Etnik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Apr 2026 00:01:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Etnik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hari Etnik Sabah tonjol kepelbagaian, sokong industri pelancongan https://sabahmedia.com/2026/04/26/hari-etnik-sabah-tonjol-kepelbagaian-sokong-industri-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/hari-etnik-sabah-tonjol-kepelbagaian-sokong-industri-pelancongan/#respond Sat, 25 Apr 2026 23:52:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95564
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM174.45 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta jabatan dan agensinya tahun ini bagi memperkukuh industri pelancongan dan memelihara warisan budaya Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain merangsang ekonomi negeri, inisiatif itu turut menyumbang kepada usaha pemuliharaan nilai warisan budaya serta kelestarian alam semula jadi.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM38.70 juta bagi menambah baik fasiliti dan infrastruktur sedia ada, termasuk pelaksanaan beberapa projek utama tahun ini.

Antara projek terbabit ialah menaik taraf kemudahan di Petagas War Memorial Park, pembinaan Muzium Etnik Ranau, menaik taraf Pusat Kebudayaan Penampang serta peningkatan produk pelancongan di Pusat Kebudayaan Murut Tenom.

“Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif memperkasa warisan dan budaya Sabah melalui pembangunan Pemetaan Budaya Etnik 2026-2030 bagi memastikan kepelbagaian etnik didokumentasi secara sistematik untuk rujukan generasi kini dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hari Etnik Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkenan melancarkan Majlis Hari Etnik Sabah.

Hajiji berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan budaya tempatan kekal relevan dalam dunia yang sentiasa berubah, di samping dipelihara oleh generasi muda.

Beliau berharap persatuan etnik di negeri ini terus membangunkan kebudayaan, adat dan bahasa masing-masing agar tidak pupus, selain memperkasa produk budaya. sebagai tarikan pelancong.

“Usaha ini diyakini mampu membantu meningkatkan kehadiran pelancong sekali gus mencapai sasaran empat juta pelancong ke Sabah tahun ini,” katanya.

Menurutnya, penganjuran Hari Etnik Sabah menjadi wadah meraikan kepelbagaian budaya dan warisan etnik, selain simbol keharmonian serta perpaduan rakyat negeri ini.

Katanya, penganjuran yang memasuki tahun keenam itu turut menampilkan elemen baharu iaitu perarakan budaya yang menghimpunkan pelbagai etnik dari seluruh Sabah.

“Bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, ‘Budaya Kita, Kita Jaga’, ia menuntut tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara budaya sebagai asas jati diri, perpaduan sosial dan kebanggaan rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk badan kebudayaan berasaskan etnik dan penggiat seni yang menjayakan sambutan berkenaan.

“Hari Etnik bukan sahaja platform memperkenalkan khazanah warisan etnik, malah membuktikan perbezaan agama, budaya dan latar belakang bukan jurang pemisah, sebaliknya kekuatan yang memperkayakan identiti Sabah serta memperkukuh perpaduan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/hari-etnik-sabah-tonjol-kepelbagaian-sokong-industri-pelancongan/feed/ 0 95564
Bengkel Tarian Asas Etnik Gana kukuh identiti budaya di Keningau https://sabahmedia.com/2025/10/22/bengkel-tarian-asas-etnik-gana-kukuh-identiti-budaya-di-keningau/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/bengkel-tarian-asas-etnik-gana-kukuh-identiti-budaya-di-keningau/#respond Wed, 22 Oct 2025 14:54:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83948
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Persatuan Kebudayaan Keningau (KenCA) dengan kerjasama Persatuan Gana Sabah (PGS) serta Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau telah menganjurkan Bengkel Tarian Asas Etnik Gana di Dewan Kampung Buang Sayang, Bingkor, baru-baru ini.

Program berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif Pemerkasaan Budaya Etnik bagi memperkukuh identiti dan warisan seni masyarakat Gana di daerah ini.

Melalui bengkel tersebut, peserta didedahkan kepada sejarah, gerak asas, irama serta simbolik tarian tradisi Gana yang menjadi sebahagian penting khazanah budaya tempatan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau, Rafie Robert.

Dalam ucapannya, Rafie menegaskan bahawa pemuliharaan budaya tempatan merupakan tanggungjawab bersama, khususnya generasi muda sebagai pewaris tradisi.

