esscom tahan individu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 May 2024 04:19:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png esscom tahan individu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ESSCOM tahan 29 individu atas pelbagai kesalahan https://sabahmedia.com/2024/05/13/esscom-tahan-29-individu-atas-pelbagai-kesalahan/ https://sabahmedia.com/2024/05/13/esscom-tahan-29-individu-atas-pelbagai-kesalahan/#respond Mon, 13 May 2024 04:18:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54342
Read Time:1 Minute, 28 Second

Beluran : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai 29 individu atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Bersepadu di Pos Pemeriksaan Darat (RCP) Sapi Nangoh, di sini.

Operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 9 Mei baru-baru ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi lain.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, Operasi Bersepadu ini dilaksanakan di sekitar Daerah Beluran serta melibatkan seramai 103 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi.

Katanya, operasi itu adalah bertujuan untuk membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai dan penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tambahnya, ia termasuklah penguatkuasaan terhadap kesalahan-kesalahan lain di laluan utama yang menghubungkan pantai Barat dan pantai Timur Sabah termasuk laluan-laluan tikus yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah dalam kawasan daratan daerah Beluran.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 512 buah kenderaan dan seramai 1,076 individu telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang PATI warganegara Filipina dan Indonesia ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Beluran atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen  1959/ 63 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Victor berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menahan seramai dua orang individu warga asing dan merampas sebuah pacuan empat roda disyaki membawa 600 liter diesel tanpa permit.

Katanya, ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang menjayakan operasi ini serta Jabatan dan agensi terlibat.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM dalam memperkasakan operasi-operasi sedia ada.

“Operasi Bersepadu ini akan terus dipergiat khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi mengekang elemen jenayah rentas sempadan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/13/esscom-tahan-29-individu-atas-pelbagai-kesalahan/feed/ 0 54342
ESSCOM tahan 37 individu atas pelbagai kesalahan https://sabahmedia.com/2024/05/06/esscom-tahan-37-individu-atas-pelbagai-kesalahan/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/esscom-tahan-37-individu-atas-pelbagai-kesalahan/#respond Mon, 06 May 2024 06:48:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54020
Read Time:2 Minute, 20 Second

Kalabakan : Seramai 37 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam satu Operasi Bersepadu yang dilaksanakan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Pos Pemeriksaan Darat (RCP) Kalabakan di sini.

Operasi yang dijalankan selama dua hari berakhir 4 Mei lalu itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang dilaksanakan itu antara lain adalah bagi memastikan pemeliharaan keselamatan awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) kekal terjamin pada tahap yang optimum.

Katanya, Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar daerah Kalabakan itu juga bertujuan membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi, tidak bercukai serta mengekang penyusupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain itu menurutnya, operasi ini juga dilaksanakan bagi menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan lain khususnya di pintu keluar masuk utama warga asing serta penduduk setempat yang menetap sekitar kawasan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 400 buah kenderaan dan seramai 832 orang individu telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Daripada jumlah tersebut, seramai  26 orang individu telah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Tawau untuk siasatan lanjut.

“Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau turut  menahan seramai 10 orang individu atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya serta merampas dadah seberat 5.22 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) turut menahan seorang individu dan merampas minyak diesel sebanyak 1,750 liter dan sebuah kenderaan Toyota Hilux atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu katanya, pihak Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 17 saman dan lapan notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selaras dengan kejayaan Operasi Bersepadu RCP Kalabakan ini, saya bagi pihak ESSCOM ingin menzahirkan penghargaan kepada semua petugas yang menjayakan operasi ini serta semua Jabatan dan agensi yang terlibat.

“Kejayaan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan melalui Operasi Sanggah ESSCOM dalam memperkasakan operasi-operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain di ESS Zone.

“Ini adalah selaras dengan hasrat ESSCOM iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’ bagi memastikan ancaman pencerobohan anasir asing dapat dikekang serta pemeliharaan keselamatan awam di pantai Timur Sabah kekal selamat dan terkawal,” katanya.

Katanya, ESSCOM juga akan terus mempergiat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah di ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/esscom-tahan-37-individu-atas-pelbagai-kesalahan/feed/ 0 54020