Esscom sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Jul 2025 02:10:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Esscom sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ESSZone Sabah destinasi selamat, aman dikunjungi – Saifuddin Nasution https://sabahmedia.com/2025/07/06/esszone-sabah-destinasi-selamat-aman-dikunjungi-saifuddin-nasution/ https://sabahmedia.com/2025/07/06/esszone-sabah-destinasi-selamat-aman-dikunjungi-saifuddin-nasution/#respond Sun, 06 Jul 2025 02:10:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76773
Read Time:2 Minute, 19 Second

BERNAMA

Semporna : Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merupakan destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata bagi memperkukuh persepsi positif serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan kawasan itu, 15 wakil diplomatik dan pegawai perwakilan asing dari 10 negara telah diberikan taklimat keselamatan serta dibawa meninjau ESSZone hari ini.

“Tahun ini merupakan tahun kedua Kementerian Dalam Negeri bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membawa diplomat dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Ireland, Jerman, Kanada, New Zealand, China, Korea Selatan dan Sepanyol menyertai siri lawatan sehari ke lokasi utama pelancongan di ESSZone.

“Kita melawat Pulau Omadal, Pulau Sibuan, Pulau Bohey Dulang dan Pulau Mataking, tujuannya bagi membolehkan perwakilan asing ini melihat sendiri suasana semasa, memahami konteks keselamatan kawasan yang dilawati sekali gus mereka berpeluang berinteraksi langsung bersama komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Bersama Perwakilan Asing di sini semalam.

Saifuddin Nasution berkata menerusi lawatan itu, perwakilan asing dapat mengenal budaya, mengetahui sejarah dan seterusnya mendapat pencerahan mengenai keunikan lokasi serta tahap keselamatan.

“Kita jemput negara-negara strategik yang pernah mengeluarkan travel advisory ataupun nasihat perjalanan kepada rakyat mereka tentang pantai timur Sabah ini. Pada tahun lalu kita melaksanakan program seumpama ini dan hasil membawa perwakilan negara itu, kita merekodkan kehadiran pelancong tinggi daripada negara berkenaan, jadi kita nampak potensi untuk tingkat angka kemasukan pelancong.

“Terima kasih pada kerajaan Sabah termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang memberikan kerjasama padu kepada inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang menjaga perspektif keselamatan, ini merupakan model kerjasama unik,” katanya.

Beliau berkata keberadaan pasukan keselamatan di kawasan ESSZone pada tahap siap sedia sedia tinggi dengan pelbagai operasi dilaksanakan menggabungkan sumber kekuatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sokongan risikan dan kerjasama rentas sempadan.

“Hasilnya, kawasan ini kekal stabil, sehingga hari ini, kita suka mengumumkan bahawa tiada sebarang insiden penculikan untuk wang tebusan berlaku sejak 15 Jan 2020 di ESSZone, ini satu pencapaian yang membanggakan.

“Malahan sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini, sebanyak 1.08 juta pemeriksaan individu, kenderaan dan bot di ESSZone, dan daripada jumlah itu 153 individu ditahan, 73 kenderaan serta bot dirampas atas pelbagai kesalahan keselamatan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata laporan mingguan terkini Perjanjian Kerjasama Serantau Bagi Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP) turut menyokong dapatan bahawa tahap ancaman penculikan kru di kawasan Laut Sulu dan Sulawesi diturunkan kepada kategori rendah, berikutan tiada insiden penculikan dilaporkan sejak Jan 2020 itu.

Tambahnya peningkatan tahap keselamatan di ESSZone ditunjukkan secara langsung dengan peningkatan jumlah pelancong saban tahun.

ESSZone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/06/esszone-sabah-destinasi-selamat-aman-dikunjungi-saifuddin-nasution/feed/ 0 76773
ESSCOM rancang tambah pos pertahanan, perkukuh kawalan keselamatan https://sabahmedia.com/2025/05/17/esscom-rancang-tambah-pos-pertahanan-perkukuh-kawalan-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2025/05/17/esscom-rancang-tambah-pos-pertahanan-perkukuh-kawalan-keselamatan/#respond Fri, 16 May 2025 23:00:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73958
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bercadang menambah bilangan Pos Kawalan Pertahanan dalam usaha memperkukuh keselamatan di kawasan berkenaan, khususnya di Sabah Timur.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, aspek keselamatan kekal menjadi fokus utama agensi itu demi memastikan kedaulatan dan kedamaian negeri terus terpelihara.