“Budaya adalah cerminan jati diri. Jika kita tidak pelihara hari ini, generasi akan datang hanya mengenalinya melalui gambar dan cerita sahaja,” katanya.

Bengkel berkenaan disertai oleh ahli Persatuan Gana Sabah, Persatuan Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS), Persatuan Penduduk Etnik Gana Bingkor, golongan belia serta masyarakat setempat yang menunjukkan minat tinggi terhadap seni warisan nenek moyang mereka.

KenCA turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk jawatankuasa penganjur, tenaga pengajar tarian, peserta dan komuniti tempatan atas kerjasama serta komitmen menjayakan bengkel itu.

Program ini diharap menjadi platform berterusan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kebudayaan selain memperkukuh semangat perpaduan dan jati diri rakyat Keningau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/bengkel-tarian-asas-etnik-gana-kukuh-identiti-budaya-di-keningau/feed/ 0 83948
PRBS perkasa budaya Rungus melalui pelbagai inisiatif pembangunan komuniti https://sabahmedia.com/2025/07/30/prbs-perkasa-budaya-rungus-melalui-pelbagai-inisiatif-pembangunan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/07/30/prbs-perkasa-budaya-rungus-melalui-pelbagai-inisiatif-pembangunan-komuniti/#respond Wed, 30 Jul 2025 05:14:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78219
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) beriltizam untuk terus memperkasa budaya dan warisan etnik Rungus di negeri ini melalui pelbagai inisiatif pembangunan komuniti.

Presidennya, OKK Makinsos Nawai berkata, usaha sedang digerakkan untuk mencari sumber kewangan alternatif tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Inisiatif memang ada, tetapi pada masa ini dana pertubuhan tidak mencukupi sebab itu kita akan berusaha mencari sumber sendiri. Kalau kita asyik meminta kepada kerajaan semata-mata pun susah juga.

“PRBS telah merangka pelbagai program seperti penubuhan sekolah pendidikan Bahasa Rungus dan pusat latihan seni budaya seperti tenunan serta kraftangan tradisional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di sini, pada Selasa.

Makinsos berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat  mengenai aktiviti-aktiviti serta peranan pertubuhan dalam memartabatkan dan memajukan suku kaum rungus melalui pelbagai aktiviti pembangunan sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Untuk rekod, PRBS kini mempunyai lebih 1,200 ahli dari kawasan Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Beluran.

Persatuan itu juga berjaya melahirkan ramai tokoh intelektual dalam kalangan etnik Rungus, termasuk doktor dan profesional lain.Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Penaung PRBS, Sarapin Magana, Timbalan Presiden, Rico Rayliko Ongikal serta Naib Presiden II,Onius Tamaki.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/30/prbs-perkasa-budaya-rungus-melalui-pelbagai-inisiatif-pembangunan-komuniti/feed/ 0 78219
Kerajaan komited lestarikan budaya etnik Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/06/kerajaan-komited-lestarikan-budaya-etnik-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/06/kerajaan-komited-lestarikan-budaya-etnik-sabah/#respond Sun, 06 Jul 2025 07:33:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76791
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA MARUDU: Kerajaan Negeri komited melestarikan khazanah budaya etnik di Sabah yang kaya dengan warisan seni dan adat resam yang unik serta bernilai tinggi.

Hajiji melakukan gimik perasmian Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah, Kota Marudu pada Ahad. – Foto ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha memulihara budaya pelbagai etnik penting untuk memastikan identiti negeri terus dipertahankan dan dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing.

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset pembangunan yang perlu dipertahankan,” katanya ketika merasmikan Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah, Jalan Teringai, pada Ahad.

Menurutnya, budaya dan warisan etnik seperti masyarakat Rungus bukan sekadar nilai tradisi, malah merupakan aset penting perpaduan dan daya tarikan pelancongan, la juga menyemai semangat jati diri dan kebanggaan dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, Hajiji memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menimbangkan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Matunggong kepada daerah penuh, tertakluk kepada kajian kelayakan yang dilaksanakan oleh pihak berwajib.

“Kerajaan mendengar aspirasi rakyat Matunggong dan akan meneliti aspek keperluan serta kesediaan infrastruktur sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada Kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Banyak usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan GRS demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah.

