pengguna. Menurut laman sesawang Sabah Electricity, terdapat 18 loji penjanaan elektrik di Sabah, di mana 9 di miliki oleh Sabah Electricitydan 9 lagi di miliki oleh IPP. Namun begitu, hanya 20% elektrik di hasilkan oleh Sabah Electricity dan majoriti 80% oleh IPP.

                                                                                   

Sumber: Laman sesawang SESB

14.​ Kos pembelian elektrik yang tinggi daripada IPP yang di tanggung oleh Sabah Electricity adalah satu isu legasi, di mana telah di persetujui di antara Suruhanjaya Tenaga dan IPP terbabit di Kuala Lumpur/ Putrajaya. Malah, Sabah Electricity tidak memiliki kuasa untuk mengubah kadar kos pembelian berkenaan.

Walaupun pahit untuk di telan, Sabah Electricity terpaksa menerima sahaja.

15.​Beberapa tahun dahulu, bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah mendedahkan bahawa perjanjian dengan IPP terawal adalah berat sebelah dan lebih menguntungkan IPP. Akibatnya, TNB telah terbeban dengan kos elektrik yang lebih mahal.

16.​Beliau menyatakan, ketika itu, TNB dapat menghasilkan elektrik padakadar 8 sen per kWh, dan boleh di sediakan kepada pengguna pada 17 sen per kWh. Sebaliknya, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen per kWh, iaitu hampir 190% lebih mahal daripada TNB.

17.​Maka, tidak mengejutkan IPP di Sabah turut mendapat sweet deal yang serupa ataupun lebih baik. Sudah pasti ini bukanlah satu situasi win-win untuk kedua-dua pihak Sabah Electricity dan IPP. Ianya lebih menjurus kepada situasi win-lose, di mana IPP senang-lenang ibarat ‘laughing all the way to the bank’, tetapi Sabah electricity pula nazak ibarat ‘begging to stay afloat’. 

Agaknya, ada mana-mana IPP yang merekodkan kerugian?

18.​Malah, perjanjian sweet deal yang memihak serta sangat menguntungkan IPP telah menimbulkan persepsi serta bisikan bahawa ada pihak di ‘corridor of power’ di peringkat nasional dan wilayah, yang bersekongkol untuk turut sama mengaut keuntungan dan memiliki kepentingan di dalam IPP secara proksi.

19.​IPP adalah cash-cow yang menjana keuntungan besar. Naturally, everyone wants a piece of the pie. Samada untuk kepentingan diri sendiri, mahupun kepentingan politik.

20.​Apa yang jelas, perjanjian yang di persetujui di Kuala Lumpur/ Putrajaya akhirnya telah merugikan Sabah Electricity, sehinggakan Sabah Electricity jatuh melutut. Dan rakyat Sabah yang sengsara!

21.​Lebih malang lagi, Kerajaan Malaysia terpaksa pula mengguna-pakai duit rakyat untuk menyediakan subsidi elektrik beratus juta Ringgit setahun bagi menampung kerugian Sabah Electricity. 

Dalam bahasa mudah, rakyat yang sengsara hidup sebenarnya membiayai kemewahan hidup pemilik IPP.    

22.​Model perniagaan sediada yang merugikan ini telah melemahkan kedudukan kewangan Sabah Electricity, sehinggakan mengekang keupayaan Sabah Electricity untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah. Salah satu isu utama yang memerlukan penyelesaian segera ialah margin rizab elektrik yang sangat rendah ketika ini, sekitar 4% sahaja. 

23.​Sebagai perbandingan, menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, margin rizab elektrik di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 28 – 36%.


24.​Margin rizab elektrik di perlukan sebagai ‘back-up’ bagi menampung keperluan bekalan elektrik apabila berlaku gangguan atau kerosakan di loji penjanaan elektrik. Situasi margin rizab elektrik yang rendah ini telah menjejaskan kestabilan bekalan elektrik di Sabah, dan menyusahkan kehidupanseharian penduduk Sabah.

25.​Sebagai contoh. Pada penghujung bulan Mac 2024, Sabah Electricity terpaksa melaksanakan catuan bekalan elektrik di Sabah akibat penutupan kecemasan di loji penjanaan elektrik milik IPP. Pelaksanaan catuan elektrik berkenaan melibat 15.5% pengguna (lebih 100,000 pengguna), merangkumi 14daerah di Sabah dan Labuan.

26.​Oleh kerana gangguan elektrik yang kerap, Sabah telah merekodkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem/ System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang tinggi, walaupun dengan trend menurun.

SAIDI mengukur purata tempoh gangguan bekalan elektrik yang di alami oleh pengguna dalam masa setahun.

