esszone – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Nov 2025 01:58:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png esszone – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kompleks APMM Semporna jadi benteng hadapan kawalan maritim di ESS Zone https://sabahmedia.com/2025/11/03/kompleks-apmm-semporna-jadi-benteng-hadapan-kawalan-maritim-di-ess-zone/ https://sabahmedia.com/2025/11/03/kompleks-apmm-semporna-jadi-benteng-hadapan-kawalan-maritim-di-ess-zone/#respond Mon, 03 Nov 2025 01:58:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84816
Read Time:1 Minute, 41 Second

BERNAMA

SEMPORNA : Sabah terus menjadi keutamaan kerajaan dalam aspek keselamatan menerusi pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini bernilai RM65.28 juta yang menjadi benteng hadapan kawalan maritim bagi perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kompleks terletak di Batu 1, Jalan Bubul, Tampi-Tampi itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bangunan pentadbiran utama, bangunan sokongan dan logistik, jeti operasi dan marina untuk kapal serta bot agensi itu.

“Kompleks ini juga dilengkapi helipad bagi operasi udara, padang kawad, gelanggang sukan serta kuarters perumahan anggota.

“Kemudahan moden yang disediakan diyakini mampu memperkukuh keselamatan perairan Sabah, khususnya di pantai timur yang sering berdepan ancaman penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin serta jenayah rentas sempadan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek kompleks berkenaan di sini pada Ahad.

Saifuddin Nasution berkata dengan adanya kompleks itu, pasukan APMM mampu bertindak lebih pantas dan efisien terhadap sebarang insiden keselamatan maritim sekali gus meningkatkan kehadiran aset serta moral anggota di lapangan.

“Kompleks ini akan menjadi pusat operasi dan rondaan utama Zon Maritim Semporna selain berfungsi sebagai had koordinasi keselamatan dan latihan bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia serta Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya.

Projek pembinaan kompleks itu dimulakan pada 30 Jan 2020 dan komponen bangunan daratan berjaya disiapkan lebih awal pada 29 Sept lepas, manakala pembinaan jambatan sepanjang 165 meter dan jeti head sepanjang 100 meter sedang giat disiapkan mengikut jadual ditetapkan pada Julai 2026.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata Malaysia menerima sebuah bot pemberian Pengawal Pantai Amerika Syarikat, yang kini dalam pelayaran sebelum dijangka tiba pada 5 Nov ini di Klang, Selangor.

Bot terbabit katanya akan ditempatkan di Sabah selepas mengambil kira soal kepentingan keselamatan.

Beliau berkata selain Sabah, kerajaan turut berusaha memperkukuh keselamatan perairan negara melalui pembinaan serta naik taraf fasiliti agensi penguat kuasa termasuk pembinaan Kompleks APMM di Kelantan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kita juga menambah aset termasuk empat helikopter yang menunggu jadual penghantaran, di samping sebuah kapal mothership yang sedang dalam pembinaan di Turkiye,” katanya. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/03/kompleks-apmm-semporna-jadi-benteng-hadapan-kawalan-maritim-di-ess-zone/feed/ 0 84816
Kawalan keselamatan ESSZone semakin kukuh https://sabahmedia.com/2025/02/13/kawalan-keselamatan-esszone-semakin-kukuh/ https://sabahmedia.com/2025/02/13/kawalan-keselamatan-esszone-semakin-kukuh/#respond Thu, 13 Feb 2025 01:37:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68578
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kawalan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) semakin kukuh dengan strategi serta pengukuhan di tempat yang lebih terkawal dan selamat.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor B Sanjos berkata kes penculikan yang terakhir berlaku di ESSZone adalah pada 15 Januari 2020 iaitu lebih lima tahun lalu..

“Selain itu, ia juga merupakan hasil kerjasama daripada masyarakat dan juga agensi-agensi yang lain. Jadi sebagai jenama keselamatan di kawasan Pantai Timur, ia memperlihatkan peningkatan dan pertambahan kedatangan pelancong-pelancong asing dan juga dalam negara ke kawasan ini.

“Saya juga mendapat makluman lebih banyak pelaburan daripada luar negara dan juga dalam negara akan tertumpu kepada kawasan Pantai Timur Sabah.

“Sebagai perancangan masa hadapan, ESSCOM bercadang untuk menggunakan teknologi dari segi kawalan sempadan seperti teknologi AI dan juga pembinaan pos-pos yang baru supaya keselamatan lebih mengukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, semalam.

Victor berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk menciptakan sinergi kerjasama dan membuat perancangan bagi kepentingan bersama terutamanya dari segi kepentingan strategik.

“Pihak ESSCOM amat memerlukan kerjasama dan juga perkhidmatan daripada kepakaran Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah yang sudah tentu akan dilihat dapat menerangkan situasi sebenar, keadaan sebenar, keadaan keselamatan di negeri Sabah terutamanya di kawasan ESSZone melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh JAPEN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali berkata, selain operasi keselamatan, ESSCOM juga memfokuskan beberapa agenda utama lain antaranya kolaborasi bersama jabatan dan agensi serta program bersama masyarakat.