“Kita ada pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang jelas, yang memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh dan pembelaan nasib rakyat, katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik dan sokongan berterusan daripada rakyat amat penting bagi memastikan segala dasar, program dan inisiatif kerajaan dapat diteruskan tanpa gangguan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

“Jangan kita undur ke belakang. Teruslah bersama kerajaan GRS yang telah membuktikan komitmen dan kemampuan membela rakyat serta membangunkan negeri secara inklusif,” tegasnya.

Hajiji memuji usaha Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) yang terus menganjurkan Festival Kebudayaan Rungus secara konsisten sebagai platform memperkenal dan mempromosi budaya suku kaum Rungus.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/06/kerajaan-komited-lestarikan-budaya-etnik-sabah/feed/ 0 76791
Pakaian bermotifkan etnik Sabah wajar dijadikan kod pakaian rasmi – Azizah https://sabahmedia.com/2025/02/02/pakaian-bermotifkan-etnik-sabah-wajar-dijadikan-kod-pakaian-rasmi-azizah/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/pakaian-bermotifkan-etnik-sabah-wajar-dijadikan-kod-pakaian-rasmi-azizah/#respond Sun, 02 Feb 2025 04:50:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67869
Read Time:2 Minute, 20 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disarankan agar menjadikan pakaian bermotifkan baju tradisi etnik Sabah sebagai kod pakaian rasmi dalam majlis-majlis kerajaan, sebagai usaha memartabatkan budaya etnik negeri ini.

Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata cadangan ini wajar dipertimbangkan kerana pakaian bercirikan tradisional atau fesyen kontemporari etnik berunsurkan Sabah bukan sahaja cantik dan menarik untuk dipakai, tetapi juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Menurutnya, pereka fesyen di Sabah telah banyak menghasilkan rekaan pakaian kontemporari elemen tradisi berkualiti tinggi yang mendapat permintaan bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah juga pelancong asing.

“Bagi memartabatkan lagi pemakaian kostum etnik Sabah (pakaian kontemporari), saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar ia dijadikan kod pakaian rasmi dalam majlis-majlis keraian Kerajaan Negeri serta pada hari-hari tertentu yang difikirkan wajar.

“Pada masa ini, setiap Khamis, kakitangan kerajaan memakai baju batik,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Budaya Etnik Sabah di sini, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah tetamu kehormat Datin Seri Linda Ewit, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, yang mewakili isteri Ketua Menteri, Datuk Juliah Salag, serta Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA), Noorfaridah Haji Othman, dan Naib Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Annie Louders.

Dalam ucapannya, Azizah turut menekankan kepentingan memelihara bahasa dan adat setiap etnik bagi memastikan ia tidak hilang ditelan arus kemodenan.

“Sabah memiliki lebih daripada 35 etnik dan 217 subetnik, yang menggunakan lebih 50 bahasa serta sekitar 90 dialek. Kepelbagaian budaya ini perlu dipelihara agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau juga menyeru persatuan-persatuan etnik untuk memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan anak-anak muda fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

“Saya mahu persatuan-persatuan etnik berusaha memastikan anak-anak kita, terutama generasi muda, boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

“Jika bahasa dan warisan budaya kaum tidak dipertahankan, identiti kaum itu akan hilang. Jika identiti kita lenyap, apa lagi yang boleh kita banggakan untuk generasi akan datang?” katanya.

Azizah turut melihat kekayaan budaya sebagai satu khazanah ekonomi negeri, terutamanya dalam sektor pelancongan dan industri seni kreatif.

“Rakyat berbilang kaum di negeri ini perlu berasa bangga mempamerkan keunikan bahasa dan budaya masing-masing supaya dikenali oleh masyarakat luar,” katanya.

Beliau menekankan peranan muzik dan seni dalam mencerminkan identiti sesuatu kaum.

“Muzik tradisional dan lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun, Bajau, dan Murut mencerminkan identiti budaya yang unik melalui bunyi instrumen serta irama tersendiri. Budaya kita boleh menjadi daya tarikan utama dalam industri pelancongan dan seni kreatif,” ujarnya.

Selain itu, Azizah menegaskan bahawa kestabilan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sabah adalah kunci utama kepada kemajuan negeri.

