Ewon – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jul 2026 09:21:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ewon – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah: Isu kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani, 10 langkah interim dilaksana – Ewon https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-isu-kesesakan-pelabuhan-sepanggar-sedang-ditangani-10-langkah-interim-dilaksana-ewon/ https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-isu-kesesakan-pelabuhan-sepanggar-sedang-ditangani-10-langkah-interim-dilaksana-ewon/#respond Mon, 20 Jul 2026 09:21:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100196
Read Time:4 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sedang melaksanakan 10 pelan tindakan interim bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP), termasuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Task Force yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick bagi menyelaras pelaksanaannya.

Ewon berkata, kerajaan memandang serius isu kesesakan di SBCP kerana ia memberi kesan kepada kelancaran rantaian logistik, kos operasi serta harga barangan di Sabah.

Menurutnya, Jawatankuasa Task Force itu bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan 10 pelan tindakan interim yang telah diluluskan Jemaah Menteri secara bersepadu, di samping memastikan pemantauan berterusan dilaksanakan secara lebih berkesan bersama agensi berkaitan dan pemain industri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Wong Hong Jun (Tanjung Aru) dan Datuk Donald Peter Mojuntin (Moyog) mengenai prestasi operasi DP World Sabah serta langkah kerajaan negeri menangani kesesakan di Pelabuhan Sepanggar pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Katanya, 10 pelan tindakan interim yang sedang dilaksanakan merangkumi penambahan kawasan penyimpanan kontena (container yard), pelaksanaan kadar tarif baharu, penguatkuasaan terhadap kontena yang melebihi tempoh simpanan, pengurangan tempoh penyimpanan kontena secara percuma pada musim puncak, penyediaan tapak parkir treler di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), pelaksanaan Vehicle Booking System (VBS), operasi 24 jam agensi kerajaan di SBCP, penaiktarafan peralatan pelabuhan, pemindahan operasi Roll-on/Roll-off (RORO) ke Pelabuhan Kota Kinabalu serta pelaksanaan Berthing Window Programme (BWP).

“Kementerian sentiasa komited memantau keberkesanan pelan interim ini dari semasa ke semasa dan akan terus menyediakan penyelesaian konkrit bagi mengatasi kesesakan di SBCP.

“Kelancaran aliran logistik ini diharap dapat meminimumkan kos kendalian secara menyeluruh dan mengelakkan sebarang kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat Sabah,” katanya.

Mengenai prestasi DP World Sabah, Ewon berkata usaha sama strategik antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan syarikat itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan serta memposisikan SBCP sebagai hab transhipment dan hab perdagangan utama di rantau BIMP-EAGA serta Intra-ASEAN.

Beliau berkata, projek pembesaran SBCP yang dijadual siap pada Februari 2025 bagaimanapun mengalami kelewatan sehingga diberikan lima kali pelanjutan masa (Extension of Time – EOT).

Menurutnya, DP World Sabah mengambil alih pengurusan pelabuhan pada September 2024 ketika projek pembesaran masih belum siap, justeru adalah terlalu awal untuk menjalankan kajian prestasi atau audit rasmi bagi menilai pencapaian sasaran menjadikan SBCP sebagai hab transhipment.

Katanya, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) sebagai badan kawal selia pelabuhan sentiasa menjalankan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap prestasi operator konsesi pelabuhan di seluruh Sabah, termasuk DP World Sabah.

Indikator utama yang dipantau ialah purata masa menunggu kapal berlabuh (Average Berth Waiting Time – ABWT), tempoh penyimpanan kontena (container dwell time) dan kadar penggunaan kawasan penyimpanan (yard utilisation).

Ewon berkata, purata masa menunggu kapal menunjukkan peningkatan ketara selepas pengambilalihan oleh DP World Sabah hasil peningkatan produktiviti pelabuhan, penambahbaikan perancangan kapal berlabuh serta pengoperasian empat quay crane secara serentak buat pertama kali.