“ESSCOM akan meneruskan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan pada tahun lepas dan juga beberapa program baharu antaranya Kampung Angkat Madani yang mana Kg. Inderasabah dalam DUN Apas telah dipilih untuk program ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/13/kawalan-keselamatan-esszone-semakin-kukuh/feed/ 0 68578
Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan ke 19 Februari 2023 https://sabahmedia.com/2023/02/03/perintah-berkurung-esszone-dilanjutkan-ke-19-februari-2023/ https://sabahmedia.com/2023/02/03/perintah-berkurung-esszone-dilanjutkan-ke-19-februari-2023/#respond Fri, 03 Feb 2023 04:36:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28962
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perintah berkurung dekat perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 19 Februari 2023.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berkata perintah berkurung itu meliputi perairan dekat Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar di antara 6 petang hingga 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya hari ini.

Idris berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ini juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak, bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/03/perintah-berkurung-esszone-dilanjutkan-ke-19-februari-2023/feed/ 0 28962
ESSCOM tumpu keselamatan pelancong di ESSZONE https://sabahmedia.com/2022/04/07/esscom-tumpu-keselamatan-pelancong-di-esszone/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/esscom-tumpu-keselamatan-pelancong-di-esszone/#respond Thu, 07 Apr 2022 10:00:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14027
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU :  Keselamatan pelancong yang tiba ke negeri ini khususnya di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan diberi tumpuan utama berikutan pembukaan sempadan negara bermula 1 April lalu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberi tumpuan kepada keselamatan di ESSZONE.

“Seperti kita sedia maklum pembukaan sempadan negara  bermula 1 April lalu akan memberi kesan kepada kemasukan pelancong ke kawasan ESSZONE khususnya kawasan pelancongan seperti pulau-pulau di Semporna dan daerah lain.

“Oleh itu, kita telah pun bersiap sedia dan akan terus memberikan fokus pada tempat-tempat tumpuan masyarakat dan pelancong bagi mengekalkan keselamatan di kawasan ESSZONE,” katanya.

Hamzah ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Hamzah berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada  Tun Juhar mengenai penugasan serta keadaan di ESSZONE adalah baik dan terkawal.

“Dalam tempoh setahun dua ini tidak terdapat kes-kes yang menarik perhatian, ini memberi petunjuk tugas kita berkesan dan dapat mengawal keadaan di ESSZONE dengan baik,” katanya.

Hadir sama Timbalan Komander Esscom, Brigader Jeneral Adnan Abu Hassan dan Pengarah Bahagian Operasi Laut, Laksamana Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Terdahulu, Tun Juhar  menerima kunjungan hormat Panglima Wilayah Laut 2 Sandakan, Datuk Roslam Mohd Yunus bersama rombongan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/esscom-tumpu-keselamatan-pelancong-di-esszone/feed/ 0 14027
Sabah Mahu Aset Keselamatan Di ESSZONE Dinaiktaraf https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/#respond Thu, 13 Jan 2022 14:34:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11069
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dinaiktaraf bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan timur Sabah sentiasa pada tahap tertinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan juga mahu supaya lebih banyak pos kawalan keselamatan sempadan akan dibina, terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai menjangkakan perpindahan Jakarta ke Kalimantan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan Ops Murni Angkatan Tentera untuk Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Markas Divisyen Kelima Infantri, di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham; Panglima 5 Divisyen dan Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid.

Dalam pada itu, Hishammuddin memberi jaminan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bahawa kesiapsiagaan ATM untuk meneruskan kerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah serta setiap agensi berkepentingan menerusi Ops Murni Negeri Sabah akan terus berada pada tahap tertinggi.

Katanya, anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diaturgerak sejak hari pertama banjir melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Kota Marudu, Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid

“Ia bukan sahaja untuk membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat terutama Pusat Pemindahan Sementara (PPS), tetapi juga menghantar barang keperluan dan makanan serta membantu penyediaan makanan di PPS.

“Dalam masa yang sama, penting untuk saya maklumkan bahawa pada ketika ini 385 anggota bersama 50 aset daripada Briged Kelima Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Barat Sabah dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Timur Sabah sedang diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga untuk diaturgerak pada bila-bila masa di negeri Sabah,”katanya.

Katanya, keutamaan pada ketika ini adalah untuk membantu masyarakat Sabah yang terjejas banjir untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir terutama di kediaman dan infrastruktur awam.

“Selain itu, kita juga akan turut membantu agensi-agensi berkaitan di Sabah melakukan kerja-kerja baik pulih kemudahan termasuk jambatan sekiranya ada yang terjejas serta bersedia sekiranya berlaku gelombang ketiga banjir di Sabah.

“Tekad ATM untuk bersama-sama rakyat Sabah mendepani sebarang musibah tetap teguh sejak dahulu lagi. Bukan sahaja dari sudut keselamatan tetapi juga bencana alam.

“Atas sebab itu, saya ingin beritahu kepada Ketua Menteri serta seluruh rakyat Sabah, jangan bimbang. ATM akan terus membantu sehingga situasi banjir di negeri ini benar-benar pulih sepenuhnya,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/sabah-mahu-aset-keselamatan-di-esszone-dinaiktaraf/feed/ 0 11069
Perintah Berkurung di ESSZONE Dilanjutkan Selama 14 Hari https://sabahmedia.com/2021/07/13/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-selama-14-hari/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-selama-14-hari/#respond Tue, 13 Jul 2021 07:49:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2985
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 29 Julai.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hazani berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-selama-14-hari/feed/ 0 2985