“Kita perlu ingat bahawa hanya dengan kestabilan dan perpaduan sahajalah yang mampu membawa sesebuah negara dan rakyatnya maju ke hadapan, sekali gus dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/pakaian-bermotifkan-etnik-sabah-wajar-dijadikan-kod-pakaian-rasmi-azizah/feed/ 0 67869
Keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik & budaya perlu dipelihara, dipertahankan https://sabahmedia.com/2023/03/03/keunikan-masyarakat-berbilang-kaum-etnik-budaya-perlu-dipelihara-dipertahankan/ https://sabahmedia.com/2023/03/03/keunikan-masyarakat-berbilang-kaum-etnik-budaya-perlu-dipelihara-dipertahankan/#respond Fri, 03 Mar 2023 13:17:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30260
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Keistimewaan dan keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya di negara ini khususnya di Sabah perlu terus dipelihara dan dipertahankan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, faktor itu menjadi elemen penting dalam memupuk perasaan hormat menghormati dan menerima kepelbagaian tersebut sebagai satu kekuatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang menjadi identiti sesuatu bangsa dan etnik yang harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.

“Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal oleh masyarakat berbilang kaum, termasuk aspek tarian kebudayaan. Banyak perkara yang baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Pesta Tarian Cina Peringkat Kebangsaan Ke-32 dan Pertandingan Tarian Cina Peringkat Sekolah Ke-21 di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, malam tadi.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

Hajiji berkata, Sabah yang kaya dengan budaya daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik merupakan khazanah negeri yang amat bernilai untuk terus dipertahankan, demi meningkatkan perpaduan, selain sebagai sumber ekonomi negeri melalui industri
pelancongan, industri seni kreatif, termasuklah industri kecil dan sederhana yang berasaskan komuniti.

Menurutnya, Tarian Cina merupakan seni yang mengekspresikan emosi dalaman melalui bahasa badan dan mempersembahkan gambar yang indah. Persembahan tarian yang baik akan membawa inspirasi, meningkatkan nilai dan tahap kemanusiaan.

Beliau berharap melalui aktiviti itu dapat mencungkil lebih ramai bakat tarian yang akan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang usaha kebudayaan Cina.

“Justeru penganjuran pesta ini dapat membantu mengetengahkan kepelbagaian budaya di Sabah, bukan sahaja untuk rakyat negeri ini, malahan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

“Saya percaya pesta itu juga berupaya mempromosikan kebudayaan masyarakat Cina, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini khususnya ke Sabah”, katanya.

Beliau juga mahu masyarakat Cina dan pencinta budaya tarian agar memberikan sokongan penuh kepada aktiviti itu kerana tarian merupakan sumber mengembangkan kecerdasan dan memupuk kreativiti, selain dapat menghindarkan golongan muda
daripada aktiviti yang tidak sihat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/03/keunikan-masyarakat-berbilang-kaum-etnik-budaya-perlu-dipelihara-dipertahankan/feed/ 0 30260
Kerajaan Kenalpasti Perayaan, Pesta Masyarakat Suku Kaum Dijadikan Produk Pelancongan https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-kenalpasti-perayaan-pesta-masyarakat-suku-kaum-dijadikan-produk-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-kenalpasti-perayaan-pesta-masyarakat-suku-kaum-dijadikan-produk-pelancongan/#respond Mon, 13 Dec 2021 02:45:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9805
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan berusaha mengenal pasti perayaan atau pesta masyarakat suku kaum di negeri ini untuk dijadikan sebagai produk pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya kini sedang mengusahakan perkara itu dan tidak hanya tertumpu kepada satu etnik malah beberapa lain perayaan akan turut dijadikan produk pelancongan.

Katanya, kementeriannya juga sentiasa memberikan kerjasama padu dalam memastikan semua acara kebudayaan di negeri ini dapat dilaksanakan.

“Ini sekaligus memacu lebih banyak kejayaan kepada kita semua dalam memartabatkan keunikan dan keindahan khazanah budaya untuk kita dan generasi akan datang.

“Sebagai contohnya perayaan Magahau yang dianjurkan Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) pernah mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila pernah menjuarai persembahan tarian dan pakaian tradisional di ITB Berlin Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Pesta Magahau 2021 disini semalam.

Hadir sama Presiden SAMORA Datuk Jelani Hamdan.

Jafry berkata, Pesta Magahau yang disambut sememangnya berpotensi untuk diangkat sebagai salah satu produk pelancongan dan kebudayaan negeri Sabah yang utama.