“Sebelum pengambilalihan oleh DP World Sabah, purata masa menunggu kapal ialah 66 jam bagi tempoh Disember 2023 hingga September 2024. Selepas pengambilalihan, purata itu berjaya dikurangkan kepada hanya 20.24 jam bagi tempoh Oktober 2024 hingga Julai 2025,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan semula tempoh menunggu kapal kebelakangan ini berpunca daripada kadar penggunaan kawasan penyimpanan kontena yang mencecah sehingga 101 peratus berikutan peningkatan jumlah kendalian kontena, pengurangan kira-kira 10 peratus ruang simpanan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran pelabuhan serta gangguan operasi akibat kerja menaik taraf pintu gerbang terminal.

Beliau berkata, sejak mengambil alih operasi SBCP, DP World Sabah telah meningkatkan kapasiti kawasan penyimpanan kontena sebanyak 41 peratus daripada 6,800 TEUs kepada 9,574 TEUs melalui penyusunan semula kawasan dan kaedah penimbunan kontena yang lebih tinggi.

Namun, katanya, pertumbuhan ekonomi Sabah dan peningkatan aktiviti perdagangan menyebabkan kapasiti tambahan itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan semasa, dengan kadar penggunaan kawasan penyimpanan secara purata melebihi 70 peratus dan boleh mencecah 100 peratus pada musim puncak.

Sehubungan itu, kementerian turut melaksanakan beberapa langkah tambahan termasuk memanfaatkan kawasan RORO sebagai kawasan simpanan kontena kosong, menyiapkan sebahagian kawasan container yard baharu seluas empat ekar yang dijangka siap pada Disember 2026 serta mengambil alih tanah seluas 14 ekar bersebelahan SBCP untuk dijadikan kawasan simpanan kontena sementara.

Menyentuh tempoh penyimpanan kontena, Ewon berkata purata container dwell time meningkat daripada 4.0 hari sebelum pengambilalihan DP World Sabah kepada 5.1 hari sehingga Jun 2026.

Katanya, peningkatan itu dipengaruhi pertambahan jumlah pengendalian kontena, penggunaan maksimum kawasan penyimpanan, kesesakan di pintu masuk terminal serta faktor pelepasan kontena oleh pengimport, ejen penghantaran dan agensi berkaitan yang berada di luar kawalan operator pelabuhan.

Menurutnya, DP World Sabah kini melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan termasuk mengoptimumkan perancangan pelabuhan, memperkukuh koordinasi bersama pelanggan dan agensi berkaitan serta meningkatkan kecekapan pengendalian kontena bagi mengurangkan tempoh penyimpanan secara berperingkat.

Beliau berkata, secara keseluruhannya DP World Sabah menunjukkan prestasi yang baik walaupun berdepan kekangan kapasiti kawasan penyimpanan kontena yang terhad.

“Prestasi syarikat bukan berpunca daripada ketidakcekapan pengurusan pelabuhan, sebaliknya lebih dipengaruhi faktor kapasiti pelabuhan yang kini berada pada tahap kritikal.

“Kerajaan negeri menyedari SBCP sedang berdepan cabaran kesesakan sementara akibat lonjakan jumlah kendalian kontena dan pelaksanaan projek pembesaran infrastruktur yang masih berjalan. Namun, pelbagai langkah mitigasi sedang giat dilaksanakan termasuk 10 pelan tindakan interim bagi memastikan kelancaran rantaian logistik dan ekonomi Sabah terus terpelihara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/20/dun-sabah-isu-kesesakan-pelabuhan-sepanggar-sedang-ditangani-10-langkah-interim-dilaksana-ewon/feed/ 0 100196
Geran pendidikan tahunan sekolah di Penampang dan Kadamaian diteruskan – Ewon https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/#respond Sat, 06 Dec 2025 11:14:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87857
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Geran pendidikan tahunan untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan diteruskan pada tahun 2026, kata Ahli Parlimen Penampang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, penyaluran geran tersebut merupakan komitmen berterusan bagi memastikan sekolah rendah dan menengah, termasuk yang melaksanakan Program Pendidikan Khas, terus memperoleh sokongan sewajarnya bagi meningkatkan mutu pengajaran serta kemudahan pembelajaran.

