KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah meletakkan sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya lima lagi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung hari ini.
Sebanyak tujuh peluang pingat emas menjadi sandaran kontinjen itu menerusi sukan karate-do, memanah dan pelayaran.
Bagaimanapun, dua dari pingat emas itu telah berjaya diraih semalam menerusi acara pelayaran.
Karate-do menjadi penyumbang prospek emas terbesar apabila empat atlet Sabah berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).
Antara atlet yang menjadi harapan ialah Mohamad Hazni Henry dalam acara individu kata, manakala tiga lagi atlet iaitu Ivy Olivera Donny, Adeola Fay Robert dan Nur Radhifah Fathiah Razmi akan beraksi dalam kategori masing-masing bagi memburu kilauan emas.
Selain itu, skuad memanah Sabah turut berpeluang menambah koleksi emas menerusi acara Recurve Elimination Round Berpasukan yang berlangsung di Stadium INSPEN, Bangi.
Pasukan yang dibarisi Aedan Chaw Zheng Zhe, Evan Rich Chong Qi Wei, Quik Chern Xin dan Aedan Chaw Zheng Zhe dijadualkan beraksi pada sebelah petang dan berpotensi menghadiahkan satu lagi pingat emas buat Sabah sekiranya mara ke peringkat akhir.
Sementara itu, sukan tinju turut berpeluang menyumbang pingat menerusi dua petinju yang berjaya melangkah ke peringkat akhir di Dewan Tuan Abdullah Mohamad Salleh.
Arthur Ayyavu Annaraj akan beraksi dalam kategori Featherweight 54 hingga 57 kilogram lelaki, manakala Abraam Doozafil Rycarl Kunon bakal turun dalam kategori Light Welterweight 60 hingga 63.5 kilogram lelaki.
Bagaimanapun, kedua-dua petinju Sabah dijamin sekurang-kurangnya pingat perak selepas berjaya mara ke final dan hanya selangkah lagi untuk menukar warna pingat kepada emas.
Secara keseluruhan, sebanyak 63 pingat emas, 63 perak dan 80 gangsa dipertandingkan pada hari ini, dengan Sabah berharap dapat menutup kempen kali ini dengan pencapaian cemerlang serta memperkukuhkan kedudukan dalam carta pungutan pingat keseluruhan. – SABAH MEDIA
]]>TAWAU: The High Court here has granted an ad-interim injunction in favour of AuMas Resources Berhad and its wholly owned subsidiary, Wullersdorf Resources Sdn Bhd, in their ongoing legal action against Datuk Lo Fui Ming and Southsea Gold Sdn Bhd.
The decision was made during a virtual hearing of the case today.
In a press statement issued by AuMas, today’s hearing was for the inter partes injunction, but the defendants did not file their affidavits in response to the company’s (AuMas) application.
Despite this, the court proceeded to grant an ad-interim injunction, thereby extending the earlier ex parte injunction granted on May 29, 2025. This interim order shall remain in effect until the disposal of the full inter partes hearing.
The court has fixed the next mention date on June 18. At the next mention, the court is expected to issue directions for the filing of affidavits and the scheduling of the inter partes hearing.
According to the statement, AuMas will continue to take all necessary legal measures to protect its rights and to ensure the safety and environmental compliance of its mining operations.
“Further updates will be provided as the matter progresses,” said the statement.
]]>TAWAU, – Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau hari ini membenarkan injunksi kedua kepada AuMas Resources Berhad bagi menghalang sebarang cubaan menggugat kerja-kerja pemulihan di fasiliti penyimpanan sisa perlombongan (Tailings Storage Facility – TSF) yang diuruskan oleh anak syarikatnya, Wullersdorf Resources Sdn Bhd.
Perintah injunksi itu melarang Datuk Lo Fui Ming dan syarikat Southsea Gold Sdn Bhd termasuk pengarah, pegawai, pekerja atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak mereka daripada menghalang atau mengganggu kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian sistem saliran di sekeliling tapak TSF berkenaan.
Permohonan injunksi ini dibuat susulan insiden pada 17 Mei lalu apabila Datuk Lo Fui Ming, selaku Pengarah Southsea Gold, bersama beberapa kakitangan syarikat tersebut didakwa menceroboh kawasan TSF dengan membawa masuk jentera berat, menyekat saluran air dan membina terusan baharu yang mengubah aliran air ke dalam tapak berkenaan.
Tindakan itu telah menjejaskan integriti struktur TSF yang penting bagi operasi perlombongan dan pemprosesan emas syarikat kata Syarikat Perlombongan emas itu di dalam satu kenyataan disini , hari ini.