Katanya, selain kisah sejarah sambutan Magahau yang mampu menarik perhatian pelancong, pergerakan tarian ini juga bersifat interaktif dan pastinya mampu membuatkan mereka menari bersama.

“Pesta seumpama ini juga merupakan platform yang baik bagi pihak kerajaan untuk mencipta kesan limpahan ekonomi secara langsung kepada masyarakat tempatan.

“Inilah masanya untuk kita memperkenalkan produk-produk etnik Rungus seperti kraftangan, pakaian tradisi, produk makanan, hasil tani dan sebagainya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/kerajaan-kenalpasti-perayaan-pesta-masyarakat-suku-kaum-dijadikan-produk-pelancongan/feed/ 0 9805
Perkasakan Warisan Kebudayaan Etnik Di Negeri Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/10/23/perkasakan-warisan-kebudayaan-etnik-di-negeri-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/perkasakan-warisan-kebudayaan-etnik-di-negeri-sabah-hajiji/#respond Sat, 23 Oct 2021 10:10:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7840
Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meminta persatuan etnik di negeri ini agar terus membangunkan kebudayaan, adat dan bahasa etnik masing-masing agar tidak pupus oleh arus perkembangan pesat dunia globalisasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini penting agar warisan budaya kepelbagaian etnik di negeri ini akan terus diperkasa dan tidak terpinggir dalam kemodenan serta teknologi masa kini.

Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin
menandatangani plak perasmian Hari Etnik Sabah sempena Hari Jadi rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-68 sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. Turut kelihatan ialah
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Joachim Gunsalam (dua dari kanan) yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin (kanan); Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong (kiri), pada majlis yang diadakan di Hotel Hilton Kota Kinabalu pada Sabtu.

Dalam masa sama katanya, Kementerian Pelancongan, Kebudyaaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah diminta agar mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mana-mana etnik yang mungkin sudah atau semakin pupus di negeri ini tetapi kaya dengan budaya serta adat resam yang boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang bersejarah.

“Sekurang-kurangnya, etnik itu tidak akan pupus begitu sahaja tanpa diketahui kewujudannya di Sabah. Saya percaya masih banyak lagi budaya daripada segi tarian dan muzik pelbagai etnik di negeri ini yang belum diketahui.

“Penduduk Sabah sendiri lebih daripada 30 etnik dengan menggunakan lebih 50 bahasa dan tidak kurang daripada 90 dialek. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu lebih banyak warisan budaya yang dimiliki ini diketengahkan bukan saja kepada dunia luar tetapi juga anak bangsa kita sendiri yang belum mengetahuinya.

“Tarian seperti limbai, sumazau dan magunatip mungkin sudah diketahui ramai tetapi saya percaya dengan lebih 30 etnik di Sabah, masih banyak lagi warisan budaya lama yang perlu diselongkar, agar tidak pupus ditelan zaman,” kata Hajiji pada majlis
perasmian Hari Etnik Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Noraini Salleh.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Datin Linda Ewit; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan isteri Datin Halida Bahat; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohammad dan Pembantu Menteri Pelancongan, Datuk Joniston Bangkuai.

Dalam pada itu, Hajiji berharap generasi muda akan mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri bagi membolehkan setiap amalan budaya tradisional terus kekal.

“Kita tidak mahu keprihatinan terhadap sumbangan seni dan budaya sendiri dilihat semakin terhakis oleh arus perkembangan pesat dunia globalisasi. Lebih merisaukan apabila kita kehilangan warisan budaya tradisional begitu sahaja kerana tiada pewarisnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dijalankan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat khususnya di Sabah, pembinaan dasar kesatuan dalam kepelbagaian etnik secara tidak langsung mampu menjadi tarikan pelancong dari luar.

“Dengan berkonsepkan kesatuan kepelbagaian etnik maka dapat mengimbangi sektor pelancongan antaranya menerusi persilangan budaya, adat, bahasa sukuan, peralatan muzik tradisional, makanan tradisi dan pakaian etnik.