“Sejak diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Penampang, setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima geran pendidikan tahunan, termasuk keperluan tambahan kepada sekolah yang memerlukan sokongan segera, sebagaimana bantuan yang pernah disalurkan kepada SK St. Joseph.

“Inisiatif yang sama turut dilaksanakan di kawasan Kadamaian dan geran tahunan ini akan diteruskan kepada semua sekolah di kawasan Kadamaian,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan itu berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Graduasi SK St. Joseph Penampang, di sini, hari ini.

Ewon berkata, sokongan terhadap institusi pendidikan akan terus menjadi keutamaan, bukan sahaja melalui peruntukan tahunan, tetapi juga menerusi kerjasama rapat dengan pihak sekolah dan warga pendidik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik dan ibu bapa atas usaha memastikan pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar terus terjamin serta menjadi asas kepada kecemerlangan daerah Penampang.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa yang memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan sempurna serta terus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan Penampang,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon menasihati para pelajar agar terus membina jati diri, menghormati guru dan keluarga serta mempersiapkan masa depan dengan disiplin, iltizam dan nilai murni yang menjadi asas pembentukan sahsiah dan kecemerlangan pendidikan.

“Mudah-mudahan sepuluh tahun dari sekarang, setiap seorang daripada 88 pelajar ini kembali sebagai graduan universiti dengan ijazah masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu seramai 88 pelajar Tahun 6 menerima sijil graduasi masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/feed/ 0 87857
PRN17 Sabah: Rundingan PH Sabah bersama gabungan politik lain masih berjalan – Ewon https://sabahmedia.com/2025/05/03/rundingan-ph-sabah-bersama-gabungan-politik-lain-masih-berjalan-hadapi-prn-ewon/ https://sabahmedia.com/2025/05/03/rundingan-ph-sabah-bersama-gabungan-politik-lain-masih-berjalan-hadapi-prn-ewon/#respond Sat, 03 May 2025 08:42:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73113
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, menegaskan bahawa rundingan secara dalaman Pakatan Harapan (PH) Sabah serta perbincangan tidak rasmi dengan gabungan politik lain masih berjalan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ewon yang juga Pengerusi PH Sabah berkata, UPKO tetap komited untuk bersiap siaga sebagai pemain utama dalam pasukan rakyat Sabah dan akan terus berpandukan prinsip penubuhan parti dengan pendekatan yang rasional serta strategik demi masa depan negeri itu.

“Setiap keputusan perlu dibuat berdasarkan akal budi dan rasional yang strategik, dengan memberi tumpuan kepada matlamat asal perjuangan serta masa depan rakyat Sabah,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Ulang Tahun ke-31 UPKO di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, PRN ini bukan medan persaingan berdasarkan emosi atau kelemahan lawan, sebaliknya perlu menjadi ukuran kepada perpaduan rakyat serta kerjasama antara parti-parti politik di Sabah.

“UPKO akan terus bekerjasama dengan parti-parti yang berkongsi wawasan dan aspirasi yang sama, bukan sahaja di peringkat negeri, malah juga di peringkat nasional,” katanya.

Ewon turut menegaskan bahawa UPKO akan menyatakan pandangan dan pendirian parti secara jelas dalam setiap rundingan yang diadakan, sambil terus memainkan peranan sebagai pendukung utama perpaduan di Sabah.

