Empangan Babagon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Feb 2026 09:25:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Empangan Babagon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah cipta sejarah, solar terapung pertama dilancar di Empangan Babagon https://sabahmedia.com/2026/02/11/sabah-cipta-sejarah-solar-terapung-pertama-dilancar-di-empangan-babagon/ https://sabahmedia.com/2026/02/11/sabah-cipta-sejarah-solar-terapung-pertama-dilancar-di-empangan-babagon/#respond Wed, 11 Feb 2026 06:34:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91428
Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG : Sabah melakar sejarah dalam sektor tenaga boleh diperbaharui apabila projek solar terapung pertama di negeri ini dengan kapasiti 13.21 MegaWatt (MW) dilancarkan di Empangan Babagon di sini.

Projek seliaan Syarikat konsesi air Jetama Sdn Bhd itu mempunyai keluasan permukaan air seluas 220 ekar yang merupakan pertama dilaksanakan di atas badan air empangan di negeri ini, dan yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi konsep ‘floating solar on potable water’

Masidi ketika melihat replika solar terapung pada majlis itu

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain projek di Empangan Babagon, projek solar berkapasiti 15MW di Batu Sapi, Sandakan juga dijangka mampu menstabilkan bekalan elektrik khususnya di kawasan Pantai Timur.

“Jika digabungkan kedua-dua projek ini, ianya dijangka akan menjana keseluruhan 28.2MW tenaga elektrik baharu sekali gus membantu menstabilkan bekalan elektrik di Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur yang sering berdepan isu penjanaan kuasa,” katanya.

Masidi Manjun

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan dua projek utama Jetama dalam sektor tenaga boleh baharu di Empangan Babagon di sini pada Rabu.

Hadir sama Pembantu Menteri Kewangan Datuk Sr. Mohd Ishak Datuk Ayub dan Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Datuk Ahmad Naim Uddang.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif solar terapung di Empangan Babagon itu merupakan percubaan sulung di negeri ini dan menjadi projek perintis yang membuka laluan kepada lebih banyak pelaburan tenaga hijau pada masa hadapan.

“Walaupun kapasiti 13.21MW ini dianggap kecil dari sudut perniagaan, ia sangat penting sebagai langkah permulaan.

Replika solar terapung yang ditarik selepas upacara gimik pelancaran

“Kejayaan projek ini amat bergantung kepada pengurusan dan tadbir urus yang baik kerana kos pembangunannya tinggi dan cabaran keuntungan adalah nyata,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Masidi berkata, syarikat tenaga milik kerajaan perlu ditransformasikan dan diurus sepenuhnya mengikut prinsip pengurusan korporat sebenar, bukan lagi bergantung kepada pendekatan pentadbiran sektor awam semata-mata.

Katanya, kejayaan syarikat tenaga kini banyak bergantung kepada kecekapan pengurusan, tadbir urus yang baik serta keupayaan menjana keuntungan secara mampan.

“Dalam kerajaan, apabila dana tidak mencukupi, peruntukan tambahan boleh dipohon. Tetapi dalam syarikat, jika gagal menjana pendapatan dan menanggung kos tetap, syarikat boleh ditutup,” katanya.

Kedua-dua projek dijangka siap penghujung bulan November 2026. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/11/sabah-cipta-sejarah-solar-terapung-pertama-dilancar-di-empangan-babagon/feed/ 0 91428
Empangan Babagon bakal jadi lokasi Pemerhatian Burung Raptor https://sabahmedia.com/2023/10/13/empangan-babagon-bakal-jadi-lokasi-pemerhatian-burung-raptor/ https://sabahmedia.com/2023/10/13/empangan-babagon-bakal-jadi-lokasi-pemerhatian-burung-raptor/#respond Fri, 13 Oct 2023 01:54:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43530
Read Time:2 Minute, 19 Second

PENAMPANG: Seramai 35 peminat burung telah berkumpul di perkarangan Empangan Babagon bagi menyertai Bengkel Burung Helang Sabah: Kemahiran Pengenalan dan Pengamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Pemerhati Burung Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tourism Malaysia dan Jetama Sdn Bhd.

Peserta ‘Raptors Workshop’ anjuran SBWA & penganjur. – Foto ihsan SBWA

Bengkel selama dua hari bermula 10 hingga 11 Oktober 2023 itu diadakan di UMS.

Pengerusi Kumpulan Unggas, Persatuan Pencinta Alam Singapura, Tan Gim Cheong berkata, bengkel berkenaan merupakan platform terbaik kepada peminat aktiviti memerhati burung untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tingkah laku burung helang, terutamanya jenis migrasi semasa Migrasi Musim Sejuk Utara.

Ron Pudin (kiri) bersama Tan Gim Cheong.- Foto ihsan SBWA
Peserta berpeluang melihat burung Osprey, antara burung hijrah yang terdapat di Empangan Babagon.Foto ihsan SBWA

“Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis spesies burung helang di sekitar Empangan Babagon yang memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem setempat.

“Empangan Babagon menjadi kawasan penting bagi helang-helang di sini dan tidak mustahil menjadi tempat persinggahan bagi helang migrasi dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Crested serpent eagleFoto ihsan SBWA
Crested goshawksFoto ihsan SBWA

Gim Cheong yang juga salah seorang pakar corak migrasi burung helang di seluruh dunia berharap Persatuan Pemerhati Burung Sabah dapat berkerjasama dengan Jetama Sdn Bhd membuat pemerhatian migrasi burung helang dari luar negara secara berkala.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemerhati Burung Sabah, Ron Pudin, melahirkan rasa kagumnya terhadap keindahan Empangan Babagon.

“Sebagai perbandingan, pengalaman menyusuri empangan ini seperti berada di Sungai Kinabatangan.

“Kita selalu diberikan gambaran bahawa empangan akan merosakkan alam semula jadi, tetapi Empangan Babagon menunjukkan sebaliknya.

“Penemuan burung Pekaka Bukit juga memberi penunjuk bahawa kualiti air di sini adalah bersih.

“Ekosistem mengadaptasi perubahan dan ia kini ia menjadi tempat perlindungan penting bagi burung-burung di sini,” jelasnya.

Peserta siap sedia untuk membuat aktiviti River Cruise & Bird Watching sekitar empangan.- Foto ihsan SBWA

Sejajar dengan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, Pengurus Besar Bahagian Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), Jetama Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, Jetama sentiasa komited menjaga kawasan empangan berkenaan.

“Kami di Jetama memberi tumpuan kepada inisiatif kelestarian hijau selaras dengan “Halatuju Sabah Maju Jaya” dan berharap akan wujud lebih banyak kerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta pada masa hadapan.

“Program yang dilaksanakan hari ini merupakan komitmen pihak syarikat untuk memelihara alam sekitar dan mempromosikan pelancongan lestari di Sabah.

“Sekali gus membuktikan pembinaan empangan tidak menjejaskan persekitaran semulajadinya, bahkan boleh menjadi eko-sistem yang berkembang dengan baik sekiranya ditadbir urus dengan mengutamakan kelestarian hijau,“ kongsinya.

Empangan Babagon siap dibina pada tahun 1997, merupakan empangan terbesar di negeri Sabah dengan ketinggian 70 meter mampu menakung sehingga 23,780 juta liter air pada satu-satu masa daripada jumlah yang mengalir melalui Sungai Babagon ke Sungai Moyog.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/13/empangan-babagon-bakal-jadi-lokasi-pemerhatian-burung-raptor/feed/ 0 43530