“Usaha ini dilihat mampu menjadi tarikan dalam sektor pelancongan di negeri ini, kerana pelancongan adalah antara teras utama yang diberi penekanan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya sambil menambah rakyat Sabah hidup dalam keadaan aman dan harmoni walaupun negeri ini mempunyai lebih 30 dan 217 sub etnik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/perkasakan-warisan-kebudayaan-etnik-di-negeri-sabah-hajiji/feed/ 0 7840
Lebih 90 Etnik Di Sabah Bakal Dihimpunkan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/#comments Mon, 27 Sep 2021 10:36:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6906
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 90 etnik di Sabah akan dihimpunkan untuk diketengahkan pada Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan antara pembaharuan dalam sambutan tahun ini selain beberapa acara lain akan turut dilaksanakan.

“Buat julung kalinya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS)  mengilhamkan satu acara sambutan hari etnik yang melibatkan lebih 90 persatuan etnik di Sabah.

“Selain itu beberapa acara lain akan turut dilaksanakan antaranya Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran diikuti Majlis Santapan Negeri serta Majlis Bacaan Doa Selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Hadir sama , Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dan Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison.

Dr Joachim berkata, sambutan hari etnik itu bertujuan agar semua etnik di Sabah masih dapat mengenali atau memahami pertuturan dalam bahasa masing-masing.

Katanya, sambutan secara hibrid itu dijangka akan diadakan pada 23 Oktober depan dengan penyampaian dua anugerah iaitu Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah dan Anugerah Utama Tokoh Penggiat Bahasa Sabah 2021.

“Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah terbahagi kepada dua kategori yang merangkumi Anugerah Penggiat Bahasa (Persatuan) dan Anugerah Guru Bahasa (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah),”katanya. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/feed/ 2 6906
Kerajaan Sabah Sentiasa Memelihara & Mendaulatkan Pembangunan Khazanah Warisan Bangsa https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-sabah-sentiasa-memelihara-mendaulatkan-pembangunan-khazanah-warisan-bangsa/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-sabah-sentiasa-memelihara-mendaulatkan-pembangunan-khazanah-warisan-bangsa/#respond Fri, 10 Sep 2021 03:43:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6106
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran seminar bahasa dan budaya etnik Malaysia bertepatan dengan aspirasi dan inspirasi kerajaan Sabah yang sentiasa memelihara dan mendaulatkan pembangunan khazanah warisan bangsa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia turut melibatkan kelestarian menyeluruh bahasa dan budaya etnik Sabah.

“Seiringan itu, kerajaan negeri melalui usaha strategik dan bersepadu antara beberapa kementerian dan sokongan beberapa pihak sentiasa mengungkayahkan pemerkasaan ekosistem bahasa, budaya dan sastera etnik melalui pelbagai inisiatif seperti penganjuran program bersama, bantuan kewangan  dan sebagainya.

“Ia termasuklah kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dengan sokongan kolaboratif Jabatan Pendidikan Sabah, Universiti awam dan swasta seperti UMS dan Kolej Sidma, Dewan Bahasa dan Pustaka, NGO, institusi dan aktivis bahasa, budaya dan sastera etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Bahasa dan Budaya Etnik Malaysia secara maya disini semalam.

Hadir sama, Pengarah Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Kent Dr Rosmawati Hamzah; Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Dr Lai Yew Meng; Pengerusi Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak Dr Morni Kambrie dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistrine Radin.

Jahid berharap agar semua dapatan dan natijah daripada ucap tama, pembentangan khas, dan kertas penyelidikan yang dibentangkan dengan tema ‘Melestarikan Bahasa Etnik Era Baharu’ dalam seminar itu akan menjadi wadah amalan terbaik  dalam melahirkan generasi patriotis.

“Justeru, pada kesempatan ini saya merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada iltizam dan usaha masyarakat Kampung Tiong Monggis, Tenghilan dan barisan kepimpinan Tadika Ceria Kadazandusun yang sentiasa melibatkan sokongan dan dokongan pemimpin tempatan.

“Ini termasuklah penglibatan KDCA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan badan antarabangsa seperti Korea Food For The Hungry International Malaysia (KFHIM) dalam merealisasikan sekolah Kadazandusun pertama pada tahun 2007 dengan nama Tadika Ceria Kadazandusun yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Sesungguhnya usaha murni seperti ini amatlah disanjung tinggi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-sabah-sentiasa-memelihara-mendaulatkan-pembangunan-khazanah-warisan-bangsa/feed/ 0 6106