Tambah Syarikat itu lagi, Meskipun AuMas bertindak segera menjalankan kerja-kerja kecemasan untuk membaiki dan menstabilkan benteng TSF, usaha tersebut telah disabotaj dan dibatalkan oleh pihak terbabit, sekali gus menghalang kerja-kerja pemulihan lanjut.
Perbuatan ini juga melanggar arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang telah dimaklumkan mengenai gangguan tersebut.
Dengan kelulusan injunksi kedua ini, AuMas kini diberi kuasa undang-undang untuk meneruskan kerja-kerja pembaikan dan keselamatan di tapak TSF tanpa halangan. Semua aktiviti pemulihan ini dijalankan mengikut panduan JMG dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD).
Lembaga Pengarah AuMas dalam kenyataannya menegaskan komitmen syarikat untuk mematuhi standard tertinggi dari segi pematuhan alam sekitar, keselamatan dan integriti operasi.
Langkah-langkah undang-undang akan terus diambil bagi melindungi aset dan kelangsungan operasi perlombongan syarikat katanya
]]>TAWAU: Mahkamah di sini telah membenarkan seorang ahli perniagaan mendapatkan Perintah Mahkamah menuntut penjualan saham milik Datuk Lo Fui Ming menerusi lelongan awam bagi menyelesaikan hutang tertunggak.
Pemberitahuan rasmi telah disampaikan kepada Lo melalui iklan dalam akhbar bertarikh 29 Mei 2025 dengan memberi tempoh 21 hari untuk beliau mengemukakan ‘affidavit in opposition’ di Mahkamah Tawau.
Sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, mahkamah akan membuat perintah selanjutnya mengikut undang-undang.
Terdahulu, Mahkamah telah mengeluarkan keputusan ringkas (summary judgment) pada 18 Ogos 2024 bahawa Lo berhutang kepada plaintif sebanyak RM5 juta, berserta dengan faedah sebanyak RM130,137 dan kos guaman sebanyak RM10,000.
Pada tahun ini, seorang ahli perniagaan, Tan Su Haw, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau untuk menuntut penjualan saham milik Lo bagi menyelesaikan hutang yang belum dilunaskan.
Menerusi saman itu, plaintif (Tan) menamakan Lo sebagai defendan pertama dan Southsea Gold Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Pihak plaintif menuntut Lo dan defendan kedua untuk Perintah bahawa, antara lain, 750,000 ‘ordinary shares’ (saham biasa) dalam syarikat Southsea Gold Sdn Bhd atas nama Lo (Charged Securities) dijual melalui lelongan awam untuk memenuhi (atau sebahagiannya memenuhi) hutang penghakiman tertunggak.
Dalam notis mahkamah yang disiarkan hari ini, Mahkamah telah mengarahkan penyampaian saman terhadap Datuk Lo dibuat melalui iklan, dan memberi tempoh 21 hari dari tarikh penerbitan kepada defendan untuk memfailkan afidavit bantahan, sekiranya ingin membela diri terhadap tindakan itu.
Sekiranya gagal berbuat demikian, perintah pelaksanaan boleh dikeluarkan tanpa kehadiran atau pembelaan lanjut daripada pihak defendan.
]]>Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg), sebentar tadi.
Bonnie merangkul emas dengan angkatan terbaiknya 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.
Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Tokyo International Forum, mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.
Tempat kedua milik atlet dari Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191 kg manakala gangsa dimenangi Micky Yule, Great Britain, 182 kg.
Sebelum ini, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg di kejohanan Piala Dunia Para Powerlifting Fazza Ke-11 di Dubai, Jun lalu. – BH
]]>Cyberjaya : Tempoh rehat sehari semalam digunakan sepenuhnya Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom untuk menambah tenaga dalam misi memburu pingat emas acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Selepas ‘mengorbankan’ perlumbaan pecut bagi menyimpan tenaga, Azizulhasni berkata rehat sehari itu digunakan untuk mengambil lebih banyak nutrisi, melakukan regangan serta mencatur strategi sebelum memulakan misi memburu pingat keirin hari ini katanya seperti yang dilaporkan portal Utusan hari ini.
“Kami top up nutrisi, kena makan cukup, buat regangan dan banyak rehat kerana kami sudah menempuh dua hari perlumbaan yang hebat (pecut). Ia bagus walaupun penat tapi kami seperti membuka enjin untuk keirin dan saya pun tidaklah terlalu penat.
“Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila sudah berada di tempat pertandingan, saya bersedia untuk menang emas.
“Saya lihat peluang bawa pulang emas tinggi, apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama,” katanya.
Saingan tampak terbuka, malah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland yang memenangi kedudukan 1-2 dalam pecut semalam mampu menjadi pencabar sekali lagi.
Shah Firdaus akan beraksi pada saringan kedua bersama Matthew Richardson (Australia), Hugo Barrette (Kanada), Jack Carlin (Jerman) dan Sergey Ponomaryov (Kazakhstan).