Majlis sambutan turut menyaksikan Ewon bersama barisan kepimpinan tertinggi UPKO memotong kek ulang tahun ke-31 parti itu sebagai simbolik penghargaan kepada perjuangan dan pencapaian sepanjang tiga dekad lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/03/rundingan-ph-sabah-bersama-gabungan-politik-lain-masih-berjalan-hadapi-prn-ewon/feed/ 0 73113
Ewon komited terus sediakan geran aktiviti tahunan di sekolah https://sabahmedia.com/2025/02/01/ewon-komited-terus-sediakan-geran-aktiviti-tahunan-di-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/ewon-komited-terus-sediakan-geran-aktiviti-tahunan-di-sekolah/#respond Sat, 01 Feb 2025 12:19:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67842
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh FLORIETA DIET

PENAMPANG: Datuk Ewon Benedick komited untuk terus menyediakan geran aktiviti tahunan kepada semua sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah pendidikan khas dalam kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, setiap sekolah rendah akan menerima geran aktiviti sebanyak RM5,000 dan sekolah menengah serta pendidikan khas sebanyak RM10,000 sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

“Saya telah mulakan pemberian geran aktiviti tahunan kepada semua sekolah di kawasan Parlimen Penampang dan DUN Kadamaian pada 2023, 2024 dan, akan diteruskan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Komuniti Madani: Penyerahan Set Komputer dan Sumbangan Kembali ke Sekolah di SMK Limbanak, di sini, hari ini.

Ewon berkata, mudah-mudahan sumbangan itu dapat melengkapkan usaha sedia ada yang dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pendidikan.

“Kita juga akan terus konsisten bekerjasama dengan kementerian yang lain membangunkan rakyat kita melalui pendidikan,” ujarnya.

Bank Rakyat adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus memperkasakan pendidikan dan membantu pelajar yang memerlukan.

Sementara dalam ucapan perasmiannya pada program itu, Ewon berkata, dalam bidang pendidikan Bank Rakyat, Yayasan Bank Rakyat bersama agensi-agensi lain di bawah kementeriannya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk di Sabah dan Sarawak.

“Antaranya Program Ehsan@KUSKOP di mana Yayasan Bank Rakyat telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan inisiatif ini yang akan dilaksanakan di tiga daerah yang mempunyai daftar e-Kasih yang tinggi, iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

“Inisiatif ini adalah program memperkasa pendidikan kepada anak-anak keluarga yang berdaftar dalam e-Kasih melalui sumbangan sosial korporat Bank Rakyat yang diuruskan oleh Yayasan Bank Rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/ewon-komited-terus-sediakan-geran-aktiviti-tahunan-di-sekolah/feed/ 0 67842
Ewon serah salinan Laporan Penuh Kejadian Double Six kepada keluarga mangsa https://sabahmedia.com/2023/04/13/ewon-serah-salinan-laporan-penuh-kejadian-double-six-kepada-keluarga-mangsa/ https://sabahmedia.com/2023/04/13/ewon-serah-salinan-laporan-penuh-kejadian-double-six-kepada-keluarga-mangsa/#respond Thu, 13 Apr 2023 09:10:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32692
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyampaikan secara rasmi salinan Laporan Penuh Kejadian Double Six kepada keluarga mangsa mendiang Datuk Peter J. Mojuntin di Kampung Hungab di sini hari ini.

Menerima laporan tersebut diwakili anak mendiang iaitu Datuk Donald Peter Mojuntin.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, selepas hampir 50 tahun persoalan rakyat Sabah terhadap peristiwa malang Double Six pada tahun 1976 itu, kerajaan pada pimpinan pada hari ini yang amat berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan di kabinet untuk menurun taraf supaya laporan ini didedahkan kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dan juga untuk bacaan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berbangga dapat memainkan peranan ini meyakinkan kerajaan supaya didedahkan laporan ini bersama-sama rakan saya Datuk Armizan Mohd Ali yang telah mendapatkan sokongan dan juga persetujuan Perdana Menteri dan kabinet untuk didedahkan laporan itu.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan saya dengan Armizan mengenai laporan ini menjadi pengetahuan umum,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga mendiang Peter hari ini.

“Bagi pihak pimpinan kami menyampaikan ucapan simpati kita kepada ahli keluarga yang terlibat dalam nahas ini. Kita kehilangan pemimpin kita yang besar di Sabah ini,” kata Ewon selepas menyampaikan laporan tersebut yang turut dihadiri isteri mendiang Peter iaitu Datin Nancy Mary Mobijohn dan anak keduanya Charles Peter Mojuntin.

