Empat suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Sep 2023 02:58:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Empat suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat suspek lelaki berjaya ditahan terlibat kes bunuh https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/#respond Mon, 04 Sep 2023 02:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41229
Read Time:1 Minute, 44 Second

KENINGAU: Polis berjaya menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pekerja ladang sawit dalam kejadian di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada 29 Ogos 2023 jam lebih kurang 9.50 malam, pihak polis IPD Keningau telah menerima satu laporan berkaitan satu kejadian kes kematian dari orang awam yang melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Hasil siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 27 Ogos 2023 jam lebih kurang 4 petang, seorang lelaki tempatan yang bertugas untuk meronda di kawasan kebun di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau telah melihat mangsa terbaring di dalam rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas.

“Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pada 28 Ogos 2023, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak yang mana terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa.

“Punca awal pergaduhan ini disebabkan oleh kesemua empat suspek ini menuduh anak lelaki mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan. Berlaku cabar mencabar diantara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa,” kata Yampil ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Yampil, susulan dari maklumat, dua perempuan dan seorang lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut untuk mengesan empat orang suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau telah berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap kesemua empat lelaki warganegara Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 37 tahun pada 2 September 2023 diantara jam 8 pagi dan 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya Keningau dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong – Tenom.

“Kesemua suspek direman sehingga 7 September 2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Yampil turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan masyarakat yang telah membantu sehingga tertangkapnya kesemua suspek.

“Pihak polis juga menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut di media sosial yang akan menjejaskan siasatan pihak polis,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/feed/ 0 41229
Empat suspek pencuri kabel syarikat telekomunikasi diberkas https://sabahmedia.com/2023/04/16/empat-suspek-pencuri-kabel-syarikat-telekomunikasi-diberkas/ https://sabahmedia.com/2023/04/16/empat-suspek-pencuri-kabel-syarikat-telekomunikasi-diberkas/#respond Sat, 15 Apr 2023 22:54:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32834
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas empat suspek di dua lokasi berasingan dipercayai terlibat dalam kes mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar Daerah Kota Kinabalu dengan anggaran kerugian bernilai RM51,500.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis daripada sebuah syarikat telekomunikasi di Daerah Kota Kinabalu iaitu pada 13 Apri dan 14 April 2023 yang menyatakan berkenaan kecurian kabel milik syarikat terbabit bertempat di Jalan Kebajikan, Kota Kinabalu dan di Jalan Rampayan Menggatal dengan anggaran kerugian keseluruhan lebih kurang RM51,500.

Kejadian berasingan tersebut disiasat di
bawah Seksyen 431a dan 379 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi berkata, hasil daripada maklumat yang diperolehi, pada 14 April jam lebih kurang 5 pagi, bertempat di tepi jalan kawasan penempatan Telipok, Menggatal, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah melancarkan beberapa siri serbuan.

“Dalam serbuan itu polis berjaya menangkap dua lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 30’an, yang dipercayai pencuri kabel dan telah merampas barang kes dalam simpanan suspek berupa kabel silver serta tembaga yang telah dibakar untuk tujuan dijual bagi mendapatkan wang.

“Hasil pengakuan dan pendedahan kedua-dua suspek telah membawa pihak polis ke tempat pembeli hasil kabel curi tersebut bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan penempatan Telipok iaitu tempat mereka menjual hasil
kabel / tembaga yang dicuri,” katanya dalam satu kenyatan media semalam.

Menurut Mohd Zaidi, pihak polis kemudiannya bertindak menangkap seorang lelaki warganegara Filipina yang merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Pada 14 April 2023 lebih kurang jam 1200 tengahari, bertempat di kawasan semak berhampiran Jalan Kebajikan, Kota Kinabalu, pihak polis sekali lagi telah berjaya menangkap seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes curi kabel yang merupakan warganegara Filipina, manakala seorang lagi rakan sejenayahnya telah berjaya melarikan diri.

“Turut dirampas barang kes yang terlibat iaitu beberapa gulung kabel yang telah dipotong serta beberapa peralatan yang digunakan oleh saspek untuk melakukan kegiatan mencuri kabel,” katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya keempat-empat suspek, pihak polis percaya kes kecurian kabel yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini telah berjaya dibendung dan menjurus kepada penyelesaian kes khususnya bagi daerah ini.

“Polis Kota Kinabalu menggesa orang ramai dan masyarakat untuk terus membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan kecurian kabel agar penjenayah yang terlibat dapat diberkas dengan segera.

“Dalam menguatkuasakan undang-undang, pihak polis bertegas untuk tidak berkompromi dengan sesiapa yang terlibat dalam jenayah ini terutamanya pemilik dan pengusaha premis-premis besi buruk yang melanggar undang-undang dan bersekongkol dengan penjenayah dengan membeli kabel yang dicuri untuk mengaut keuntungan, kerana kabel tersebut merupakan barang kawalan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/16/empat-suspek-pencuri-kabel-syarikat-telekomunikasi-diberkas/feed/ 0 32834