Azizulhasni pula berenap di serangan ketiga bersama Sebastien Vigier (Perancis), Stefan Boetticher (Jerman), Patryk Rajkowski (Poland), Jean Spies (Afrika Selatan) serta Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago.
Dua pelumba terbaik di peringkat saringan akan layak secara automatik ke suku akhir esok manakala yang kalah perlu melalui repechage untuk menempatkan diri dalam kalangan 18 pelumba terbaik.
]]>KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas Tuawam Buanin, 87, dengan berani hadir ke pusat inokulasi hari ini dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa tidak ada yang perlu ditakutkan mengenai vaksin Covid-19.
Tuawam yang berasal dari Kampung Tagumamal, Kudat, kini tinggal di Kampung Lotong, Matunggong, di sini, adalah salah satu penerima vaksin paling tua, hari ini.
Kehadirannya menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang turut hadir menjayakan Program ‘Outreach’ di Pusat Inokulasi Klinik Kesihatan Lotong, Matunggong.
“Ini adalah perhentian pertama untuk Program Outreach yang berlangsung selama tiga hari di sini (Matunggong), perhentian seterusnya adalah Naradang dan Teringai, tetapi ada juga inokulasi Covid-19 yang sedang berlangsung di pejabat daerah.
“Di sini ada tindak balas yang baik, bukan hanya dari para belia, tetapi juga orang-orang tua, sama seperti rakan kita, Tuawam, yang datang ke sini lebih awal untuk mendapatkan suntikannya,” kata Maximus ketika merakamkan gambar kenangan bersama dengan warga emas tersebut dan Adun Matunggong, Datuk Julita Majungki.
“Kira-kira 45,000 penduduk di Matunggong, iaitu 20 peratus atau lebih dari 10,000 telah mendaftar untuk program vaksinasi nasional.
“Dari jumlah itu, sekurang-kurangnya 1,862 telah menerima dos pertama, sementara 1,052 daripadanya telah menyelesaikan kedua-dua dos tersebut,” katanya.
Maximus menyatakan bahawa walaupun sambutannya luar biasa, tetapi bekalan vaksin adalah menjadi masalah.
“Para doktor dan jururawat mengatakan bahawa mereka boleh melakukan lebih dari 200 suntikan sehari, tetapi bekalan vaksin sangat penting dan inilah cabaran yang mereka hadapi,” tegasnya.
Maximus juga menjelaskan bahawa pihak berkuasa telah dimaklumkan di Putrajaya dan beliau berharap kekangan itu dapat diselesaikan dengan cepat kerana bekalan vaksin nasional telah meningkat secara drastik dan pembahagian vaksin harus diberi keutamaan kepada penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak.
]]>KENINGAU: “Saya tidak takut kena suntik vaksin,” begitu kata-kata semangat seorang warga emas yang berusia 100 tahun antara penerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kecil Sook dekat sini pada Isnin. (21 Jun 2021).
Kuyinin Balansing berasal dari Kg Kabatang Baru, Tulid kira-kira 16km dari PPV Sook, ditemani oleh anak perempuannya Mihim Jiun, 61, semasa menerima suntikan vaksin tersebut.
Mihim berkata, ibunya tidak takut menerima vaksin Covid-19 kerana dia sudah dimaklumkan oleh anak-anaknya bahawa vaksin ini baik untuk kesihatan dan melindungi diri dari penyakit berjangkit yang merbahaya seperti Covid-19.
“Mama saya sempat lagi memberitahu kawan-kawannya supaya mengambil suntikan vaksin, mama saya cakap walaupun dia sudah tua umur 100 tahun tapi tidak takut untuk terima vaksin.
“Mama saya dalam keadaan yang baik sebaik sahaja menerima suntikan vaksin malah hari ini beliau sudah turun ke kebun,” ujar Mihim semasa ditemubual oleh pemberita Sabah Media hari ini.
Menurut Mihim, ibunya Kuyinin yang lahir pada 5 Jun 1921, mempunyai lapan orang anak, hanya memakan makanan yang direbus dan dipanggang serta banyak memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri adalah rahsia kesihatan ibunya sampai ke usia itu.
Manakala suami Kuyinin telah lama meninggal dunia sejak anak-anaknya kecil lagi.
Selepas sahaja Kuyinin menerima suntikan vaksin, ramai penduduk yang tinggal di kejiranan yang sama tampil dan mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Dalam hal berkaitan, petugas kesihatan di PPV Sook merekodkan seramai 78 penduduk dari kawasan Sook sehingga ke Kg Mongorimot, Mansiat yang terletak 120km dari Daerah Keningau hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mereka pada hari tersebut.
]]>