ellron angin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Jan 2022 12:44:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ellron angin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga KBS Sabah Perlu Sedia Laksana Agenda, Program Dirangka Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/#respond Sun, 09 Jan 2022 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10905
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah perlu bersedia untuk meneruskan pelaksanaan agenda, program dan aktiviti utama yang dirangka oleh kerajaan.

Menterinya, Datuk Ellron Angin berkata, semua yang dirancang tetap diteruskan dengan berpandukan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Katanya, ia adalah bagi memastikan kestabilan ekonomi, kelangsungan perniagaan, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat.

“Kita juga masih belum menang dan harus sentiasa berwaspada menghadapi sebarang perubahan SOP yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya juga mengingatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat yang lebih fokus dan sempurna.

“Selain itu, membudayakan norma-norma baharu sepanjang masa dengan konsep kita jaga kita, ‘stay at home’, serta Kawalan Kendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan Sabah, disini kelmarin.

Ellron berkata, kesemua itu penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan atau peningkatan kes COVID-19 lebih-lebih lagi dengan virus baru iaitu Omicron dalam kalangan warga Kementerian ini.

Sementara itu, Ellron berkata, dalam konteks organisasi, semestinya sebuah organisasi cemerlang sudah tentu kakitangannya turut mempunyai prestasi cemerlang dan berkualiti.

“Aspek-aspek seperti pengetahuan, kemahiran/skill, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran yang dimiliki oleh kakitangan merupakan nilai aset yang tidak ternilai.

“Semuanya diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap Kelas Pertama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/warga-kbs-sabah-perlu-sedia-laksana-agenda-program-dirangka-kerajaan/feed/ 0 10905
DUN Sabah : KBS Tubuh Pusat Sains Sukan Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kbs-tubuh-pusat-sains-sukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kbs-tubuh-pusat-sains-sukan-sabah/#respond Wed, 08 Dec 2021 09:36:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9560
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Sains Sukan (PSS) Sabah bagi membolehkan teknologi dan elemen-elemen Sains Sukan dapat diaplikasikan secara menyeluruh.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pusat ini akan bekerjasama dan menjadikan Institut Sukan Negara Malaysia dan Fakulti Sains Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku pakar rujuk kepada perkhidmatan dan penyediaan kemudahan Sains Sukan yang akan diberikan.

Katanya, PSS Sabah ini diilhamkan setelah Pusat Satelit, Institut Sukan Negara Cawangan Sabah ditutup sepenuhnya pada 1 Januari 2019.

“KBS melalui Majlis Sukan Negeri Sabah telah menyerap beberapa pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan, Fisiologi Senam dan Suaian Fizikal untuk membantu program pembangunan sukan Negeri Sabah.

“PSS Sabah ini akan menyediakan kelengkapan Penilaian Prestasi atlet secara Spesifik untuk menilai tahap prestasi semasa atlet yang meliputi semua aspek Sains Sukan.

“Pusat ini dalam rangka menyediakan Mini Lab Sains Sukan, iaitu menyediakan kemudahan dengan Teknologi terkini bagi mengukur dan menilai prestasi semasa atlet seperti Komposisi Badan, kadar jumlah Oksigen dalam badan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Ellron berkata, pusat ini juga akan membangunkan Gym Sukan Prestasi Tinggi dengan menyediakan peralatan latihan Gym yang lengkap dan lebih spesifik untuk membantu sesi latihan dan meningkatkan prestasi atlet ke tahap maksima.

Katanya, untuk tujuan tersebut, pada suku terakhir tahun 2021, KBS Sabah telah memperuntukan RM 267,350.00 untuk pembelian peralatan penilaian Sains Sukan.

“Manakala bagi tahun 2022, Majlis Sukan Negeri Sabah mencadangkan peruntukan sebanyak RM 500,000 untuk pusat Sains Sukan Sabah ini.

“Oleh yang demikian, peruntukan tambahan sebanyak RM1,000,000 diperlukan bagi membangunkan Mini Lab dan High Performanace Gym, ini adalah untuk menyediakan kemudahan yang minima serta melaksana program High Talent Identification demi pembangunan sukan Negeri Sabah dan melahirkan atlet yang berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pusat ini kelak boleh menyediakan kelengkapan dan teknologi sains sukan kepada atlet negeri Sabah termasuk atlet Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, di antara perkhidmatan yang tersedia meliputi Perkhidmatan Psikologi Sukan, Pemakanan Sukan, Suaian Fizikal, Fisiologi Senam, Penilaian Sukan Spesifik, Kecederaan dan Pemulihan serta Program Perkhidmatan Perancangan dan Pemantauan Jurulatih dan Atlet.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kbs-tubuh-pusat-sains-sukan-sabah/feed/ 0 9560
Usul Belia Sabah Dikemukan Dalam Pembentangan Bajet 2022 https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/#respond Thu, 25 Nov 2021 10:20:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8871
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Usul yang diterima daripada belia Sabah akan dikemukakan ke peringkat kementerian melalui pembentangan bajet 2022 pada 3 Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, suara akar umbi belia daripada wakil enam bahagian di peringkat negeri meliputi idea pembangunan sukan serta solusi penyelesaian isu di kawasan mereka tidak dipandang remeh.

“Antara yang diutarakan adalah penetapan had umur golongan belia negeri dikekalkan dari 15 ke 35 tahun sehingga penilaian menyeluruh dibuat dan pemerkasaan e-sukan di peringkat negeri.

“Selain itu, para belia juga berharap agar jalan-jalan di kawasan kampung dapat dinaik taraf bagi memudahkan perhubungan antara kawasan,” ujarnya dalam Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah 2021 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis. 

Tambah beliau, diharapkan pihak kementerian mahupun kerajaan mendengar, seterusnya mengambil tindakan terhadap usul-usul yang bakal disampaikan nanti. 

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandi, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusuf, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Mansur Asun dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Apui Jan./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/usul-belia-sabah-dikemukan-dalam-pembentangan-bajet-2022/feed/ 0 8871