etnik sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 May 2026 09:39:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png etnik sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Persatuan etnik tonggak perpaduan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/03/persatuan-etnik-tonggak-perpaduan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/03/persatuan-etnik-tonggak-perpaduan-rakyat-sabah/#respond Sun, 03 May 2026 09:38:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96021
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA PENYU :  Penubuhan persatuan etnik di Sabah disifatkan sebagai agenda penting dalam memperkukuhkan perpaduan serta memelihara identiti masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, persatuan etnik berupaya menjadi platform membimbing generasi muda agar lebih berkebolehan, berketrampilan dan berdaya saing seiring dengan masyarakat lain.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 180 persatuan etnik dan kebudayaan yang berdaftar dengan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di negeri ini selain terlibat dalam pelbagai program anjuran kerajaan.

Antara program yang sering disertai termasuk sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah, majlis perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina serta Pesta Kaamatan yang menjadi simbol perpaduan masyarakat di negeri ini.

“Selain itu, kewujudan Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Negeri Sabah (MAGEBS) yang menghimpunkan 36 persatuan etnik turut memainkan peranan penting sebagai wadah penyatuan pelbagai kaum tanpa mengira fahaman politik dan kepercayaan.

“Melalui platform ini, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan antara etnik serta memastikan warisan budaya terus dipelihara dan diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung DwiTahunan Persatuan Kadayan Sabah Tahun 2026 di sini pada Sabtu.

Hadir sama Presiden Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) Datuk Dr Yusof Yacob.

Ruslan yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) berkata, usaha memartabatkan persatuan etnik bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan komitmen berterusan daripada pemimpin serta sokongan kewangan yang kukuh.

Katanya, kebanyakan persatuan etnik merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bergantung kepada sumbangan dan pengorbanan pemimpin serta ahli bagi menjayakan pelbagai program.

Sehubungan itu katanya, dedikasi pemimpin persatuan dalam menggerakkan organisasi masing-masing amat dihargai dalam memastikan kelangsungan peranan persatuan sebagai pemangkin perpaduan rakyat Sabah.

Terdahulu, pada majlis itu, PAADIAN dan PBBS menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai simbolik kerjasama strategik antara dua persatuan itu.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof menyifatkan MoU itu menjadi landasan penting kepada kerjasama rapat antara PAADIAN dan PBBS.

“Ini khususnya program-program berkaitan kebudayaan, keusahawanan dan aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua persatuan ,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/03/persatuan-etnik-tonggak-perpaduan-rakyat-sabah/feed/ 0 96021
‘Hangadon Zou’ rai anugerah juara lagu SabahVFM 2025 https://sabahmedia.com/2025/07/11/hangadon-zou-rai-anugerah-juara-lagu-sabahvfm-2025/ https://sabahmedia.com/2025/07/11/hangadon-zou-rai-anugerah-juara-lagu-sabahvfm-2025/#respond Fri, 11 Jul 2025 09:33:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77110
Read Time:1 Minute, 35 Second

Penampang: Lagu berbahasa Kadazan berjudul ‘Hangadon Zou’ membawa tuah kepada penyanyi kelahiran Daerah Tambunan, Lyron Felix apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu SabahVfm 2025.

Menerusi lagu yang liriknya dicipta oleh Raymond KSTV Stephen, Pontius Otigil dan komposernya Elvine Ng Nyuk Vui itu, Lyron membawa pulang wang tunai RM 6,000 beserta trofi dan sijil penghargaan.

Lagu tersebut juga dipilih menjadi Johan kategori Lagu Kadazan dengan hadiah RM 4,000 beserta trofi dan sijil penghargaan menjadikan jumlah keseluruhan yang dirai Lyron sebanyak RM 10,000.

Seramai 12 orang finalis berentap dalam Pentas akhir Anugerah Juara Lagu SabahVfm 2025 mengikut empat kategori iaitu kategori Lagu Kadazan, kategori Lagu Dusun, Kategori Lagu Bajau dan Kategori Lagu Murut.

Bagi kategori Dusun, lagu berjudul ‘Boros Ginawo’ dendangan artis Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Norzizi Safira Iddy hasil lirik dan komposer Marcolate Viola Marcus dan Jairah Marcus menjadi juara menewaskan dua pesaing lain dalam kategori tersebut.

Manakala, kategori Bajau pula dijuarai Mohd Rozaimi Rozali dengan lagunya Selekat Hati menewaskan dua peserta lain iaitu Muhammad Hud Luthfi Jamail dan seorang lagi artis Pentarama JAPEN, Tantiana Tukiman.

Duet Syamson Tingkalur dan Afiezal Fahmi Inggu dengan lagu mereka Simpatataan hasil lirik dan komposer Jati Ampasok mengungguli kategori Murut sekali gus menewaskan Anjee Afirra Laijih dan Sitipah Jahamin.

Tiga anugerah khas turut disampaikan dalam acara tersebut iaitu Anugerah Lirik Lagu Terbaik yang dimenangi Norzizi Safira (Boros Ginawo), Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Sitipah Jahamin dan Anugerah Vokal Terbaik disandang oleh Rozaimi.