Tahun2005201320222023Sasaran 2030
Sabah: SAIDI4,109 minit424 minit302 minit274 minit100 minit

27.​Sebaliknya, SAIDI yang di rekodkan di tempat lain adalah jauh lebih rendah berbanding Sabah:

▪ Semenanjung Malaysia: 46.1 minit (tahun 2023)

▪ Sarawak: 77.9 minit (tahun 2022) 

28.​Pengerusi Sabah Electricity telah memaklumkan bahawa sasaran ialah untuk meningkatkan margin rizab elektrik kepada 30% menjelang tahun 2030. Lonjakan dari 4% kepada 30% di dalam tempoh masa singkat 6 tahun sudah pasti memerlukan komitmen pelaburan yang sangat besar. 

29.​Namun begitu, kedudukan kewangan yang lemah menyukarkan Sabah Electricity untuk membuat pelaburan besar bagi mencapai sasaran margin rizab elektrik. Oleh yang demikian, Sabah Electricity terpaksa bergantung kepada pelaburan swasta untuk membina margin rizab elektrik tersebut.

30.​Berdasarkan pengalaman terdahulu, ini berpotensi tinggi akan memanjangkan/ perpetuate model perniagaan sediada yang menguntungkan IPP tetapi merugikan Sabah Electricity. Dan akan terus memenjara Sabah Electricity di dalam satu kitaran yang menjahanamkan. 

31.​Malah, kedudukan kewangan terkini Sabah Electricity adalah sangat kritikal dan mengalami defisit aliran tunai, menyebabkan tidak mampu membuat pembayaran kepada IPP. Oleh itu, beberapa hari lepas, Pengerusi Sabah Electricity telah memberi amaran bahawa Sabah mungkin mengalami black-out menyeluruh pada awal tahun 2025, sekiranya bantuan subsidi tidak di sediakan secukupnya kepada Sabah Electricity.

32.​Susulan amaran tersebut, Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) cawangan Sabah telah menyuarakan kebimbangan kesan negatif kepada perniagaan dan potensi pelaburan di Sabah, akibat gangguan bekalan elektrik. MICCI telah mengesa bantuan segera dari Kerajaan Malaysia untuk mengelakkan blackout daripada berlaku.

33.​Kerajaan Sabah hanya memiliki pegangan minoriti (20%) di dalam Sabah Electricity. Pemegang saham majoriti (80%) adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), menjadikan Sabah Electricity sebagai sebuah anak syarikat TNB. 

Dan TNB merupakan sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Company (GLC) milik Kerajaan Malaysia.

34.​Secara keseluruhan, Sabah Electricity di terajui dan di uruskan oleh TNB, tanpa banyak penglibatan Kerajaan Sabah. Malah, sejak di tubuhkan pada tahun 1998, hanya pada Jun 2023 seorang anak watan Sabah di lantik sebagai Pengerusi Sabah Electricity.

35.​Oleh yang demikian, sebagai pemilik dan pengurus Sabah Electricity, TNB dan Kerajaan Malaysia sewajarnya menggandakan usaha untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah. Lebih-lebih lagi, isu legasi berkaitan sweet dealIPP berpunca dari Kuala Lumpur/ Putrajaya.

36.​The saga continues..


]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/feed/ 0 63498
Tiada lagi subsidi untuk golongan kaya untuk penggunaan eletrik dan Haji https://sabahmedia.com/2023/05/22/tiada-lagi-subsidi-untuk-golongan-kaya-untuk-penggunaan-eletrik-dan-haji/ https://sabahmedia.com/2023/05/22/tiada-lagi-subsidi-untuk-golongan-kaya-untuk-penggunaan-eletrik-dan-haji/#respond Mon, 22 May 2023 06:49:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35744
Read Time:1 Minute, 4 Second

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji

Sehubungan itu, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua, di mana kita tidak naikkan kadar elektrik kecuali kepada golongan T20 sahaja yang melibatkan rumah-rumah besar.

“Hal demikian serupa dengan bantuan kewangan haji, T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan, mereka akan belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dikalangan yang mampu.

“Walau bagaimanapun, bagi kumpulan B40 kita masih tambah,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada hari pertama Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketia menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang bertanyakan tentang dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang yang meminta kerajaan menjelaskan mengenai kekeliruan beberapa dasar kerajaan, Perdana Menteri menegaskan dasar kerajaan ketika ini sangat jelas.

“Kalau dasar kita celaru pertumbuhan negara tidak akan mengatasi Indonesia, Vietnam dan China.

“Kalau dasar celaru tidak mungkin pelaburan datang dan pelaburan ini pelaburan yang serius,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/22/tiada-lagi-subsidi-untuk-golongan-kaya-untuk-penggunaan-eletrik-dan-haji/feed/ 0 35744