Enam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Jan 2023 01:39:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Enam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM tahan enam, individu termasuk lima penjawat awam https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/#respond Thu, 12 Jan 2023 01:39:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27757
Read Time:50 Second

KOTA.KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan enam individu terdiri daripada lima penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan di daerah Semporna malam tadi.

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki termasuk seorang awam yang disyaki sebagai orang tengah ditahan kerana dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang awam bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang disyaki melakukan kesalahan menyimpan minyak masak subsidi berjumlah kira-kira 100 kotak yang disyaki diseludup ke luar negara.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM selepas menerima sebahagian dari wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan pada kira-kira jam 10 malam, tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-termasuk-lima-penjawat-awam/feed/ 0 27757
Penduduk Dari Enam Kampung Zon Kawiyan Sertai Program Pemerkasaan Adat https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/#respond Sat, 19 Mar 2022 06:56:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13176
Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Kira-kira 60 penduduk dari enam kampung sertai program pemerkasaan adat Anak Negeri Mukim Kaingaran Zon Kawiyan, Ulu Sugut, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, tujuan program diadakan adalah bagi memperkasakan lagi adat
suku kaum Dusun di daerah ini.

Program yang diadakan Dewan Mini Kg. Manikulau, Kawiyan, Ulu Sugut melibatkan enam kampung iaitu Kg. Kawiyan, Kg. Manikulau, Kg. Paka, Kg. Kilamas, Kg. Patau, Kg. Giring dan Kg. Kilanas.

Menurut Dr. Joachim, sebuah buku adat resam telah disusun dan dikemaskini berdasarkan kepada warisan adat resam yang diwarisi dari nenek moyang sejak dahulu kala. Antara lain, ia memberikan garis panduan kepada ketua-ketua kampung (6 kampung) cara-cara penyelesaian kes, “Sogit” bagi perlanggaran adat dan pentadbiran balai adat.

“Buku adat ini juga akan menjadi rujukan pada masa akan datang oleh generasi seterusnya,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut.

Tambahnya lagi, ia (buku adat) bukan sahaja menjadi pemudahcara kepada para pemegang adat (Ketua Kampung) tetapi juga akan dipatuhi dan dihormati oleh penduduk dalam mukim berkenaan serta semua anggota masyarakat.

Dr Joachim berharap, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat mempraktikkan apa yang diperoleh dalam program ini yang mana sebanyak 40 adat telah dibentangkan.

Dalam pada itu, Dr. Joachim memuji usaha dilakukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau untuk memantapkan lagi adat dan meminta agar ia diteruskan di kawasan mukim yang lain di Ranau.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi penganjur, Ketua Anak Negeri (KAN) Jabay Surugau serta semua yang terlibat menjayakan program.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian; Pegawai Pertanian Daerah Ranau, Zaba Awalidin; Ketua Daerah (OKK) Muhasip Ruman; Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jaidi Adrian Gulis; Pengerusi Persatuan Ibubapa Komuniti Sekolah (PIBKS) SK Kawiyan, Jainis Oronggit; wakil Persatuan Persara Bekas Guru Besar Ranau, KAN Sawalin Zakaria dan JPKK.

Selain itu, satu ceramah turut diadakan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Tanah daerah Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/penduduk-dari-enam-kampung-zon-kawiyan-sertai-program-pemerkasaan-adat/feed/ 0 13176