Hadiah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang mewakili Ketua Menteri dalam acara yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA , di sini pada Khamis.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah Datuk Japlin Akim dan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah Mohd Yusni Mohamed Ali.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/11/hangadon-zou-rai-anugerah-juara-lagu-sabahvfm-2025/feed/ 0 77110
Kerajaan komited bangunkan data, dokumentasi etnik di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/17/kerajaan-komited-bangunkan-data-dokumentasi-etnik-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/17/kerajaan-komited-bangunkan-data-dokumentasi-etnik-di-sabah/#respond Sun, 17 Nov 2024 02:26:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63869
Read Time:1 Minute, 52 Second

Penampang: Dua komponen utama iaitu pembangunan sistem pangkalan data bersepadu dan dokumentasi etnik, diberi penekanan dalam Fasa kedua Projek Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah 2024-2025.

Fasa pertama projek ini telah bermula pada tahun 2021 hingga 2023 dan telah mengumpulkan sebanyak 16 kajian melibatkan pelbagai etnik di seluruh Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek ini antara yang dilaksanakan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dalam usaha memastikan data dan dokumentasi membabitkan kepelbagaian etnik di Sabah terus terpelihara.

“Antara etnik itu ialah etnik Dusun Gana, etnik Mangka’ak, etnik Sungai Milian, etnik Murut Timugon, etnik Okolod, etnik Turavid, etnik Kadazan Papar, etnik Kalabuan dan etnik Bonggi. Saya berharap usaha ini akan mencapai matlamat kita khususnya untuk mengenali etnik-etnik ini dan budaya mereka.

“Usaha seperti ini sudah pasti membantu kita untuk memelihara dan memulihara budaya etnik-etnik yang ada di negeri ini. Saya juga dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah melakukan dokumentasi etnik dan budaya secara berterusan sebelum ini iaitu sejak tahun 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Etnik Sabah sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di International Technology & Commercial Centre (ITCC) di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Dalam pada itu Hajiji berkata Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tetapi juga lebih daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik yang hidup harmoni di negeri ini.

“Setiap etnik menyumbang kepada keunikan budaya, adat resam, dan tradisi yang memperkayakan identiti negeri. Sempena sambutan Hari Etnik ini, kita meraikan kekayaan dan kepelbagaian etnik yang menjadi identiti unik negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut berharap seminar ‘Pemerkasaan Komuniti Budaya Melalui Protokol Budaya Komuniti’ yang dihadiri persatuan-persatuan etnik, persatuan pengusaha pelancongan daerah dan komuniti Rizab Biosfera Banjaran Crooker, telah memberikan informasi baharu tentang kaedah pemuliharaan budaya secara bersepadu menerusi Modul Protokol Budaya Komuniti.

“Segala ilmu baharu yang diperoleh diharap akan diaplikasikan di peringkat akar umbi khususnya persatuan dan komuniti demi kelestarian budaya dan memajukan lagi industri pelancongan di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berharap sambutan Hari Etnik dapat dihayati dan diraikan dalam suasana harmoni, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara etnik.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/17/kerajaan-komited-bangunkan-data-dokumentasi-etnik-di-sabah/feed/ 0 63869
Hajiji terima anugerah khas tokoh peneraju dan penyatuan etnik Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/17/hajiji-terima-anugerah-khas-tokoh-peneraju-dan-penyatuan-etnik-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/17/hajiji-terima-anugerah-khas-tokoh-peneraju-dan-penyatuan-etnik-sabah/#respond Sun, 17 Nov 2024 01:42:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63861
Read Time:1 Minute, 40 Second

Penampang : Seramai 17 presiden persatuan kebudayaan dan etnik di negeri ini menerima anugerah tokoh peneraju etnik 2024 sempena sambutan Hari Etnik Sabah di sini semalam.

Sambutan yang diadakan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah itu disempurnakan Tun Juhar Mahiruddin di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC).

Mendahului penerima anugerah adalah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selaku Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah (PRBSS) yang menerima anugerah khas tokoh peneraju dan penyatuan etnik negeri Sabah.

Anugerah itu diwakil Naib Presiden PRBSS Datuk Japlin Akim.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) menerima sijil anugerah daripada Tun Juhar

Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada pemimpin yang banyak berjasa dalam usaha memperkasa dan memartabatkan budaya, sosial, ekonomi, pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan terhadap etniknya serta seluruh etnik di Sabah.

Selain Hajiji, turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam selaku Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) turut dianugerahkan tokoh peneraju etnik.

Turut menerima anugerah adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Presiden KDCA); Tan Sri Wences Angang (Presiden STCA); Tan Sri TC Goh (Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah); Datuk Seri Marcel Leiking (Presiden Persatuan Kadazan Society); Datuk Annuar Ayub Aman (Presiden Persatuan Dusun Kujau Sabah); Datuk Rubin Balang (Persatuan Murut Sabah); Datuk Dr Yusof Yacob (Persatuan Kadayan Sabah); Datuk Abdullah Sibil (Persatuan Sama Sabah) dan Datuk Pangiran Lalung (Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah).

Sementara itu, turut menerima anugerah Dato Juhari Janan (Persatuan Orang Sungai Sabah); Dato Dr Jelani Hamdan (Persatuan Momogun Rungus Sabah); Datuk Abdul Hajan Gurimbang (Pertubuhan Kebudayaan, Kesenian Bajau Semporna); Dato Fredie Sua (Persatuan Suang Lotud Sabah) dan Datuk Alimudin Kaida (Persatuan Iranun Sabah).

Selain itu, beberapa anugerah lain turut disampaikan antaranya anugerah penggiat Bahasa etnik;  anugerah penggiat dan anugerah pengamal budaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/17/hajiji-terima-anugerah-khas-tokoh-peneraju-dan-penyatuan-etnik-sabah/feed/ 0 63861