empat tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Sep 2024 02:25:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png empat tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat mangsa lemas kanak-kanak perempuan empat tahun, dijumpai https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/#respond Sat, 21 Sep 2024 02:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60964
Read Time:58 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan hilang dan mangsa dikhuatiri lemas di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas dekat sini kelmarin sebelum mayatnya dijumpai oleh orang awam pada jam 8 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawalan Balai Bomba d dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang semalam (20 Sept) terdapat seorang mangsa dikhuatiri hanyut di sungai.

“Menurut pengadu mangsa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapa mangsa di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, Operasi Mencari dan Menyelamat (OPS SAR) hari ke-2 (hari ini) dimulakan pada jam 6.58 pagi dengan kaedah pencarian surface rescue bersama agensi lain dan orang awam di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Namun pada jam 8 pagi tadi mangsa dikenali sebagai Putri Jimar berusia empat tahun itu telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam dengan Jarak 800 meter dari lokasi asal dilaporkan lemas.

“Seterusnya, pasukan Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/feed/ 0 60964
Bapa, anak perempuan empat tahun maut dalam kemalangan jalanraya https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/#respond Sun, 24 Mar 2024 02:19:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51520
Read Time:1 Minute, 2 Second

KENINGAU: Dua beranak maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan manakala lima lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apin-Apin dekat sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut pemandu dikenali sebagai Masino Gelong, 45 dan anak perempuannya berusia empat tahun, Claeryina Mecthildis Masino.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah) berkata, kemalangan yang berlaku tengah malam tadi (24 Mac) di Jalan Apin-Apin, Keningau itu melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Avanza dan Nissan Navara.

“Terdapat 10 orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu, tujuh sekeluarga dalam Toyota Avanza termasuk lima kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dan dua dewasa merupakan ibubapa mereka.

“Bagaimanapun, bapa dan anak perempuannya dalam kenderaan Avanza disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala isteri dan empat lagi anak mereka yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga mangsa berada dalam kenderaan Nissan Navara hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki Ambulans dan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/bapa-anak-perempuan-empat-tahun-maut-dalam-kemalangan-jalanraya/feed/ 0 51520