Esscom media sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Jul 2023 15:49:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Esscom media sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Didik masyarakat melalui penulisan berita untuk terus cintakan negara https://sabahmedia.com/2023/07/27/didik-masyarakat-melalui-penulisan-berita-untuk-terus-cintakan-negara/ https://sabahmedia.com/2023/07/27/didik-masyarakat-melalui-penulisan-berita-untuk-terus-cintakan-negara/#respond Thu, 27 Jul 2023 14:57:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39061
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Semua pengamal media digesa agar terus mendidik masyarakat melalui penulisan berita untuk menjadi warga yang cintakan negara serta memiliki jati diri yang tinggi khususnya dalam mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi khas untuk negeri Sabah. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada siapa boleh menafikan kepentingan peranan pihak media dalam mendidik masyarakat melalui penulisan di media massa. 

“Kata pepatah ‘mata pena lebih tajam daripada mata pedang’ amat signifikan kerana melalui penulisan, media dapat mengubah pemikiran masyarakat. 

“Malah kekuatan mata pena boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Penghargaan Media ESSCOM Tahun 2023 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir. 

Hajiji berkata, janji Kerajaan Perpaduan dalam memberikan kebebasan media adalah suatu impian yang sedang dilaksanakan. 

Katanya, cadangan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta penyemakan semula Akta Anti Berita Tidak Benar dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadi cerminan kepada komitmen dan keseriusan kerajaan mewujudkan persekitaran media yang bebas menyalur maklumat berwibawa kepada rakyat dan kerajaan.  

Tambahnya, banyak perkara yang perlu ditimbang tara sebelum merealisasikan impian ini terutama ledakan maklumat akibat kemajuan teknologi mengubah cara dan budaya pemikiran anak-anak muda kita.  

“Kita tidak mahu maklumat-maklumat yang tidak benar mempengaruhi anak-anak muda kita. Justeru, untuk menangani masalah ini negara memerlukan satu sistem yang mengawal selia kandungan media supaya hanya maklumat yang berkredibiliti, tepat dan dipercayai sahaja sampai kepada anak-anak muda ini. 

“Semoga impian kebebasan media ini akan dapat direalisasikan pada masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/27/didik-masyarakat-melalui-penulisan-berita-untuk-terus-cintakan-negara/feed/ 0 39061
Guna pesawat UAV perhebat kawalan keselamatan Sabah  https://sabahmedia.com/2023/07/27/guna-pesawat-uav-perhebat-kawalan-keselamatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/27/guna-pesawat-uav-perhebat-kawalan-keselamatan-sabah/#respond Thu, 27 Jul 2023 14:55:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39063
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Penggunaan pesawat udara tanpa pemandu atau ‘unmanned aerial vehicle’ (UAV) perlu diperkasakan bagi memantapkan lagi penubuhan dan peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah  (ESSCOM).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bagi memastikan penubuhan ESSCOM selaku peneraju keselamatan dalam mengkordinasi pengoperasian kawalan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) dapat dioptimumkan terutama dari segi keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan. 

Katanya,  kawasan ESSZone meliputi 10 daerah yang bermula dari Kudat hingga ke Sandakan dan keadaan ini amat mencabar.  

“Justeru, penggunaan UAV ini bukan sahaja akan mengurangkan risiko keselamatan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas tetapi juga meningkatkan domain udara khususnya dalam melaksanakan pengawasan di kawasan pantai timur Sabah dan lebih berorientasikan pengguna akhir.

“Penggunaan aset dan teknologi baharu seperti UAV akan memperhebatkan lagi kawalan keselamatan di Sabah khususnya di ESSZone,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Penghargaan Media ESSCOM Tahun 2023 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir. 

Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa ESSZone dan bertanggungjawab kepada ESSCOM berkata, ini juga akan membantu memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di sempadan dan perairan negara bagi menangani sebarang keadaan atau isu yang tidak diingini.

Katanya, atas dasar keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan petugas ESSCOM, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi meningkatkan infrastruktur dan fasiliti kuarters petugas ESSCOM di Lahad Datu.  

“Terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan semoga inisiatif ini akan menambahkan lagi semangat petugas di Esscom untuk memberikan yang terbaik dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Mengulas kes tuntutan Sulu, beliau berkata, keputusan oleh Mahkamah Tinggi The Hague yang memihak kepada Malaysia merupakan kemenangan besar kepada kerajaan Malaysia amnya dan Sabah khasnya.  

Hajiji menegaskan, ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti berusaha melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara. 

“Demikian juga kerajaan negeri Sabah, tidak akan pernah membenarkan mana-mana pihak yang cuba mencabul hak dan kedaulatan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/07/27/guna-pesawat-uav-perhebat-kawalan-keselamatan-sabah/feed/ 0 39063