escomm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Dec 2021 07:05:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png escomm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perjumpaan 19 ‘Datuk Bandar’ berkaitan usaha jaga keselamatan – Polis https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/#respond Fri, 10 Dec 2021 07:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9688
Read Time:1 Minute, 44 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU ~~ Perjumpaan 19 ‘datuk bandar’ dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata berita palsu berkenaan telah dimanipulasi individu tertentu yang cemburu dengan keamanan dan keselamatan dikecapi negeri ini serta Malaysia keseluruhannya.

“Maklumat itu tidak sahih, kita dapat maklumat perjumpaan itu fokus untuk keselamatan di sana bagi mempertahankan diri mereka daripada elemen pengganas, lawless elements dan sebagainya, kemudian mereka hendak menjemput lebih ramai pelabur masuk (ke kawasan itu).

“Maklumat ini dimanipulasi, ini bukan perlakuan daripada negeri tapi lebih kepada individu. Walau apapun kita di pihak keselamatan sentiasa bersedia, Sabah dan seluruh Malaysia kita sentiasa bersedia, ini bumi kita tetap kita akan pertahankan,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Komander Eastern Command daripada Datuk Ahmad Fuad Othman kepada Hamzah Ahmad, disaksikan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang juga hadir.

Baru-baru ini, media melaporkan satu mesyuarat bagi membincangkan rancangan menyerang Sabah dipercayai diadakan di selatan Filipina, yang mana kononnya terdapat rancangan bagi merekrut 600 individu untuk menyerang negeri itu serta menghantar pengintip.

Hazani berkata pihak keselamatan di negara ini mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara jiran melibatkan pertukaran maklumat dan pelbagai elemen bersama.

“Setiap kali ada acara besar di sana seperti pilihan raya akan timbul perkara seperti ini…kita ada kerjasama, jika ada ancaman pasukan keselamatan negara jiran akan salur maklumat kepada kita, seperti kumpulan Abu Sayyaf masuk Sabah kita terima maklumat dari mereka,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata beliau akan memastikan kerjasama erat terjalin dengan semua pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah bagi menjaga keamanan serta keselamatan di kawasan tersebut terutama di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

“Saya akan semak semula apa perlu diberi penambahbaikan dan kita buat pembaharuan dalam usaha penugasan keselamatan ini bagi memastikan kita berada dalam keadaan selamat dan baik sentiasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/feed/ 0 9688
Polis Rangka Operasi Besar-Besaran Musnahkan Persembunyian Pengganas https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/ https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/#respond Wed, 19 May 2021 05:39:57 +0000 http://sabahmedia.com/?p=405
Read Time:1 Minute, 45 Second

Polis akan melipatgandakan usaha mengatasi kehadiran kumpulan pengganas di negeri ini dengan meningkatkan kawalan keselamatan selain menjalankan pemantauan di kawasan setinggan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan ini adalah bagi memastikan kawasan setinggan yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini diawasi setiap masa.

“Kita sudah ada perancangan sedia ada berkenaan isu kawasan setinggan termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan serta-merta kawasan penempatan setinggan membabitkan pengganas.

“Kita sudah merangka operasi besar-besaran selepas ini untuk memburu dan memusnahkan kawasan yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata operasi di kawasan setinggan agak terbatas buat masa ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 dan sebaik tiba masa sesuai operasi itu akan dilancarkan serta merta.

Terdahulu Hazani memaklumkan bahawa arahan sudah disampaikan kepada semua ketua polis daerah di negeri ini supaya terus menjalankan pemantauan ketat di kawasan masing-masing terutama setinggan haram.

Katanya, masyarakat juga terutamanya Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut digesa untuk bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan dengan menyalurkan sebarang maklumat di kawasan masing-masing.

“Ketua kampung dan JPKK lebih mengenali setiap individu di kampung mereka. Sekiranya mereka ada mengesyaki sesuatu atau perkara luar biasa di kawasan mereka laporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Begitu juga dengan syarikat kontraktor atau pengurusan kilang-kilang supaya lebih berhati-hati dengan individu yang diambil bekerja bagi memastikan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas,” katanya.

Hazani berkata, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Sabah mempunyai ordinan khas untuk ketua kampung mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.

Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, kelmarin.

Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan masih ada saki baki ahli kumpulan ini serta penyokongnya yang masih bersembunyi di sini dan usaha pemantauan serta siasatan rapi giat dijalankan di lokasi dikenalpasti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/feed/ 0 405