“Pembinaan pos baharu akan dilaksanakan di lokasi yang dikenal pasti perlu diperkukuh dari aspek pertahanan.

“Selain itu, ESSCOM turut meningkatkan keupayaan dengan penggunaan teknologi semasa, terutamanya Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Jumaat.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi ESSCOM serta menyampaikan taklimat tentang situasi semasa keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Victor berkata, ESSCOM akan melaksanakan penjenamaan semula meliputi logo, peta serta perubahan warna bendera daripada maroon kepada putih, bagi menzahirkan imej kawasan yang menjana kesejahteraan, selaras dengan motonya, ‘Bersama-sama Menjana Kesejahteraan’.

Di samping itu, Victor berkata ESSCOM bersama agensi keselamatan lain akan memperkukuhkan kawalan keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri bagi mengelak sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Jamaluddin Mohd Ali berkata pihaknya mengenal pasti lapan projek yang akan dilaksanakan di bawah Inisiatif Kampung Angkat Madani.

“Senarai projek telah dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan antaranya termasuk pembinaan jeti, pembaikan jalan raya dan sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Selain itu, terdapat juga projek bina insan yang dirancang dengan kerjasama Giat MARA menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk pembaikan bot dan enjin sangkut, memandangkan kawasan itu adalah kawasan perikanan yang boleh dibantu untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk,” jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin; Pengarah Bahagian Tindakan Awam, Georgie Abas; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Dzulhairul Shah Dzulkifli; dan Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan, Imelda Godon.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/17/esscom-rancang-tambah-pos-pertahanan-perkukuh-kawalan-keselamatan/feed/ 0 73958
ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS https://sabahmedia.com/2024/10/18/esscom-lancar-ogl-khas-lumpuhkan-kegiatan-jrs/ https://sabahmedia.com/2024/10/18/esscom-lancar-ogl-khas-lumpuhkan-kegiatan-jrs/#respond Fri, 18 Oct 2024 03:58:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62375
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kudat : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) melancarkan Operasi Gasak Laut (OGL) Khas secara besar-besaran bagi melumpuhkan mobiliti kegiatan jenayah rentas sempadan  (JRS) selain membasmi lokasi ‘staging point’ elemen JRS.

Pelaksanaan OGL itu telah dijalankan di Kampung Sibogo Pondoh, Pulau Bankawan, di sini pada 16 Oktopber lalu .

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, seramai 228 individu dan 200 buah rumah termasuk premis kedai telah diperiksa secara bersepadu oleh pihak berkuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Katanya,OGL Khas itu dilaksanakan  bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), mengekang elemen JRS melibatkan penyeludupan kontraban dan barang kawalan serta kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat ESS Zone.

“Saya amat memandang serius akan aduan awam berhubung kesalahan-kesalahan tersebut. Oleh itu, OGL Khas ini telah menyasarkan pemeriksaan secara besar-besaran untuk melumpuhkan mobiliti kegiatan JRS selain membasmi lokasi staging point elemen JRS.

“Di samping itu, kehadiran pasukan keselamatan secara terkoordinasi juga akan mewujudkan elemen pencegahan, menjamin keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti dalam kawasan perairan dan pesisir pantai Kudat, khasnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota jabatan dan agensi penguatkuasaan dan keselamatan terlibat atas kerjasama menjayakan operasi tersebut. 

Katanya, ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya di ESS Zone bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi Masyarakat.

Katanya, ia berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia Madani dicapai.

“ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/18/esscom-lancar-ogl-khas-lumpuhkan-kegiatan-jrs/feed/ 0 62375
18 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di Tawau https://sabahmedia.com/2024/09/27/18-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/18-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-tawau/#respond Fri, 27 Sep 2024 05:05:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61300
Read Time:1 Minute, 53 Second

Tawau : Seramai 18 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di beberapa kawasan di daerah ini semalam.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, semua PATI itu ditahan untuk siasatan lanjut atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sebanyak 41 keping saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut serta dalam operasi ini.

