etnik budaya sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Aug 2023 06:53:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png etnik budaya sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Persatuan etnik perlu terus perkasa bahasa, budaya dan adat etnik https://sabahmedia.com/2023/08/03/persatuan-etnik-perlu-terus-perkasa-bahasa-budaya-dan-adat-etnik/ https://sabahmedia.com/2023/08/03/persatuan-etnik-perlu-terus-perkasa-bahasa-budaya-dan-adat-etnik/#respond Thu, 03 Aug 2023 15:12:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39483
Read Time:2 Minute, 28 Second

Penampang: Semua persatuan etnik berbilang latar belakang di negeri ini digesa untuk terus memperkasakan lagi bahasa, kebudayaan dan adat etnik masing-masing agar tidak pupus dihanyut arus perkembangan pesat globalisasi.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik di Sabah yang terdiri  daripada lebih 35 etnik dan 217 sub etnik yang menggunakan lebih 50 bahasa dan kira-kira 90 dialek, akan terus diperkasa dan tidak terpinggir dalam kemodenan serta teknologi masa kini. 

“Saya mahu persatuan etnik juga berusaha memastikan anak-anak kita, terutama generasi muda boleh bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kita bimbang jika soal bahasa ibunda ini tidak diberii perhatian serius, ia akan pupus begitu sahaja.

“Jika bahasa dan warisan budaya kaum tidak dipertahankan, maka akan hilang identiti kaum tersebut. Justeru, generasi muda harus bersama-sama mengambil tahu tentang bahasa dan kebudayaan kaum sendiri”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Lagu SABAHvfm 2023 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini malam tadi.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai. 

Hajiji berkata, pelaksanaan pelbagai program untuk memartabatkan khazanah budaya pelbagai kaum dan etnik di negeri ini juga akan terus diperkasakan.  

Katanya, keunikan Sabah bukan hanya pada sumber alam semula jadi sahaja tetapi juga budaya rakyat termasuk bahasa.  

Tambahnya lagi, rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu sentiasa berasa bangga mempamerkan keunikan bahasa dan budaya masing-masing supaya dikenali oleh generasi muda dan orang luar.  

Sehubungan itu katanya, penganjuran majlis Anugerah Lagu SABAHvfm yang menerima sambutan baik daripada masyarakat, khususnya para pengkarya seni muzik tempatan akan dapat membantu usaha memartabatkan bahasa etnik Sabah dengan lebih berkesan menerusi sinergi Kerajaan Negeri dengan agensi Persekutuan seperti RTM.  

Beliau berharap dengan penglibatan lebih ramai anak muda daripada pelbagai suku kaum yang menyertai pertandingan seperti itu, agar mereka lebih mengenali bahasa dan budaya masing-masing. 

Hajiji juga mengalu-alukan inisiatif dan kesungguhan RTM dalam menganjurkan pertandingan berprestij bagi lagu-lagu dalam bahasa etnik di Sabah. 

“Penganjuran program ini mampu memelihara khazanah warisan budaya pelbagai etnik di Sabah terutama bahasa agar tidak pupus dalam arus pembangunan dunia globalisasi. Muzik dan lagu sama ada Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut membentuk dan mewujudkan identiti budaya kita yang unik melalui penggunaan bunyi instrumen dan irama yang unik serta menarik.

“Saya berharap program itu akan menjadi satu usaha untuk menggalakkan generasi muda kita mahir bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Kita perlu memelihara bahasa ibunda masing-masing untuk diwarisi generasi akan datang dan memastikannya tidak pupus. Dengan ini, bahasa dan setiap amalan budaya tradisional akan terus kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang.

“Semoga penganjuran Anugerah Lagu SABAHvfm berupaya meningkatkan penguasaan bahasa etnik khususnya Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut dalam kalangan rakyat dari suku kaum berkenaan, mahu pun silang budaya yang mampu menjadi wadah perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah dan Malaysia amnya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/08/03/persatuan-etnik-perlu-terus-perkasa-bahasa-budaya-dan-adat-etnik/feed/ 0 39483 Pelihara, pertahan adat dan budaya tradisi warisan etnik masyarakat di Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/25/pelihara-pertahan-adat-dan-budaya-tradisi-warisan-etnik-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/pelihara-pertahan-adat-dan-budaya-tradisi-warisan-etnik-masyarakat-di-sabah/#respond Sat, 24 Jun 2023 17:41:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37058
Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Masyarakat setempat diseru untuk terus memelihara dan mempertahankan adat dan budaya tradisi warisan turun temurun agar ianya tidak dilupakan khususnya kepada generasi muda.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, kelestarian adat dan budaya suatu kaum perlu dijaga dan dipertahankan kerana warisan inilah yang  mencerminkan sesuatu kaum tersebut.

“Pesta Kaamatan merupakan landasan terbaik kepada masyarakat kita untuk menonjolkan kekayaan seni dan kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun kerana itulah aset yang amat  berharga dan tiada nilai gantinya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Kampung Tenghilan, sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, selain wadah menyatupadukan penduduk, Pesta Kaamatan juga dapat melestarikan budaya warisan bangsa yang kian terhakis kesan revolusi digital masa kini.

Katanya, semangat kekitaan yang dipupuk bukan sahaja setiap kali diadakan perayaan, tetapi diamalkan setiap masa, akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita, dan melalui budaya tradisional seperti inilah kita mengetahui asal usul kita,” katanya.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama, Jahid turut meluluskan Kertas Kerja Projek Penyelidikan Buku Tenghilan: Sejarah Dan Transformasi, yang akan bermula pada Ogos 2023, dan dijangka siap pada bulan Mei 2024.

Projek tersebut diketuai Presiden Komuniti Mitatabang Sabah, Dr Bonaventure Boniface.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur, Percy Johnny menghargai sumbangan Jahid, pemimpin masyarakat, para penduduk kampung dan individu yang telah menyumbangkan hadiah bagi menjayakan acara berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah cabutan nama bertuah, acara pentas, masakan dan minuman tradisi dan banyak lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/pelihara-pertahan-adat-dan-budaya-tradisi-warisan-etnik-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 37058