Esteel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Jul 2025 07:35:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Esteel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu Esteel hangatkan Sidang DUN Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/07/isu-esteel-hangatkan-sidang-dun-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/isu-esteel-hangatkan-sidang-dun-sabah/#respond Mon, 07 Jul 2025 07:35:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76870
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini menjadi hangat apabila isu pelaburan Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Ketegangan timbul apabila Phoong mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong, yang kerap membangkitkan isu berkenaan di luar Dewan tetapi tidak mengemukakan sebarang soalan rasmi dalam sidang kali ini.

“Saya sebenarnya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Elopura kerana beliau telah banyak kali bertanya soalan melalui sidang media di luar Dewan Yang Mulia ini, sehingga membuat laporan polis, tetapi beliau tidak berani mengemukakan soalan pada sesi ini,” kata Phoong.

Beliau sebaliknya merakamkan penghargaan kepada ADUN Kepayan yang mengemukakan soalan berkaitan projek pelaburan tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayan kerana mengemukakan soalan ini. Ini penting kerana ia melibatkan imej pelaburan negeri kita. Saya hairan dan kecewa mengapa pelaburan ini dipolitikkan,” katanya.

Phoong turut menegaskan bahawa sepanjang persidangan DUN, ADUN Elopura tidak pernah mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis mengenai isu Esteel dalam Dewan.

Calvin yang bangun mencelah menyatakan sokongan penuh terhadap isu tersebut namun mempertikaikan kenyataan Phoong.

“Saya sokong penuh. Tapi apa salah saya? Saya wakil rakyat. Saya tanya soalan. Apa salah saya?” katanya.

Phoong kemudian menjawab dengan tenang: “Yang Berhormat, begini. You ask the question outside Dewan, it’s okay. Kemukakan kenyataan di media pun okay. Soalan itu adalah kebebasan sebagai wakil rakyat.”

Calvin terus membalas dengan berkata: “Jawab soalan saya. Jangan query saya tanya soalan di luar.”

Bagi mengelakkan suasana menjadi lebih tegang, Speaker DUN Datuk Seri Kadzim M.Yahya kemudian meneruskan sesi persidangan dengan soalan seterusnya.

Untuk rekod, Calvin sebelum ini membuat laporan polis pada awal Jun lalu berhubung dakwaan kegagalan projek pelaburan Esteel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Menurut Phoong, laporan polis tersebut secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah kerajaan berbohong mengenai projek berimpak tinggi bernilai RM31 bilion itu, sedangkan ia telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/isu-esteel-hangatkan-sidang-dun-sabah/feed/ 0 76870
Projek Esteel cipta kesan rantaian perniagaan https://sabahmedia.com/2025/05/30/projek-esteel-cipta-kesan-rantaian-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/projek-esteel-cipta-kesan-rantaian-perniagaan/#respond Fri, 30 May 2025 03:58:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74820
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Projek tiga fasa Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd bernilai RM31 bilion akan mencetuskan kesan rantaian yang meluas melangkaui teknologi hijau untuk merangsang inovasi, memacu manfaat kepada perniagaan dan masyarakat di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek itu juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, bukan sahaja untuk Sipitang tetapi juga untuk negeri secara amnya.

“Berkaitan dengan pekerjaan, saya ingin menekankan kepentingan memberi keutamaan kepada rakyat Sabah. Saya mahu semua pemain industri melabur dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja tempatan kita dan mematuhi keperluan asas ini sebagai prinsip utama komitmen kita terhadap pembangunan tempatan.

“Usaha kolektif ini adalah penting untuk memastikan bahawa tenaga kerja tempatan kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri,” katanya pada majlis pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel bernilai RM6.4 bilion di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seperti yang kita tahu, taman-taman perindustrian yang sedia ada iaitu Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP) telah menunjukkan peningkatan pkadar penghunian dalam tempoh empat tahun yang lalu.

“Akibat permintaan yang tinggi daripada pelabur, Kerajaan Negeri telah meluluskan tiga taman industri baru di Kota Belud, Beaufort dan Kudat untuk Taman Industri Ekonomi Biru,” katanya.

Hajiji berkata pembangunan ini merupakan satu peerkembangan yang baik bagi Sabah dalam meneruskan usaha meneroka potensi baru demi merealisasikan potensi penuh negeri ini.

“Saya telah menegaskan bahawa Sabah akan sentiasa mesra pelabur dan kami telah. melaksanakan dasar-dasar untuk menarik lebih ramai pelabur ke sini. Kami komited untuk mewujudkan peersekitaran yang kondusif yang menyuburkan pelaburan dan memupuk kerjasama.

“Kami memahami kepentingan mewujudkan suasana yang stabil, telus, dan menyokong agar pelaburan dapat berkembang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/projek-esteel-cipta-kesan-rantaian-perniagaan/feed/ 0 74820
Dakwaan Esteel tangguh pelaburan di Sabah tidak benar – Phoong https://sabahmedia.com/2025/02/21/dakwaan-esteel-tangguh-pelaburan-di-sabah-tidak-benar-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/02/21/dakwaan-esteel-tangguh-pelaburan-di-sabah-tidak-benar-phoong/#respond Fri, 21 Feb 2025 14:57:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69142
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian (MIDE) Datuk Phoong Jin Zhe menafikan dakwaan bahawa Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (Esteel) telah menangguhkan pelaburan mereka di Sabah, sebaliknya menegaskan projek itu berjalan mengikut perancangan.

Katanya, dakwaan bahawa Esteel kehilangan keyakinan terhadap Kerajaan Negeri dan menangguhkan pelaburan mereka adalah tidak berasas.

“Untuk makluman, pelaksanaan pelaburan Fasa 1 oleh syarikat Esteel di Sabah sedang berjalan dengan kemajuan yang ketara. Antara perkembangan utama termasuk kelulusan Pelan Pembangunan (DP) oleh Majlis Daerah Sipitang, kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi kerja-kerja tanah oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), serta pelaksanaan siasatan tanah bagi tapak pembinaan kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beberapa komponen utama lain juga telah dijalankan, termasuk simulasi Full Mission Shiphandling (FMSS) bagi pembangunan jeti serta penyediaan Terma Rujukan (TOR) bagi Laporan EIA yang akan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan.

Tambah beliau, Lesen Pengilang (FML) di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 bagi pelaburan Fasa 1 telah diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 24 Januari 2025.

“Kelulusan ini mencerminkan komitmen serta sokongan berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh sektor pembuatan di Sabah. Ia juga membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan industri serta meningkatkan daya saing Sabah sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut menegaskan komitmen untuk memenuhi keperluan utama syarikat Esteel, termasuk bekalan gas asli. Satu majlis pertukaran dokumen perjanjian bagi pembekalan gas asli antara PETRONAS, Sabah Energy Corporation (SEC) dan Esteel dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2025.

“Berdasarkan maklumat terkini daripada Esteel, kerja-kerja penyediaan tapak dan pembinaan kilang dijangka bermula Mei 2025. Oleh itu, sebarang dakwaan bahawa syarikat ini menangguhkan pelaburan kerana hilang keyakinan terhadap Kerajaan Negeri adalah tidak benar,” tegasnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Perjanjian Penyewaan Tanah bagi pelaburan Fasa 2 dan Fasa 3 di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) telah ditandatangani pada 31 Disember 2024, membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan serta sokongan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri melalui MIDE akan terus memastikan pengoperasian kilang ini dipercepatkan demi manfaat ekonomi Sabah dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/21/dakwaan-esteel-tangguh-pelaburan-di-sabah-tidak-benar-phoong/feed/ 0 69142