” Selaras dengan kejayaan Operasi Bersepadu Tawau yang dilaksanakan semalam di sekitar kawasan Jeti Awam Tawau dan Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Apas ini, ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada petugas seramai 151 orang terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

“Objektif utama operasi bersepadu ini adalah demi menjamin keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) selain bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta mengekang penyusupan PATI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, pihak berkuasa yang terlibat turut menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan lain khususnya di kawasan pintu keluar masuk utama warga asing serta penduduk setempat yang menetap sekitar sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, pihaknya turut komited dalam mencapai misi tiada lagi pencerobohan kali kedua dan mengekalkan sifar penculikan (KFR) yang menjadi
misi utama ESSCOM.

Menurutnya,ia adalah berdasarkan rekod tangkapan serta pemantauan pihak berkuasa mendapati PATI berpotensi dijadikan sebagai tali barut kepada elemen jenayah rentas sempadan di ESS Zone.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM bagi memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah jabatan dan agensi berkuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri menguatkuasakan undang-undang di ESS Zone.

“Ini juga selaras dengan hasrat ESSCOM iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ bagi memastikan ancaman pencerobohan asing dapat dikekang seterusnya menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Victor berkata, ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/18-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-tawau/feed/ 0 61300
Nasihat perjalanan larangan melancong ke Pantai Timur Sabah diyakini dapat perkembangan positif https://sabahmedia.com/2024/07/28/nasihat-perjalanan-larangan-melancong-ke-pantai-timur-sabah-diyakini-dapat-perkembangan-positif/ https://sabahmedia.com/2024/07/28/nasihat-perjalanan-larangan-melancong-ke-pantai-timur-sabah-diyakini-dapat-perkembangan-positif/#respond Sun, 28 Jul 2024 01:44:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58174
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sabah optimis dan yakin nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh beberapa negara yang melarang rakyatnya untuk melancong ke Sabah khususnya Pantai Timur negeri ini akan mendapat perkembangan yang positif

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia adalah selepas beberapa perwakilan asing telah diberikan taklimat keselamatan membabitkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) kelmarin.

“Saya berada di Semporna pada Jumaat bagi mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama wakil dari sembilan negara asing yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Wakil-wakil negara asing itu dijemput bagi menghadiri taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan di sepanjang Pantai Timur Sabah, khususnya ESSZone dan melawat pulau-pulau seperti Sipadan, Kapalai, dan Mabul.

“Ini kerana sembilan negara tersebut adalah antara yang telah mengenakan sekatan perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada mengunjungi bahagian Pantai Timur Sabah. Mereka masih mempunyai gambaran tentang apa yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Malaysia International Travel Mart’ (MITM) Fair 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Antara negara terlibat adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Denmark, Jerman, Perancis, Finland dan Kanada.  

Christina berkata, wakil negara asing itu telah memberi reaksi positif mengenai situasi keselamatan di ESSZone.

“Namun buat masa ini masih tiada jawapan lagi kerana para delegasi perlu kembali ke negara mereka untuk membincangkan perkara ini dengan kerajaan masing-masing. Mudah-mudahan, Sabah akan mendapat hasil yang positif.

“Ini adalah lawatan kerja kedua saya ke Semporna, dan saya merancang untuk melawat destinasi pelancongan di tempat-tempat lain seperti Tawau dan Sandakan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/28/nasihat-perjalanan-larangan-melancong-ke-pantai-timur-sabah-diyakini-dapat-perkembangan-positif/feed/ 0 58174
ESSCOM pergiat operasi bersepadu di daratan, lapan PATI ditahan https://sabahmedia.com/2023/11/20/esscom-pergiat-operasi-bersepadu-di-daratan-lapan-pati-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/11/20/esscom-pergiat-operasi-bersepadu-di-daratan-lapan-pati-ditahan/#respond Mon, 20 Nov 2023 03:42:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45449
Read Time:2 Minute, 34 Second

Tawau : Seramai lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di kawasan berhampiran sempadan daratan daerah Kalabakan.

Operasi yang yang dilaksanakan melalui Road Check Point (RCP) Kalabakan Siri 2/ 2023 selama tiga hari berakhir Sabtu lalu itu turut dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan yang persekutuan dan negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Komander Eastern Command Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang dilaksanakan di RCP Kalabakan itu adalah bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan penyusupan PATI serta penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan lain.

Katanya, ia termasuklah operasi keselamatan di laluan tikus yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah berhampiran sempadan daratan daerah Kalabakan.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 224 buah pelbagai jenis kenderaan darat telah diperiksa melibatkan pemeriksaan seramai 426 orang individu.

