Empat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 11 Apr 2024 02:59:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Empat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jambatan roboh, empat cedera ringan https://sabahmedia.com/2024/04/11/jambatan-roboh-empat-cedera-ringan/ https://sabahmedia.com/2024/04/11/jambatan-roboh-empat-cedera-ringan/#respond Thu, 11 Apr 2024 02:54:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52454
Read Time:41 Second

SEMPORNA: Empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan apabila jambatan yang dilalui roboh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bangau Bangau di sini malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 8.03 malam tadi.

“Sepasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian jambatan roboh.

“Jambatan simen sepanjang 300 meter itu roboh mengakibatkan sebuah rumah turut mengalami kerosakan 80 peratus dan sebuah motosikal jatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat empat orang mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan terlibat.

“Dua orang mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam manakala dua orang lagi mangsa hanya cedera ringan dirawat oleh pasukan EMRS dan menolak untuk dihantar ke hospital,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/11/jambatan-roboh-empat-cedera-ringan/feed/ 0 52454
Rasuah ‘Lesen Terbang’: Empat anggota penguat kuasa ditahan https://sabahmedia.com/2023/11/20/rasuah-lesen-terbang-empat-anggota-penguat-kuasa-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/11/20/rasuah-lesen-terbang-empat-anggota-penguat-kuasa-ditahan/#respond Mon, 20 Nov 2023 12:31:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45489
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan empat anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada ejen-ejen dan calon-calon yang mengambil lesen memandu.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

“Modus Operandi (MO) yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada “orang tengah” antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata, kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah jam 9 pagi esok.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/20/rasuah-lesen-terbang-empat-anggota-penguat-kuasa-ditahan/feed/ 0 45489