Endemik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Mar 2022 04:21:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Endemik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PDRM siap siaga kawal sempadan negara https://sabahmedia.com/2022/03/29/pdrm-siap-siaga-kawal-sempadan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/03/29/pdrm-siap-siaga-kawal-sempadan-negara/#respond Tue, 29 Mar 2022 04:21:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13608
Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak dipertingkatkan menjelang pembukaan semula Jumaat ini.

Memetik laporan Portal Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan persediaan dan pemantauan dalam usaha menjamin keselamatan rakyat negara.

Katanya, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah digerakkan untuk meningkatkan pemantauan di lokasi terbabit khusus di utara dan selatan Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak katanya

“Apabila sempadan dibuka, kita akan kembali kepada asal dan seperti agensi lain, PDRM juga membuat persediaan khsusnya di kawasan sempadan. 

“Elemen pemantauan oleh PGA juga akan dipertingkatkan dan kita berharap dengan pembukaan sempadan ini, ia akan memudahkan orang awam,” katanya ketika ditemui media selepas Pelancaran Majlis Pelancaran Buku jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet, di sini hari ini.

Beliau berkata, PDRM juga akan melakukan beberapa program berkaitan pembukaan sempadan di beberapa negeri dimulai di Kelantan dan Kedah.

“Kita mahu tunjukkan kepada orang ramai bahawa kita sudah bersiap sedia untuk menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan sempadan negara dibuka semula Jumaat ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Antara pelepasan yang dibenarkan kerajaan adalah pengembara yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/29/pdrm-siap-siaga-kawal-sempadan-negara/feed/ 0 13608
ASTiF Rangka Pelbagai Aktiviti Budaya Lalui Fasa Endemik https://sabahmedia.com/2021/11/25/astif-rangka-pelbagai-aktiviti-budaya-lalui-fasa-endemik/ https://sabahmedia.com/2021/11/25/astif-rangka-pelbagai-aktiviti-budaya-lalui-fasa-endemik/#respond Thu, 25 Nov 2021 06:09:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8852
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangka beberapa pengisian aktiviti budaya menerusi Kelab Artis Tari Universiti Malaysia Sabah (ARTUMS) secara hibrid dalam mengisi ruang fasa endemik Covid-19.

Antara aktviti yang dirancang termasuklah bengkel solekan dan keterampilan diri, bengkel koreografi tari, bengkel busana dan fesyen kreatif, kenali tarian Sabah menggunakan aplikasi TikTok, festival kaamatan peringkat UMS dan webinar seni budaya.

Hal ini dikongsi bersama pengurus kelab ARTUMS yang baharu Norain Abd Razak, ketika dihubungi baru-baru ini.

Untuk rekod lantikan beliau di buat dalam Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu ARTUMS 2021/2020 pada 1 November 2021 yang lalu secara dalam talian.

“ARTUMS merupakan sebuah kelab yang sangat aktif sebelum ini dan pernah menerima beberapa anugerah seperti Busana Terbaik dan Kareografi Terbaik pada Festival Hornbill 2017 serta Koreografi Terbaik dalam Festival Igal Antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya bersedia untuk mengadakan persembahan secara jemputan dan mengalu-alukan kerjasama daripada pihak luar.

Penerima Anugerah Kelab Terbaik Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (MAHEPA) 2016 itu kini dibimbing oleh Ketua Program Seni Kreatif ASTiF, Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek dan kini mempunyai ahli seramai 40 orang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/25/astif-rangka-pelbagai-aktiviti-budaya-lalui-fasa-endemik/feed/ 0 8852