“Daripada jumlah tersebut, seramai lapan orang PATI warganegara Filipina dan Indonesia telah ditangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63  dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Tawau mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut. 

“Selain itu, seramai dua individu telah ditahan kerana masing-masing disyaki memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama beberapa butir peluru hidup yang disembunyikan di dalam kenderaan serta premis semasa pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

“Kedua-dua individu terbabit dan barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960. Turut ditangkap enam individu dewasa kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk siasatan lanjut oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau,” katanya.

Dalam pada itu, Victor berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 21 keping saman masing-masing atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah POL 257 dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987. 

Katanya, selaras dengan kejayaan Operasi Bersepadu RCP Kalabakan ini, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi berkenaan.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan hasil perancangan inklusif dan usaha murni Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM untuk memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan APMM serta Jabatan/ agensi Penguatkuasaan Persekutuan, Negeri dan PBT dalam mengekang ancaman pencerobohan anasir asing dan memastikan pemeliharaan keselamatan awam di pantai Timur Sabah diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Melalui tindakan penguatkuasaan yang bersepadu dan teratur ini juga akan memastikan aspek pemerkasaan Ekonomi Madani dalam sektor perniagaan, pelaburan, pelancongan dan pengembangan syarikat tempatan di wilayah ini dapat dilonjakkan serta memberi manfaat dari segi penggajian yang bermakna dan kesaksamaan peluang kepada masyarakat ESS Zone,” katanya.

Victor berkata, ESSCOM juga akan terus mempergiat operasi bersepadu seumpama ini kesemua daerah dalam ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kebanjiran PATI khususnya di pantai Timur Sabah.

Sehubungan itu katanya, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/20/esscom-pergiat-operasi-bersepadu-di-daratan-lapan-pati-ditahan/feed/ 0 45449
ESSCOM terus pergiat koordinasi operasi bersepadu di ESSZone https://sabahmedia.com/2023/11/09/esscom-terus-pergiat-koordinasi-operasi-bersepadu-di-esszone/ https://sabahmedia.com/2023/11/09/esscom-terus-pergiat-koordinasi-operasi-bersepadu-di-esszone/#respond Thu, 09 Nov 2023 09:13:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44969
Read Time:2 Minute, 0 Second

Semporna : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus mempergiat koordinasi operasi bersepadu (OB) di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada selaras dengan hasrat ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

Komander Eastern Command Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal (SKT) ESSCOM itu melibatkan kawasan laut dan daratan sekitar daerah ini di sini semalam.

Katanya, dalam operasi yang dilaksanakan itu menyaksikan seramai 352 orang dan 16 buah rumah telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, seramai 29 individu ditahan bagi tujuan pendokumentasian dan dibebaskan dengan jaminan pihak berkuasa kecuali tiga orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina telah ditangkap kerana didapati menetap di negara ini tanpa dokumen yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Daerah Semporna untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, dua individu telah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di  bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana didapati positif dadah jenis Amphetamines dan Methamphetamine serta dibawa ke BSJND, IPD Semporna untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, tindakan penguatkuasaan turut dilaksanakan bagi membanteras elemen jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta aktiviti pengeboman ikan dan penyalahgunaan dadah.

“ESSCOM turut menzahirkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi terlibat khususnya para pegawai dan anggota yang menjayakan operasi ini selain komitmen padu yang diberikan sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan hasil perancangan inklusif dan usaha murni Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM untuk memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah jabatan dan agensi berkenaan dalam mengekang ancaman pencerobohan anasir asing dan memastikan pemeliharaan keselamatan awam di pantai Timur Sabah diperkukuh dari semasa ke semasa.

“Melalui tindakan penguatkuasaan yang bersepadu dan teratur ini juga akan memastikan aspek pemerkasaan Ekonomi Madani dalam sektor perniagaan, pelaburan, pelancongan dan pengembangan syarikat tempatan di wilayah ini dapat dilonjakkan serta memberi manfaat dari segi penggajian yang bermakna dan kesaksamaan peluang kepada masyarakat ESS Zone,” katanya.