Dalam pada itu Ewon turut memberitahu setakat ini kabinet tidak menerima apa-apa permohonan secara rasmi dari pihak keluarga yang terlibat.

“Namun saya telah membaca kenyataan dari pihak keluarga mendiang Peter Mojuntin mencadangkan supaya siasatan seterusnya dijalankan lebih lanjut.

“Dan mengenai permintaan pihak ahli keluarga supaya mendedahkan laporan berasingan mengenai nahas Double Six dari kerajaan Australia, jadi adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa perkara itu ke perhatian Perdana Menteri dan kabinet.

“Mengenai laporan yang baru didedahkan, saya percaya ia akan memberikan jawapan berlainan daripada pihak ahli keluarga yang terlibat, jadi ini saya tidak dapat mengulas lebih lanjut, cukuplah saya mengatakan dalam peranan saya dapat meyakinkan kerajaan untuk mendedahkan laporan nahas Double Six kepada umum,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/13/ewon-serah-salinan-laporan-penuh-kejadian-double-six-kepada-keluarga-mangsa/feed/ 0 32692
Era baharu Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim – Ewon https://sabahmedia.com/2022/11/24/era-baharu-malaysia-di-bawah-kepimpinan-anwar-ibrahim-ewon/ https://sabahmedia.com/2022/11/24/era-baharu-malaysia-di-bawah-kepimpinan-anwar-ibrahim-ewon/#respond Thu, 24 Nov 2022 13:48:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25213
Read Time:1 Minute, 41 Second

PENAMPANG: President-elect Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyifatkan perlantikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia sebagai permulaan era baharu negara ini.

“Sebagai President-elect UPKO, saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada hari selepas dimuktamadkan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Negara Malaysia sememangnya memerlukan seorang pemimpin yang boleh menguruskan masalah ekonomi yang sedang dihadapi sekarang, dan seterusnya melaksanakan agenda reformasi dalam tadbir urus Kerajaan. Kepimpinan itu ada pada Anwar.

“Saya juga mengalu-alukan Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk dapat merangkumi penyertaan semua parti, kaum dan wilayah,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian juga berharap dapat bekerjasama dengan Anwar dalam melaksanakan agenda-agenda PH khususnya untuk rakyat Sabah, terutama pelaksanaan Perjanjian Malaysia.

“Sebagai salah seorang Presiden parti komponen PH yang akan duduk bersama dengan Anwar, sudah tentunya akan menjadi tanggungjawab saya memastikan penunaian agenda PH untuk rakyat Sabah sepertimana dinyatakan dalam Tawaran ‘Kita Boleh’ Pakatan Harapan bagi PRU-15. Ini terutamanya pelaksanaan hak 40% Sabah ke atas hasil persekutuan di Sabah yang sangat diperlukan untuk pembangunan rakyat,” katanya.

Menurut Ewon, parti UPKO juga akan mencadangkan kepada Anwar penyertaan parti dalam kabinet perpaduan Kerajaan Persekutuan yang akan ditubuhkan.

“Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO yang telah diadakan hari ini dan pihak parti akan memaklumkan kepada Dato Seri Anwar cadangan-cadangan daripada parti agar kami dapat memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda PH untuk rakyat Sabah, khususnya dan Malaysia, amnya,” katanya.

Ewon turut menyatakan akan mendapatkan sokongan dan komitmen Anwar sebagai Perdana Menteri bagi menjayakan pembangunan dan penyelesaian masalah rakyat di Penampang dan Kadamaian.

“Sepanjang tempoh berkempen, saya telah mendengar banyak permasalahan rakyat, cadangan-cadangan dan aspirasi-aspiras daripada rakyat Penampang. Sebahagiannya memerlukan sokongan dan komitmen daripada Anwar sebagai Perdana Menteri. Saya akan memastikan beliau komited untuk membantu rakyat Penampang dan juga rakyat Kadamaian, selain daripada rakyat Sabah secara amnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/24/era-baharu-malaysia-di-bawah-kepimpinan-anwar-ibrahim-ewon/feed/ 0 25213