Empat buah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jun 2023 09:46:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Empat buah rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat buah rumah, satu kenderaan musnah dalam kebakaran https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/#respond Wed, 21 Jun 2023 09:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36809
Read Time:40 Second

KUALA PENYU: Empat buah rumah termasuk sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Saga-Saga, Kampung Pimping dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 petang tadi (21 Jun) mengenai kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kuala Penyu dan BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasj kejadian mendapati empat buah rumah telah terbakar 100 peratus. Turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi pemadaman menggunakan tiga aliran 200 kaki lima pancutan sumber air dari jentera. Operasi terkawal pada jam 3.20 petang dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/21/empat-buah-rumah-satu-kenderaan-musnah-dalam-kebakaran/feed/ 0 36809