Justeru Victor berkata, ESSCOM akan terus melipatgandakan operasi seumpama ini bagi mengekang mana-mana elemen atau ancaman keselamatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam khususnya di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/09/esscom-terus-pergiat-koordinasi-operasi-bersepadu-di-esszone/feed/ 0 44969
Berusia 10 tahun, ESSCOM kekal relevan jaga keselamatan Pantai Timur Sabah https://sabahmedia.com/2023/09/04/berusia-10-tahun-esscom-kekal-relevan-jaga-keselamatan-pantai-timur-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/berusia-10-tahun-esscom-kekal-relevan-jaga-keselamatan-pantai-timur-sabah/#respond Mon, 04 Sep 2023 14:14:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41258
Read Time:2 Minute, 39 Second

BERNAMA

Lahad Datu : Bagi pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi melihat sendiri operasi agensi itu hari ini amat bermakna, membuktikan kepentingannya menjaga dan memastikan keselamatan Pantai Timur Sabah.

Komander ESSCom, Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, agenda lawatan Al-Sultan Abdullah, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke ESSCom menterjemahkan kesungguhan dan keprihatinan Seri Paduka terhadap keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara.

“Seri Paduka merupakan tubuh Malaysia dan Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong, dalam tempoh 10 tahun ini belum pernah tubuh negara Malaysia berangkat ke ibu pejabat ESSCom, kami cukup gembira dengan peluang ini sudah tentu Lahad Datu ini cukup dekat di hati Seri Paduka.

“Kehadiran Seri Paduka di ESSCom juga akan menjadi kenangan indah, pengalaman yang tidak dilupakan. Secara peribadi ini hadiah yang cukup bermakna buat saya dan anggota saya dalam usaha kita memastikan keselamatan di sini,” katanya kepada Bernama.

ESSCom ditubuhkan pada 1 April 2013, selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam Tragedi Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang mengorbankan 10 anggota keselamatan negara dan 68 pengganas Sulu.

Lahad Datu merupakan antara lokasi persinggahan rombongan Yang di-Pertuan Agong dalam jelajah Kembara Kenali Borneo yang bermula hari ini dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak pada 13 September, melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Victor berkata, keselamatan rakyat dan keamanan di Pantai Timur Sabah, khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), yang dicapai hasil usaha ESSCom bersama semua pihak adalah bukti jelas bahawa agensi itu kekal relevan dan usaha itu diharap dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

Beliau berkata, kesiapsiagaan ESSCom menghadapi pelbagai cabaran diterjemahkan pasukan keselamatan menerusi kejayaan menangani penculikan atau sebarang elemen jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan di sekitar kawasan operasi.

“Pergerakan strategik pasukan ATM, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di ESSZone berjaya menggagalkan pelbagai percubaan mengganggu-gugat keselamatan di kawasan terlibat,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, cubaan penjenayah rentas sempadan melakukan kegiatan misalnya penculikan untuk wang tebusan di ESSZone sentiasa ada berikutan kewujudan ‘spotter’ (pemerhati bagi kumpulan penculikan) yang memiliki pertalian kekeluargaan di negara ini dan negara jiran.

“Spotter ini dia juga dapat habuan tetapi ESSCom juga berusaha menumpaskan sebarang cubaan penculikan, tiga perkara yang dilakukan ESSCom iaitu memperkukuhkan tindakan-tindakan operasi, perkukuh risikan dan sumber risikan selain menjalin kerjasama strategik bersama komuniti ESSZone.

“Tiga perkara ini akan sentiasa diperhebat bagi mengekang jenayah rentas sempadan termasuk penculikan untuk wang tebusan, komuniti ESSZone juga memainkan peranan penting menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamatan,” katanya.

Victor berkata, sejak penubuhannya, ESSCom melalui Bahagian Tindakan Awam mengadakan pelbagai program melibatkan komuniti ESSZone bagi menguar-uarkan betapa pentingnya memiliki jati diri yang tinggi selain mengelakkan rakyat daripada menjadi tali barut pengganas.

Selain itu, katanya, ESSCom juga kini sedang berusaha meningkatkan pemahaman orang ramai serta pelancong asing mengenai keselamatan di ESSZone yang terjamin dengan adanya ESSCom selain membantu penduduk yang memerlukan.

“Selepas program jelajah Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri ini, kita (ESSCom) bahagian awam merancang untuk mengadakan program bersama komuniti dengan kerjasama agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan sektor pelancongan,” katanya. – BERNAMA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/04/berusia-10-tahun-esscom-kekal-relevan-jaga-keselamatan-pantai-timur-sabah/feed/ 0 41258